Bab 10

1.4K 106 0
                                    

Dinara memerhati jam di pergelangan tangannya lalu memerhati ke kawasan universiti itu untuk mencari kelibat Nadien.

" Ishh, mana dia ni. " Rungutnya perlahan apabila kelibat Nadien masih tidak kelihatan. Kerusi batu berdekatan didekati lalu melabuhkan duduknya di situ.

" Sorry, Ara! Ada ada hal sikit tadi. " Tiba-tiba, muncul Nadien dengan nafas yang tercungap-cungap.

" Lama tahu tak saya tunggu. Awak janji pukul 10 tapi sekarang dah pukul 11. Huh! "

" Okay. I'm sorry. Aku ada hal yang tak dapat dielakkan tadi. Sorry eh? "

" Yelah. Kenapa awak nak jumpa saya ni? "

" Salah ke aku nak jumpa kau? Lately ni aku sibuk sangat sampai tak sempat nak jumpa kau. "

" Lahh... Sebab tu je ke? Awak boleh je kan datang bilik sewa saya? " Berkerut-kerut dahi Dinara menuturkan ayat itu kepada Nadien.

" Saja je nak suruh kau datang. Aku nak bawak kau pergi makan dekat satu tempat special hari ni. "

" Tempat special? Boleh-boleh. Lagipun saya dah lapar sebab tunggu awak lama sangat. " Dinara menggulingkan bebola matanya.

" Eh dah la. Dengar kau membebel sampai ke esok lah kita dekat sini. Dah, jom! " Ajak Nadien.

" Yelah jom. "

🌼

" Rumah siapa ni wak? Besarnyaa! " Ujar Dinara. Terpegun sekejap dia bila kereta Nadien bergerak memasuki ke kawasan perumahan mewah.

" Adalah. Kita masuk dulu. " Balas Nadien lalu keluar daripada kereta.

" Eh awak, tunggu lah kejap! " Jerit Dinara kecil apabila melihat Nadien yang berura-ura untuk meninggalkannya.

Nadien tergelak kecil sambil menggelengkan kepalanya.

" Bila masa aku nak tinggalkan kau? Aku tak akan tinggalkan kau lah. "

" Err, okay. "

" Jom. " Ajak Nadien.

Dinara hanya menganggukkan kepalanya. Entah kenapa, tiba-tiba dia rasa gementar untuk memasuki rumah besar itu. Bismillah dibaca sebelum langkah kaki dibawa mengikuti Nadien yang sudah ke hadapan.

🌼

" Grandson!! " Sapa seorang lelaki yang sudah berumur lalu terus memeluk tubuh tegap milik Nadien.

" Grandpa, Adien ada bawa kawan yang Adien cakap tu. Dinara Sofea and you can call her Sofea. " Nadien menarik Dinara yang agak terbelakang kedudukannya untuk ke sisinya.

" Aww, you are so lovely, girl. " Puji Tengku Adnan kepada Dinara.

Dinara hanya tersenyum malu-malu apabila datuk Nadien memujinya.

" By the way Ara, this is my Grandfather. "

" Ouh... Hi err, uncle. " Sapa Dinara kekok. Nak panggil apa pun dia tak tahu.

" Just call me Grandpa. Come, let's eat." Tengku Adnan berjalan mendahului Nadien dan Dinara.

" Jom. "

Dinara mengangguk dan baru sahaja dia hendak melangkah, langkahnya terhenti apabila melihat satu frame besar yang tergantung kejap di dinding ruang tamu itu.

Kelihatan seorang lelaki yang berusia awal 40-an berdiri gah di sisi seorang wanita Korea. Dan... Wajahnya seperti datuk Nadien. Kemudian, dibaca perlahan tulisan berangkai yang tertulis di bawah bingkai frame gambar itu.

" Tengku Adnan Mustafa, Board Directors Of The Paradise Lake Hotel."

Lidahnya terasa kelu.

" Kau buat ap– " Nadien yang berpatah balik apabila menyedari bahawa Dinara tidak berjalan sekali dengannya terus terhenti percakapannya.

" Who is this? " Tanya Dinara serius.

" Huh?! That's my Grandpa. "

" Kenapa saya tak pernah tahu yang awak ni cucu owner hotel The Paradise Lake? "

Nadien mula gelisah. Dia tersengih sekejap memandang Dinara.

" Tak penting pun. "

" Tak penting awak cakap? One more, kenapa awak tak bagitahu yang dekat pangkal nama awak ada Tengku? " Dinara bercekak pinggang sambil memandang Nadien dengan tidak puas hati.

" Kau tak pernah tanya pun nama penuh aku, tak kan la aku terhegeh-hegeh nak bagitahu kau, kan? " Nadien membuat muka tidak bersalah.

" Eeii, geramnya saya dengan awak ni!! " Ujar Dinara kegeraman.

" Geram pulak? Patutnya kau bersyukur sebab dapat kawan dengan orang macam aku ni. Dah la kaya, pangkal nama ada Tengku pulak tu. "

" Perasan!!! "

" Gurau je. Now, kau dah tahu kan tentang aku? And, lepasni aku nak tahu pasal diri kau pulak? Barulah fair and square, kan? "

" Tak nak! Saya tak nak cerita pasal diri saya dekat awak. " Bantah Dinara keras.

" Ahh, aku tak kira. Yang aku tahu, lepas makan ni kau kena bagitahu semua benda tentang diri kau dekat aku. Understand? "

" Benci lah dengan awak ni!! " Dinara menghentakkan kakinya lalu memasuki ruangan dapur. Kelihatan datuk Nadien sedang menunggu mereka berdua di meja makan.

" Err sorry g-granpa. Ada benda sikit nak bincang dengan Nadien tadi. " Kekok rasanya untuk memanggil datuk Nadien dengan gelaran Grandpa.

" It's okay. Marilah duduk. "

" Grandpa boleh cakap Melayu? " Tanya Dinara terkejut. Nadien yang sedang menarik kerusi di sebelahnya itu tidak dilayan.

" Of course. I'm Malaysian anyway. " Tengku Adnan senyum kepada Dinara.

" Ouhh, I though you were Korean. "

" Nope! My wife is actually Korean. Sebab tu muka Adien ada Korean mix. Hasil daripada neneknya lah tu." Cerita Tengku Adnan lagi.

" So, mana wife Grandpa? "

" Ara, Grandma dah meninggal empat tahun yang lepas. " Sampuk Nadien yang dari tadinya hanya diam membisu mendengar perbualan Dinara dan Tengku Adnan.

" Ouhh, I'm sorry Grandpa. Sofea... tak tahu. " Ujarnya serba salah.

" It's okay, Sofea. Lagipun, benda dah lama. Eh, jom lah makan. Nanti sejuk dah tak sedap. Adien, cedokkan nasi untuk Sofea. " Arah Tengku Adnan lalu memanggil salah seorang pembantu rumah untuk menambah lauk.

Dinara melihat pinggan yang baru sahaja diletakkan oleh pembantu rumah Tengku Adnan itu. Wahh, kimchi!! Pantas saja tangannya mengepit kimchi itu menggunakan chopstick lalu diletakkan di dalan pinggannya.

" Kau makan benda tu? " Kata Nadien tiba-tiba.

" Apa? Kimchi sawi putih ni? Mestilah sebab kimchi ni one of my favourite food. Awak tak makan ke? "

" Adien never eat kimchi, Sofea. Dia mana makan sayur. " Celah Tengku Adnan dengan niat mahu mengusik Nadien.

" Seriuslah? Macam budak-budak lah tak makan sayur. " Tawa Dinara terus bersabung dengan tawa Tengku Adnan.

" Grandpa! How dare you tell her!! "

" What? Betul apa Adien tak makan sayur. So Sofea, nanti bila dah kahwin, jangan sesekali masakkan Adien sayur, kalau tak, habis dimuntahkan balik apa yang Sofea masak tu. " Tangku Adnan gelak lagi. Sedikitpun dia tidak menyedari bahawa Dinara sudahpun terkedu di tempatnya, manakala Nadien hanya membuat muka selamba.








Heyyo!!! Harini dh start cuti CNY, so bolehla update Oppa, i'm in love! cepat-cepat. Happy reading and don't forget to hit the star button. Pstt, just ignore my broken english. Hehehe

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now