Chap 3

1K 106 46
                                    

"Yaya! Sini! "

Seorang gadis yang mengenakan selendang berwarna pink terus berpaling ke arah suara orang yang memanggilnya. Senyuma terus terukir di wajahnya sebaik sahaja dia melihat seorang carrier iaitu Gempa sedang melambaikan tangannya ke arahnya.

Tanpa membuang masa lagi, gadis yang dipanggil Yaya itu pun terus berjalan ke arah kawan baiknya dan juga merangkap sepupunya iaitu Gempa.

"Hi, Gem! Kau apa khabar? Jarang kita berjumpa sejak kau dah start bekerja sebagai doktor ni! "

"Hehe, aku ni takdelah sibuk sangat sebenarnya. Cuma kadang-kadang bila cuti tu aku perlukan masa untuk berehat je dekat rumah. Sebab kau tahulah, kerja doktor ni memenatkan sikit. Dan aku juga takut kalau aku kerap keluar, ramai orang akan cam aku. "

Yaya mengangguk faham. Dia sudah cukup kenal dengan sepupunya itu. Gempa bukan jenis lelaki yang mudah bergaul walaupun dia seorang yang peramah. Dia lebih suka bekerja sendiri dan menyendiri jika perlu. Tetapi Gempa hanya lakukan perkara normal yang orang sentiasa buat. Sudah tentu ramai orang inginkan masa bersendirian, kan? Kalau boleh tidak mahu diganggu oleh sesiapa. Dan itulah apa yang Gempa selalu buat. Jadi ia tidak terlalu pelik.

"Ok, jadi kenapa kau panggil aku ni? Siap nak jumpa dekat luar lagi. "

"Eh? Salah ke sekali-sekala aku keluar? Lagipun aku ajak kau sekali, kan? Aku tak nak keluar sebelum ni sebab cuma nak elak orang kenal je. "

"Perangai kau yang ni peliklah, Gem. Kenapa kau tak nak orang kenal kau? Lagipun kau bukannya artist pun, kan? "

Gempa tersengih.

"Entahlah. Ni mungkin tabiat aku kot? Aku takde masalah pun rasanya... Cuma... Mungkin aku tak nak terlalu dikenali? Itu je."

Yaya sekali lagi mengangguk. Dia harus akur sahaja dengan kata-kata sepupunya itu. Kalau tak memang muncung sedepa lah jawabnya!

"Yelah. Aku faham. Now back to our topic. Apa yang membuatkan sepupu comel aku ni nak jumpa aku? "

Persoalan Yaya terus membuatkan riak wajah Gempa berubah menjadi kelam. Lelaki itu menggigit bibirnya sekadar untuk menahan perasaan gelisahnya sekarang. Jari-jarinya terus bermain antara satu sama lain di atas meja makan di cafe tempat mereka berada tersebut.

"Uummm... Macam mana nak cakap, ya? Haih, macam ni... Kelmarin aku ada bercakap dengan Tok Aba. Aku ada lah bertanya sesuatu. Sebab aku selalu tengok dia macam takde selera nak makan dan macam banyak mengeluh, itu yang membuatkan aku risau tu. Jadi, aku tanyalah sebab kenapa dia macam tu. Dan... Dia beritahu aku dia sebenarnya tengah risaukan aku. "

Wajah Yaya berkerut selepas mendengar cerita Gempa. Kenapa bunyinya seperti teruk sahaja?

"Kenapa? Ada apa dengan kau sehingga membuatkan Tok Aba macam tu? "

Gempa menjongketkan bahunya.

"Tok Aba kata dia pernah berjanji dengan seorang pengurus syarikat ni dulu. Diorang bersama-sama nak satukan anak pengurus tu dengan aku ni. Tapi Tok Aba kata, bila aku makin besar dia makin menyesal pula. Sebab dah buat keputusan sambil lewa untuk tentukan pasangan hidup aku. "

Yaya mengangguk faham. Sekarang barulah dia tahu kenapa pada awal cerita Gempa menceritakan bahawa Tok Aba bersedih. Sebab itu rupanya.

"Jadi, kau nak cakap Tok Aba rasa serba salah lah, kan? Sebab dia tak nak kecewakan orang yang dah dia janji tu dan pada masa yang sama tak nak buat kau terluka. Macam tu? "

Gempa mengangguk sebagai menjawab persoalan Yaya.

"Hmm... Macam tu rupanya. Jadi, memandangkan kau dah tahu tentang hal ni... Kau dah buat keputusan ke? "

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now