Bab 9

1.3K 119 3
                                    

" Okay bye. " Ucap Dinara kepada Nadien sebelum menutup pintu bilik sewanya. Badannya disandarkan pada pintu tersebut.

" That's my girl... "

Terngiang-ngiang kembali kata-kata Nadien terhadapnya tadi. Arghhh!! Kenapa rasa macam ni, Sofea? Dia bertanya kepada dirinya sendiri. Seketika kemudian, bibirnya menarik satu senyuman manis.

" Nadien Adyan... Tak salah kan kalau saya suka awak? "

🌼

2 bulan kemudian.

Dinara mengemas pensel dan kertas-kertas yang bersepah di atas meja kerjanya. Jam ditelek, pukul 4.50. Beg tangan diambil dan dia berjalan keluar daripada ruangan kerjanya.

" Hai, cik Sofea. Dah nak balik ke? " Satu suara lembut menegurnya. Diana, salah satu pekerja Melayu dan beragama Islam di syarikat itu sebelum dia masuk kerja di situ. Kiranya, sekarang dekat syarikat tu ada dua orang pekerja Melayu dan beragama Islam.

" Ha'ah. Nak pergi jumpa kawan kejap. " Jawabnya sambil tersengih lebar kepada Diana.

" Hmm, happy semacam je ni. Mesti kawan special kan? " Diana mengukirkan senyuman nakal.

" Ish, mana ada lah. Pandai-pandai je awak ni, Diana. Eh, saya pergi dulu lah. Dah lewat ni. Bye, Assalamualikum. "

" Okay, hati-hati cik Sofea. " Diana melambaikan tangannya kepada Dinara yang semakin menjauh darinya.

🌼

Nadien memeriksa telefon pintarnya apabila dia menerima satu pesanan ringkas. Sedang dia ralit membalas mesej daripada rakan serumahnya, dia dikejutkan dengan satu tepukan di bahunya.

" Eh, kau buat apa dekat sini? " Soal Nadien dengan terkejut apabila melihat Dinara berada di universitinya.

" Saja. Saya nak ajak awak teman saya pergi beli barang dapur lepas ni. Boleh tak? "

" Boleh. Kau tunggu kejap, aku nak reply mesej kawan aku dulu. " Kata Nadien sambil menunjukkan telefon pintarnya.

Dinara hanya mengangguk. Dia memerhati ke sekeliling kawasan universiti tempat Nadien belajar. Cantik dan besar.

" Dah jom. "

" Eh, awak! " Dinara menarik lengan Nadien apabila Nadien tidak menggunakan jalan yang selalu orang guna untuk keluar daripada kawasan universiti itu.

" Kenapa? "

" Kenapa kita lalu sini. Bukan ke kita sepatutnya lalu jalan sana. " Jari telunjuknya dituju pada pintu pagar besar universiti itu.

Nadien menghembus nafasnya perlahan. Sabar je lah dengan budak kecik ni.

" Cik Ara, sekarang ni aku nak bawak kau pergi tempat parkir kereta. "

" Hah?! Tapi kita nak buat apa pergi sana? " Tanya Dinara polos.

" Ish kau ni! Mesti lah sebab kereta aku dekat sana. Kenapa kau lembab sangat hari ni? " Nadien memerli Dinara dengan kasar. Geram dengan sifat blur tak bertempat Dinara itu.

" Ouh... Tapi kenapa saya tak pernah tahu pun yang awak ada kereta. Ke awak sewa kereta tu? Awak sewa kereta tu sebab awak nak pergi mana-mana ke? Kan selalunya awak naik public transport je. " Tanya Dinara bertalu-talu dan perkara itu telah membuatkan Nadien semakin geram dengan Dinara.

Nadien meraup mukanya kasar. Tajam matanya melihat Dinara yang masih menunggu jawapan daripadanya.

" Kau nak aku teman kau pergi beli barang ke tak ni?! "

" Nak lah. Tapi awak still tak jaw–"

" Stop bercakap sebelum aku cium bibir kau tu. " Tersungging satu senyuman sinis di bibir Nadien sesudah menuturkan kata-kata berbaur amaran itu.

Dinara menekup mulutnya dengan telapak tangan. Dia menjeling Nadien dan terus berjalan mendahului Nadien.

" Heh, tahu pun takut. " Omel Nadien perlahan. Langkah Dinara yang berada di hadapannya itu diikuti perlahan.

🌼

" Asal kau diam ni? " Tanya Nadien apabila Dinara hanya diam tidak bercakap. Hanya tangannya sahaja yang lincah mengambil barang yang diingini.

Dinara menjeling Nadien dengan tajam.

" Awak suruh saya diam kan tadi? Sekarang, saya diam lah! " Tutur Dinara sedikit kuat.

" Shhh, pelan lah sikit. Hishh kau ni, yang kau nak ambil hati sangat kenapa? Aku suruh kau diam sebab kau bising sangat. Bukannya aku suruh kau tak bercakap langsung. "

" Apa-apa je lah. " Sepaket carrot diambil dan diletakkan di dalam troli.

" Dah habis? Kalau dah, jom pergi bayar. "

" Dah. Jom lah pergi kaunter. " Ajak Dinara dan mereka berdua bergerak ke arah kaunter.

🌼

" Terima kasih tau awak sebab bayarkan barang tadi tu. Sepatutnya saya yang bayar sebab tu semua barang saya. "

" It's okay. Bukan selalu aku belanja kau. " Ujar Nadien selamba. Tangannya dimasukkan ke dalam poket jeans yang dipakainya.

" Awak... Saya ada something nak bagitahu awak ni. "

" Hmm, apa? "

" Sebenarnya... Saya, ermm, tak ada apa lah. " Dinara sengih. Dia tahu yang Nadien akan mengamuk sekejap lagi.

" Sebenarnya saya, apa?! " Soal Nadien hilang sabar. Dia cukup pantang dengan orang yang cakap tak habis ni.

" Jangan lah marah. Saya saja je nak usik awak. "

" Kau usiklah lagi kalau berani, silap-silap tangan ni naik melekap dekat pipi kau tu. " Kata Nadien geram.

" Orang main-main je. Awak ni kasar sangatlah. "

" Biarlah aku kasar. Lelaki kot. Tak kan lelaki nak lembut macam kau. Kang orang panggil aku ni pondan pulak. "

" Tak ada lah lembut sampai macam pondan. Aduhh, awak ni. " Dinara menekan sedikit perutnya yang sakit akibat gelak dengan kelakar yang dibuat oleh Nadien.

Nadien memandang jengkel ke arah Dinara. Ingat kelakar ke gelak sampai sakit perut tu?

" Apa kau nak cakap tadi? "

" Oppa, I think I'm in love! " Ujarnya sekali nafas.

" What?! Mamat Korea mana pulak yang kau jatuh cinta ni? Kau bagitahu aku sekarang? " Nadien mengoncang-goncang bahu Dinara.

" Adoii, awak. Kejaplah, pening saya tahu tak, awak goncang macam ni. " Dinara menepis perlahan tangan Nadien yang berada di bahunya.

" Kau bagitahu aku sekarang, siapa lelaki tu? "

" Hmm, awak rasa? "

" Kalau ikutkan rasa aku, akulah lelaki yang kau dah jatuh cinta tu kan? " Nadien menjongketkan keningnya nakal.

" Perasannya awak! " Dia tergelak sedikit. Kelakar walaupun apa yang Nadien cakap itu sebenarnya benda betul. Lagipun, kerek betul muka Nadien waktu cakap ayat tu tadi.

" Betul lah. Kau mana ada rapat dengan lelaki lain selain aku dekat Korea ni. "

" Dekat office saya banyak je lelaki yang boleh saya rapat. Werk!! " Dia menjelirkan lidahnya kepada Nadien.

" Kau jangan berani-berani nak bercinta dengan lelaki lain eh! " Kecik besar je dia tengok budak kecik ni.

" Kenapa pulak? "

" Sebab kau tu, aku yang punya!! "

Dinara terkedu. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Meskipun begitu, dia merasakan bahawa jantungnya mula berdegup dengan laju. Auch, I feel like butterfly in stomach!




Hai!! Macam biasa jgn lupa vote and share story ni tau. Oh ya, saya rasa story hanya akan di update ketika hujung minggu sahaja. Sebab sekarang kan sekolah. So, saya busy sikit. Btw, Best tk story baru saya kali ni?

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now