Chap 56

769 84 28
                                    

Splasshh!!

Untuk kesekian kalinya Halilintar disimbah dengan air panas. Segala kulit di badannya kelihatan merah sekali. Tidak ubah seperti udang yang direbus dengan air yang menggelegak. Dan sejujurnya ia adalah satu penipuan jika lelaki itu tidak merasai apa-apa kesakitan. Dia jauh lebih sakit dan menderita sekarang. Segala jiwa dan raganya sakit yang amat sehingga dia diperlakukan sedemikian kejam pun sudah tidak dapat memberikan apa-apa reaksi.

"Heh, kenapa, Hali? Sudah lemah untuk lawan balik? "

"..."

Halilintar mengabaikan segala hinaan sinis yang keluar daripada mulut abang tiri dan bekas kekasihnya. Dia sedar bahawa dia sedang diseksa teruk oleh manusia yang bertopengkan syaitan itu. Tetapi hanya jasad dan rohnya sahaja. Fikirannya sudah jauh melayang memikirkan tentang isterinya.

Gempa.

'Tuhan... Maafkan aku kerana selama ini aku menyia-nyiakan perasaan isteri aku. '

'Aku langsung tak menghargai perasaannya yang begitu tulus dan ikhlas dalam mencintai aku. '

'Aku mendera dan menyakiti malaikat yang sudi bersamaku untuk menjaga dan mencintai aku. Aku dah hancurkan hati dia. Aku dah buat dia hancur. '

'Tuhan.. Tolonglah... Berikan aku peluang kedua untuk bersama dengan isteri aku. Aku mohon. Aku bersumpah akan menjaganya dan mencintainya dengan setulus ikhlas aku. Setelah semua ini berakhir, aku bersumpah akan menjaga hubunganku bersama Gempa termasuk keluargaku dengan baik. Aku akan setia kepada isteriku...'

'Jadi tolonglah... Berikan aku kesempatan untuk bersama Gempa semula... '

Halilintar ingin menangis tetapi dia segera menahannya. Tidak. Dia tidak akan menangis di hadapan manusia syaitan di hadapannya itu. Dia lebih rela melutut dan menangis di hadapan Gempa dari mereka berdua. Mereka berdua tidak layak untuk melihatnya.

Biarlah dia diperlakukan sebegitu kejam tanpa perikemanusiaan. Asalkan dia tidak tunjuk lemah di hadapan mereka. Ya, dia harus kuat!

"Hehehehe, Hali... Hali... Kenapa? Kau fikir kau akan bertemu dengan isteri kau balik? "

Ying bersuara sambil berjalan mengelilingi Halilintar. Namun persoalannya terus diabaikan oleh lelaki itu yang mana membuatkan gadis itu geram. Cemeti yang berada di tangannya terus diangkat dan dilibas pada badan Halilintar dengan begitu kuat sekali.

Spang!!

"Khhk-! "

Halilintar terpaksa menggigit bibirnya yang sudah berdarah itu bagi menahan jeritannya. Belakang badannya begitu menyengat sekali sakitnya sehingga dia rasa seperti ia dibakar oleh api yang marak. Dia ingin meronta untuk melepaskan diri tetapi apakan daya? Dia sudah terlalu lemah sekarang.

Halilintar bukan sahaja didera dengan disimbah oleh air yang panas dan libasan cemeti yang menyakitkan, dia malah menerima tamparan yang kuat, tikaman dan tusukan serta hirisan di badannya juga dia terima. Tidak cukup dengan itu, Fang juga ada kalanya memukulnya dengan sadis sekali di wajahnya sehingga ia mengakibatkan wajahnya bengkak dan berdarah.

Telinga Halilintar entah ke berapa kali sudah berdesing kuat akibat daripada tamparan dan pukulan yang dilakukan oleh Ying dan Fang. Tetapi syukurlah dia masih, boleh mendengar. Jika tidak, Halilintar tidak dapat membayangkan bagaimana dia hendak mendengar suara manis nan lembut milik isterinya sekiranya dia berjaya keluar dari situasi ini suatu saat nanti.

Manakala di pihak Fang dan Ying pula, mereka berdua kelihatan begitu puas hati sekali melihat 'hasil kerja' mereka. Keadaan Halilintar begitu menyedihkan dan sadis sekali.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now