Bab 11

1.3K 92 2
                                    

Usai makan, Nadien meminta diri untuk naik ke kamarnya sekejap. Katanya hendak mengambil barang. Dan, di hadapan frame besar yang tergantung kejap inilah dia berdiri lagi. Matanya ralit memandang wajah lelaki dan perempuan yang menghiasi permukaan gambar.

" Itu Grandpa and Grandma masa awal 40 -an dulu. " Terang Tengku Adnan yang datang secara tiba-tiba daripada belakang.

" Ouh... Sekarang Grandpa dah umur berapa? "

" Umur Grandpa sekarang dah 84 tahun. Grandma pula, kalau nak diikutkan, berumur 82 tahun. " Terang Tengku Adnan lagi.

" Muka Grandma sama macam muka Nadien. " Ujar Dinara perlahan.

" Yup!!! Itu keistimewaan Nadien yang tak ada pada adik-beradik dan sepupu dia yang lain. Hanya dia seorang sahaja yang mewarisi wajah Grandma. "

" Maksudnya, adik-beradik Nadien tak ada yang berwajah macam orang Korea? "

" Adalah sikit-sikit. Tapi, tak terlalu banyak macam dekat wajah Nadien. Bila tengok Nadien, mesti Sofea ingat dia orang Korea kan? "

" Ha'ah. Terkejutlah jugak sebab first time jumpa dulu, Nadien cakap bahasa Melayu. Bila dia cakap yang dia Melayu, baru lah hilang rasa pelik tu. Ialah, jarang kot jumpa orang Korea yang pandai cakap bahasa Melayu. " Kata Dinara lalu tergelak kecil. Teringat kembali saat-saat pertama kali mereka berjumpa di Incheon airport.

" Kawan-kawan Grandpa pun selalu salah faham. Kebanyakan orang cakap yang Adien tu pure Korean. Padahal dia orang Malaysia. " Tengku Adnan ketawa lagi.

" Grandpa suka tengok Adien dengan Sofea. Grandpa harap, Sofea akan tetap berada di sisi Adien walau apapun yang terjadi nanti. " Tengku Adnan mengukirkan senyuman yang ikhlas buat Sofea.

" Err, tapi Grandpa, kitorang cuma kawan je. Grandpa jangan salah faham. " Kata Dinara kelam kabut.

" Nahh, I don't think so. I really know my Grandson. Dia tak akan sesekali bawa perempuan jumpa Grandpa kalau dia tak serius dengan perempuan tu. And, Sofea adalah perempuan pertama yang Adien bawa untuk berjumpa dengan Grandpa. "

Dinara terkelu. Entahla, dia sudah hilang kata buat masa ini.

🌼

" Sembang apa dengan Grandpa tadi?" Tanya Nadien selepas mereka berdua melabuhkan duduk di atas salah satu kerusi yang berada di taman mini itu.

" Borak-borak kosong je. "

" Ouh... "

Beberapa minit selepas itu, keadaan menjadi sunyi di antara mereka berdua.

" You know, Grandpa is really-really like you. " Ujar Nadien memecah kesunyian.

" Yeah... Mungkin sebab ini kali pertama awak bawa kawan awak datang jumpa dia. " Balas Dinara.

Nadien merenung wajah Dinara dalam-dalam. Beautiful!!

" Aku nak tanya kau sesuatu. "

" Apa? " Dinara yang tadinya memandang ke hadapan terus menoleh ke tepi untuk melihat Nadien.

" Haritu, kau ada cakap yang kau dah jatuh cinta dengan seorang lelaki kan? " Tanya Nadien dengan teragak-agak. Jelas ketara riak gugup di wajahnya.

" Ha'ah kenapa? "

" Siapa lelaki tu? " Nadien bertanya keras. Geram pulak tengok Dinara yang tengah sengih tak bersalah itu.

Dinara tergelak kecil mendengar pertanyaan Nadien dan kemudiannya menggeleng kecil.

" Awak... Saya gurau je lah haritu. Mana ada saya suka sesiapa pun. "

Nadien terjeda. Kedua belah tangan disatukan lalu dibawa untuk menongkat dagunya. Di urut perlahan dagu licinnya sebelum kembali memandang wajah bersih Dinara.

" Kalau aku cakap yang aku suka kau macam mana? "

" Hah?! A-apa yang awak c-cakap ni?" Kata Dinara terketar-ketar. Dia tak salah dengar kan?

" Aku cakap, aku suka kau! " Nadien tekankan sedikit di hujung ayatnya.

" Err, awak demam ni. Kejap eh, saya panggil Grandpa bagitu yang awak demam. " Dinara bangun dari kerusi dan hendak memasuki ke dalam rumah.

" Aku serius Ara. Aku tak demam, aku tak sakit. Aku cakap benda betul. " Ujar Nadien bersungguh-sungguh sambil tangannya erat memegang lengan Dinara yang sudah berdiri.

" K-kenapa tiba-tiba? "

Nadien melepaskan pautan tangannya di lengan Dinara. Dia menghela nafasnya perlahan.

" Salah ke kalau aku suka kau? Kalau nak sukakan seseorang, mesti ada sebab tertentu ke? "

Perlahan-lahan Dinara menggeleng.

Nadien meraup mukanya. Dia mendongak memandang Dinara yang sedang berdiri. Tangannya menyeluk poket jaket tebalnya lalu mengeluarkan sekotak cincin berwarna hitam.

" Kau sudi untuk jadi isteri aku? " Nadien memandang Dinara dengan lembut.

" A-apa awak c-cakap ni? Awak hanya sukakan saya, bukannya cintakan saya! " Balas Dinara kegeraman.

" Aku sayang dan cintakan kau, Ara. Dah lama aku pendam rasa ni sorang-sorang, sampai lah aku dapat kekuatan untuk lamar kau. "

Dinara terkedu.

" Kau... Terima tak? "

" Tolong bagi saya masa... boleh? " Pinta Dinara.

" Kenapa? Kau tak suka aku? "

" Tak. Saya cuma perlukan masa. Awak pun tahukan yang hal nikah kahwin bukan soal main-main. "

" Okay, takpe. Aku bagi kau masa sampai Jumaat ni. Boleh? "

Dengan perlahan, Dinara menganggukkan kepalanya. Jari jemarinya digentel sesama sendiri.

" Jom lah. Aku hantar kau balik. Lagipun dah lewat ni. "

" Okay."

🌼

" Err, thank you for today. " Ujar Dinara ketika dia hendak melangkah keluar daripada kereta milik Nadien.

" Okay. But, Jumaat ni aku nak jawapan. Aku tak kisah kau ready ke tak, yang aku pasti hari Jumaat ni, aku nak jawapan daripada mulut kau. "

" Awak jangan risau. Saya janji saya akan bagitahu keputusan saya Jumaat nanti. Saya keluar dulu, good night. " Balas Dinara sambil menyangkutkan tali beg yang tadinya terlurut sedikit ke bahunya.

" Okay. Good night to you too. "

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now