Bab 7

1.4K 101 1
                                    

" Ara! Tunggu lah kejap! " Kedengaran kuat laungan suara Nadien dari belakang.

Dinara berpusing dan melihat dengan aneh Nadien yang sedang tercungap-cungap akibat mengejar langkahnya.

" Ara? " Soalnya pelik.

" What's wrong? Betul lah kan itu nama kau? Dinara? "

" Tapi tak ada orang panggil saya macam tu. Semua orang panggil saya Sofea, so you should call me Sofea too."

" Tak nak, aku nak panggil kau Ara. Okay apa Ara, cute je. " Ujar Nadien bersahaja, tidak sedar bahawa Dinara sudah menarik senyum sehingga ke telinga.

" Awak nak cakap saya cute lah ni? Wahh, terima kasih awak! " Ucap Dinara girang. Sapu tangan kecil dikeluarkan dan dihulurkan kepada Nadien.

" Kau ni perasan lah. Aku cakap nama Ara tu yang comel, bukannya kau! " Dia menyambut sapu tangan yang dihulur oleh Dinara dan mengelap perlahan peluh di dahinya.

" Awak tipu! Saya tahu, awak sebenarnya nak cakap yang saya ni comel kan? Hmm, saya tahu yang saya ni memang comel pun. " Telapak tangan diletakkan ke pipinya dengan mata yang berkelip-kelip melihat Nadien.

" Kau jangan nak perasan! Aku tak pernah puji kau comel pun. Dasar minah kuat perasan! " Getus Nadien kegeraman.

Dinara menjuihkan bibirnya. Tak nak mengaku pulak!

" Kenapa awak ikut saya? Bukan ke awak cakap yang awak nak balik tadi? "

" Tak jadi. Aku ikut kau. Kau nak pergi mana lagi ni? "

" Saya nak pergi tengok bunga sakura boleh?" Pintanya dengan penuh berharap.

" Hmm, bolehla. Dah jom! "

" Yeayy!!! " Jerit Dinara dengan girang.

" Kau ni kan, cuba perangai tu bagi jadi macam orang dewasa sikit. Malu tau tak orang tengok! " Marah Nadien perlahan. Matanya diliar-liarkan ke sekeliling. Nasib baik tak ada orang nampak perangai tak semenggah Dinara itu.

" Biarlah. Sibuk je. "

" Eh kau nak pergi tengok bunga sakura ke tak ni? Kang aku tinggal baru kau tahu. "

" Nak lah! Awak jangan lah marah. Garang sangat! "

" Garang lah sebab perangai kau macam budak-budak. " Dia tersengih sinis lalu meninggalkan Dinara yang terkulat-kulat di belakang.

" Oii, mana ada perangai saya macam budak-budak! " Jeritnya lagi dan berlari anak mengejar langkah panjang Nadien di hadapan.

🐑

" Abang..."

Encik Asyraf tersentak tatkala lengannya di tepuk lembut oleh Puan Kartini.

" Kenapa ni? Diam je? "

" Abang cuma risaukan Sofea. " Balas Encik Asyraf.

" Sofea tak ada telefon abang? "

" Ada, semalam. "

" Lepastu, abang tak suruh dia balik ke? "

" Dia tak boleh balik Tini. Sofea sekarang jauh sangat daripada kita..." Encik Asyraf menghela nafas lemah dan memandang isterinya.

" ... Sofea sekarang dekat Korea. "

Puan Kartini tergamam. Dia melihat Encik Asyraf dengan tidak percaya.

" Korea? Ya Allah, kenapa jauh sangat Sofea pergi bang? "

" Entah la. Mungkin sebab itu tempat yang dia memang teringin sangat nak pergi dari kecil lagi. " Ujar Encik Asyraf dengan sebak.

" Kita doakan yang terbaik saja buat Sofea ya? Tini yakin yang tak lama lagi Sofea akan balik. Semuanya akan jadi seperti biasa nanti. "

Encik Asyraf mengangguk.

" Abang jangan fikir banyak-banyak sangat. Nanti darah tinggi abang semakin teruk. " Nasihat Puan Kartini lagi.

" Hmm, Kira mana? Tak nampak dia pun. " Soal Encik Asyraf apabila anak tirinya itu tidak kelihatan di rumah.

Puan Kartini mengeluh.

" Entah lah, bang. Dia keluar dari pagi tadi tak balik-balik lagi. Saya pun dah tak tahu nak nasihat dia macam mana lagi. "

" Tak apalah. Nanti abang pergi cari Kira. Adalah tu dia dekat rumah kawan-kawan dia. " Ujar Encik Asyraf sekadar untuk menyedapkan hati Puan Kartini.

" Tak payah cari lah abang. Bukannya dia tak tahu jalan nak balik rumah ni. "

Emcik Asyraf diam tidak membalas. Dia hanya memandang Puan Kirana yang seakan-akan kecewa dengan perangai Kirana.

🐑

" Dah? Puas dah dapat tengok bunga sakura?"

" Puas sangat! Akhirnya impian saya tercapai juga akhirnya. "

" Gembira sangat macam bunga ni emas. " Ujar Nadien perlahan agar tidak didengari oleh Dinara.

" Awak cakap apa? Walaupun bunga ni bukan emas, tapi still berharga tahu? Disebabkan bunga sakura inilah bumi Korea ni sentiasa jadi tumpuan pelancong. Awak ni memang tak tahu nak menghayati ciptaan semula jadi lah. " Kata Dinara tidak puas hati.

" Yelah tu. Kau cakap macam kau ni menteri pelancongan negara Korea pulak! "

" Eeii, dia ni kan! Annoying betul! "

Nadien memandang Dinara dengan geli hati. Tercuit dengan telatah Dinara yang satu itu. Teh yang masih berasap nipis dihirup perlahan.

" Try this. Sejuk-sejuk macam ni, memang nikmat bila minum teh panas. " Kata Nadien kepada Dinara yang sedang membelek bunga sakura yang dikutip di atas jalan tadi.

" Thank you! " Dinara melemparkan senyuman kepada Nadien sebelum mula menghirup teh panas itu.

" Lepas ni kita balik. " Suara Nadien kedengaran setelah beberapa minit mereka berdiam diri.

" Okay. Lagipun saya dah penat ni. " Kedua belah tangan diailangkan ke atas meja. Wajah Nadien dipandang dengan penuh minat.

" Kenapa kau pandang aku macam tu? " Tanya Nadien sedikit gugup. Rasa tidak keruannya bila dipandang Dinara sebegitu, cuba ditutup sebaik mungkin.

" Awak tahu tak yang muka awak ni ada iras-iras Lee Minho? "

" Tch, kau tu orang ke seratus yang cakap macam tu dekat aku. " Riak Nadien berkata.

" Alaaa, saya baru je nak jadi yang pertama. " Keluh Dinara sekaligus mempamerkan muka kecewa.

" Apa kata kau jadi orang pertama yang ajak aku kahwin? " Nadien berkata nakal.

Dub!!! Terhenti sesaat jantung Dinara apabila mendengar ayat dari mulut Nadien itu.

" A-awak jangan nak main-main. Saya tak desperate lagi sampai nak ajak lelaki kahwin. Huh! "

" Gurau je. "

Dinara menjeling Nadien tajam. Suka sangat mengusik dia.

" Ingat muka kau lawa lah kalau kau merajuk tu? "

Dinara tidak menghiraukan lagi. Malas nak layan. Dia membuang pandang ke arah lain sebelum tersentak apabila tangan Nadien mendarat ke atas kepalanya.

" A-apa awak b-buat ni? " Tanya nya gugup.

" Ni, daun. " Nadien menunjukkan daun yang telah luruh ke atas kepala Dinara.

" Ouh... Err, jom lah kita balik. " Dia menggaru sedikit kepalanya. Entah kenapa jadi kekok pula.

" Okay jom. Kau nak aku hantar sampai ke depan... "

Suara Nadien yang sedang bercakap dengannya semakin hilang dari telinga yang hanya dipenuhi dengan bunyi degupan jantung miliknya. Nadien dibiarkan bercakap berseorangan manakala dirinya mula menyoal jantungnya sendiri.

Cik Jantung, kenapa awak berdegup kuat sangat ni?










Psstt, macam hambar je😩 Btw, don't forget to vote and share!💙

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now