Chap 58

854 88 29
                                    

Tiitt... Tiit... Tiit..

Bunyi mesin denyutan jantung yang berada di dalam ruang wad bersaiz serdahana besar itu memenuhi suasana di dalam wad tersebut. Di dalamnya, terdapat lebih kurang 8 orang yang sedang menemani seorang pesakit yang kini sedang terlantar di atas katil wad tersebut. Masing-masing menatap pesakit yang sedang terlantar dan masih belum sedarkan diri itu.

"Macam mana benda ni boleh jadi...? "

Kaizo menghela nafas sambil memicit kepalanya. Pening rasanya dengan kejadian yang menjadi-jadi menimpa ke atas keluarganya. Entah sumpahan apalah yang kena terhadap dirinya sampai dalam masa setahun sahaja sudah lebih 2 kali masuk ke dalam hospital dalam masa yang terdekat.

"Maaf, Papa... Sebab nak lindungi Gempa, Halilintar yang menjadi mangsa. "

Gempa menundukkan wajahnya sambil menatap ke arah Halilintar yang kini sedang terkulai lemah di atas katil wad. Tatapannya jelas menunjukkan bahawa dia cukup khawatir atas keadaan suaminya itu.

Seolah-olah pita yang sudah rosak, fikiran Gempa kerap mengimbas kembali akan situasi genting di saat Halilintar datang secara tiba-tiba demi melindunginya.

•°•°Flashback°•°•

BANG!!!

"AARRGH-!! "

"GEMPA!! "

"HALI! "

Gempa terdiam. Dia tidak tahu sama ada dia masih bernyawa ataupun tidak. Jelas-jelas bunyi tembakan pistol tadi jelas kedengaran dan Fang juga mengacukan pistol tersebut ke arahnya. Tapi kenapa? Kenapa dia tidak terasa sakit sama sekali?

Perlahan-lahan Gempa membuka matanya untuk melihat keadaan. Dan bagai masa yang tehenti, seluruh keadaan Gempa terasa seperti berhenti bergerak.

"Gempa... "

Mata Gempa terbeliak apabila melihat susuk tubuh yang amat dikenalinya kini sedang berdiri di hadapannya. Memeluknya. Gempa tergamam.

"Hali.. Lintar... "

Gempa menatap tidak percaya bahawa Halilintar, suaminya kini sedang berada dekat dengannya dan sedang memeluknya. Seolah-olah sedang melindunginya dari bahaya.

Tunggu, bahaya?

Dan pada saat itulah waktu mula berjalan dan diikuti Gempa yang mula tersedar bahawa rupa-rupanya tembakan tadi terkena pada belakang Halilintar.

Bruk!!

"Hali... Hali! Halilintar!! "

Gempa mula panik apabila Halilintar terjatuh menimpanya. Agak sakit namun Gempa tidak apa-apa. Tetapi fikiran Gempa panik apabila kini dia mendapati bahawa Halilintar sudah terjatuh dan tidak sedarkan diri di atasnya.

Gempa cuba membetulkan posisi mereka dan membangunkan Halilintar namun nihil. Halilintar tidak menyedarkan diri. Dan apa yang paling menakutkan Gempa adalah apabila dia dapat merasakan terdapat lumuran darah mengalir dan mengena pada tangannya.

Darah Halilintar!

"Tidak... Tidak! Halilintar bangun!! "

Situasi mula berubah menjadi panik apabila Gempa cuba membangunkan Halilintar namun dia tetap tidak sedarkan diri. Gempa menggoncang tubuh Halilintar dengan harapan agar suaminya itu sekurang-kurangnya dapat menjawab panggilannya namun tetap sahaja ia tidak membuahkan apa-apa hasil.

Sementara di tempat lain, Fang dan Ying mula kaku apabila mereka mendapati bahawa mereka hampir sahaja membunuh Halilintar. Fang yang memegang pistol pantas melepaskannya dengan keadaan tangannya yang terketar-ketar. Matanya membutang tidak percaya.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now