Chap 1

1.7K 129 22
                                    

2 bulan sebelum itu..

"Macam mana dengan anak U tu? Sudah call dia? "

Seorang lelaki bertanya kepada isterinya yang sedang menuangkan air kopi ke dalam cawan di ruang makan tempat mereka berdua sedang berada. Isterinya, yang sedang menghulurkan cawan tersebut kepadanya hanya mampu mengeluh kesal. Seolah-olah dia ingin melepaskan lelahnya yang telah lama dia tahan.

"I tak tahulah macam mana lagi nak cakap, bang. U tahu tak? Anak kita tu, everyday he will always went out. Sampai ke cerah I pernah tunggu dia, barulah dia balik. Apa nak jadi dengan dia tu? Haish... Tak padan dengan dah besar! "

Si isteri mengeluh. Mengingat kembali tentang kejadian suatu malam dia ternampak akan anaknya yang tiba-tiba keluar secara senyap-senyap dari rumah, oleh kerana tertanya, dia pun membuat keputusan untuk menunggu kepulangannya. Dan siapa sangka? Anaknya itu pulang sehingga hampir ke larut pagi! Habis dileter anaknya itu kerana berbuat hal demikian.

Siapalah yang pergi buat kerja dekat luar rumah malam-malam macam tu?

"Hmm... Makin lama kita diam makin menjadi-jadi pula anak kita yang seorang tu. Nampaknya dah sampai masanya untuk kita pula yang bertindak.. "

Si isteri menatap ke arah suaminya dengan hairan. Wajahnya mula berkerut kerana tidak faham akan apa yang dimaksudkan oleh suaminya.

"Apa maksud abang? Abang ada plan sesuatu untuk anak kita ke? "

"Hmm.. Kind of? Abang sebenarnya dah lama sembunyikan hal ni dari semua. Actually, sebelum kita kahwin lagi. "

Si suami memegang erat tangan isterinya. Bagi menujukkan bahawa isterinya harus percayakan dirinya. Dan si isteri pula mula tersenyum. Dia tidak ragu-ragu dalam mempercayai suaminya kerana dia kenal suaminya sejak sebelum mereka bersama lagi.

Mengingat kembali akan di saat dia pada awalnya adalah merupakan seorang ibu tunggal yang harus menjaga anaknya seorang diri kerana kematian suami. Dia menjaga anak lelakinya seorang diri tanpa sesiapa pun yang boleh menolongnya. Dia hanya pekerja cafe biasa. Dan tiada saudara-mara yang kenal dengannya di situ. Sehinggalah dia bertemu dengan suaminya yang sekarang. Kaizo.

Si isteri pada awalnya mempunyai anak bernama Fang. Dia lah yang menguruskan Fang sejak kecil sehingga lah Fang menjadi kanak-kanak yang aktif. Dan kemudian sebaik sahaja dia bertemu Kaizo, cintanya serta Kaizo pun mula berputik, mereka mula bersama dan akhirnya berkahwin. Dan tidak lama selepas itu, mereka pun menerima pula cahaya mata bersama iaitu anak lelaki yang diberikan nama Halilintar.

Mereka berdua hidup bahagia bersama-sama dengan 2 orang anak lelaki mereka. Yang abang bernama Fang. Manakala yang adik pula bernama Halilintar. Walaupun perbezaan umur mereka agak ketara tetapi 2 beradik itu selalu menunjukkan hubungan yang baik di hadapan ibubapa mereka. Terutama si abang. Tiada masalah tercetus antara mereka walaupun pada awalnya Fang agak terkesan dengan kemunculan adiknya yang baharu.

Kaizo pula merupakan seorang ahli perniagaan yang dahulunya berniaga biasa-biasa sahaja. Namun, di atas bantuan seorang pengurus syarikat yang berjaya menaikkan namanya, dia kini menjadi pengurus syarikat yang terkenal juga. Dan Kaizo sudah tentu terhutang budi dengan pengurus syarikat tersebut. Sehinggalah mereka berdua telah membuat satu perjanjian bersama. Dan akhirnya, sudah sampai masanya untuk janji itu ditunaikan.

Tetapi mula-mula, dia harus memberitahu ahli keluarganya terlebih dahulu. Barulah perjanjiannya dapat dijalankan.

"Apa yang U sorokkan dari I? "

"Nothing much, dear. Ingat lagi tak bekas pengurus syarikat KokoTiam Corporation? Tok Aba? "

"Ah, yang pernah bantu U sewaktu nak menubuhkan syarikat dulu tu? "

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now