Bab 30

1.3K 86 2
                                    

" Aira nak toys?" Nadien bertanya kepada Aira yang berada dalam dukungannya. Dicium sekilas pipi kecil itu.

"Nak!"

" Okay. Harini papa beli toys banyak-banyak dekat Aira. How much toys do you want?"

Aira hanya membalas dengan sengihan sambil menunjukkan kelima-lima jarinya.

" Aira nak lima? Okay kejap lagi kita masuk kedai tu." Jari Nadien mununjuk ke arah salah satu kedai mainan di situ.

Dinara hanya mendengar tanpa menyampuk perbulan mereka berdua. Memang dari tadi dia tak banyak bersuara pun. Langkahnya terhenti apabila telefon pintarnya berdering minta diangkat. Dipandang Nadien dan Aira yang semakin menjauh. Biarlah, lagipun diorang pergi kedai toys dekat depan tu je. Panggilan daripada Zairi yang juga bekerja di hotel itu diangkat.

" Yes, Zairi?"

" Akak, Ri nak tanya, mana fail untuk projek hall floor eleven tu eh?" Tanya Zairi sambil tangannya ligat menyelak satu persatu timbunan fail di atas mejanya.

" Ri cuba cari atas meja akak. Sebab tengahari tadi akak ada ambil fail tu. "

Talian di sebelah sana sunyi tanpa suara. Hanya kedengaran bunyi fail diselak-selak.

" Okay akak. Dah jumpa, thank you." Lega kedengaran suara Zairi ketika itu.

" Ya sama-sama. Ri tak balik lagi ke?"

" Tak. Harini Ri buat overtime. Nak siapkan design baru untuk dewan tingkat sebelas tu."

" Ouhh okaylah kalau macam tu. Elok-elok dekat office tu." Usik Dinara lalu tergelak kecil.

" Hishh... akak ni. Janganlah buat saya rasa seram sejuk." Zairi mengusap-ngusap perlahan lengannya.

" Tak lah. Akak gurau jaa. Okaylah, dekat mall ni. Akak letak dulu."

" Okay kak. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Tergeleng-geleng kepalanya mengenangkan perangai Zairi yang tiga tahun lebih muda daripadanya itu. Telefon dimasukkan kembali ke dalam beg tangan dan dia bergerak ke arah kedai yang ditunjuk Nadien tadi.

Cuba dicari kelibat mereka berdua, tapi bayang pun tidak kelihatan. Dia mengeluh perlahan. Mana Nadien bawak Aira ni. Telefon dikeluarkan kembali daripada beg tangan. Baru sahaja dia hendak menelefon Nadien, tangannya terasa direntap daripada belakang.

" You pergi mana, hah?! Merata tahu tak I cari you. Boleh tak you jangan susahkan I. Tolonglah jangan serabutkan kepala I yang dah sedia ada serabut ni!" Ujar Nadien dengan suara yang sedikit kuat.

Dinara tergamam. Besar sangat ke salah yang dia buat sampai Nadien nak tinggikan suara macam tu? Dia menundukkan sedikit kepalanya apabila beberapa pasang mata mula memandang ke arah mereka.

" Sorry." Dinara berkata perlahan.

Nadien berdecit. Dinara yang sedang menunduk itu dipandang dengan rasa serba salah.

" Dah la. Jom kita pergi makan dulu." Nadien menggapai tangan Dinara lalu tangan itu digenggam erat.

" Nanti you hilang lagi." Balasnya pendek saat Dinara memandangnya dengan pandangan yang agak terkejut.

🌸

" I'm sorry pasal tadi. "

"Hmm?" Dinara memandang Nadien sekilas. Bibir Aira yang sedikit comot dengan mash potato dilap perlahan.

" Sorry sebab tinggikan suara dekat you tadi." Ujarnya perlahan. Segala perlakuan Dinara terhadap Aira dipandang dengan penuh minat.

" It's okay." Dinara mengukirkan senyuman kepada Nadien.

" Betul you dah maafkan I?"

" Ya..." Jawab Dinara sedikit meleret.

" Tapi kenapa you diam je dari tadi?"

" Ara tak tahu nak cakap apa."

" Boleh I tahu kenapa you bahasakan diri you sebagai Ara?" Soal Nadien ingin tahu.

Dinara memandang Nadien dan kemudian dia tersenyum.

" Abang yang mula panggil Ara, Ara. Sebab abang cakap nama Ara ni comel. Abang tak ingat?"

Nadien menggeleng dengan pandangan yang keliru.

" Sorry. Tapi I tak ingat. "

" Erm... Abang tak nak tahu macam mana kita boleh terpisah?"

" Let's not talk about this okay? Lama-lama nanti, I akan tahu jugak. Now, kita fokus dekat keluarga kecil kita dulu. Yang lepas tu biarlah lepas."

" Erm... okay. Ara nak bawak Aira pergi cuci tangan kejap."

" Tak apa. Biar I yang bawak."

Dinara termenung sekejap ketika Nadien membawa Aira pergi mencuci tangan. Teringat akan perbualan mereka sebentar tadi. Memang, memang Nadien akan tahu jugak suatu hari nanti. Dan waktu itu, dia tidak tahu sama ada Nadien akan berpihak kepada dia ataupun Tengku Rosalinda.

🌸

Aira yang sudah tertidur diletakkan perlahan-lahan ke atas katil. Nadien kemudiannya berpusing memandang Dinara.

" I balik dulu lah." Katanya perlahan kerana tidak mahu mengganggu tidur si kecil.

Dinara mengangguk.

" Kenapa dengan you hari ni? Diam je. You tak sihat? "

Dinara menggeleng. Dia menunduk dan seketika kemudian, dia memandang Nadien dengan mata yang sudah berkaca-kaca. Dia memeluk tubuh Nadien dengan erat.

" Ara rindu abang. Ara rindu abang yang dulu. Ara rindu abang waktu abang sayang Ara dulu. Ara rindu abang... yang dulu." Ucap Dinara sayu sebelum esakannya mula kedengaran.

Nadien terdiam. Lidahnya kelu untuk membalas semua ucapan rindu Dinara terhadap dirinya yang dulu. Dengan perlahan, tangannya naik membalas pelukan Dinara.

" I'm sorry. I'm sorry sebab tak ingat you. I janji, I akan ingat you dan hidup kita yang dulu. I janji dengan you. I'm really sorry." Ujar Nadien lalu mengucup lembut dahi Dinara.

" Ara rindu abang... Tskk!"

🌸

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now