Bab 4

1.4K 88 0
                                    

" Sofeaaa. "

Encik Asyraf menolak perlahan pintu bilik anaknya. Dia mengerutkan dahinya apabila Sofea tidak kelihatan di dalam biliknya.

" Tini!! " Laung Encik Asyraf memanggil isterinya.

" Ya bang? Kenapa ni? " Soal Puan Kartini yang baru keluar dari dapur.

" Mana Sofea? "

" Sofea? Entahla bang. Saya tak nampak dia dari pagi lagi. Saya ingatkan dia tak bangun tidur lagi. " Puan Kartini memasuki bilik Sofea. Dia berjalan mengelilingi bilik itu dan terhenti pada meja solek milik Sofea.

" Bang. Kertas apa ni? " Diserahkan kertas berlipat yang dijumpai di atas meja solek kepada Encik Asyraf.

Assalamualaikum abah... Sofea mintak maaf sebab pergi dari rumah. Sofea tak nak kahwin, tambah-tambah lagi dengan orang yang Sofea tak kenal. Abah jangan risau, Sofea tahu jaga diri Sofea. Lagipun, duit simpanan Sofea cukup untuk tanggung hidup Sofea sementara nak dapat kerja. Sofea harap abah maafkan Sofea. Sampai masanya nanti, Sofea akan balik.

Encik Asyraf merenyuk kertas di tangannya itu. Dia melabuhkan duduk di atas katil milik Sofea.

" Semua ni salah abang. Kalau abang tak paksa Sofea, Sofea tak akan pergi dari rumah ni. " Ujar Encik Asyraf kesal.

Puan Kartini terkedu sesudah membaca kertas yang ditinggalkan oleh Dinara. Dia mengusap perlahan bahu Encik Asyraf yang sudah terdiam kesal.

" Ibu, abah. Kira nampak Sofea keluar semalam. Dalam pukul 2 pagi dan ada orang datang ambil dia naik kereta. Mungkin boyfriend dia yang datang ambil. " Ucap Kirana yang tiba-tiba sahaja muncul di pintu bilik Sofea.

" Apa Kira cakap ni? Tolong jangan keruhkan lagi keadaan boleh tak? " Marah Puan Kartini.

" Betul lah ibu! " Bentak Kirana perlahan.

" Abang jangan nak percaya cakap si Kira ni. Belum tentu lagi apa yang dia cakap tu betul. Entah-entah kereta yang datang ambil Sofea tu grab. Tapi si Kira ni je yang memandai-mandai cakap yang bukan-bukan. " Ujar Puan Kartini kepada encik Asyraf yang sedang memicit-micit kepalanya.

Kirana menjeling Puan Kartini lalu keluar daripada bilik Sofea.

🐑

" Minum lah, Hashim. " Pelawa Encik Asyraf apabila Puan Kartini datang meletakkan sedulang air kopi.

" Sebenarnya, ada apa ni. Tiba-tiba je kau panggil aku datang rumah kau ni. " Pak Hashim bersuara setelah mencicip sedikit kopi yang dituang oleh Puan Kartini.

Encik Asyraf mengeluh perlahan. Dia menggeleng perlahan kepalanya.

" Aku mintak maaf, Hashim. Aku tak tahu mana Sofea pergi. Tahu-tahu je dah takde dalam bilik pagi tadi. Baju dia pun takde. Aku minta maaf sangat-sangat, aku terpaksa tolak balik lamaran kau, Hashim. " Ujar Encik Asyraf serba salah. Fikirannya rungsing memikirkan dimana keberadaan Dinara.

" Sofea tak setuju ke? "

" Nampaknya macam tu lah. Dia tak nak kahwin, sebab tu dia pergi dari kampung ni. Aku mintak maaf sekali lagi Hashim. " Pinta Encik Asyraf dengan serba salah. Salahnya juga kerana tidak mengambil kira tentang perasaan anaknya itu.

" Tak apa lah. Dah takde jodoh diorang berdua. Kalau macam tu, aku balik dululah. " Pamit Pak Hashim, ayah kepada lelaki yang datang meminang Dinara.

" Yelah. Baik-baik naik motor tu. Assalamualaikum. " Pesan Encik Asyraf.

" Waalaikumsalam. "

Mata Encik Asyraf melorot mengikuti motosikal milik Pak Hashim yang bergerak keluar dari perkarangan rumah miliknya.

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now