Chap 33

902 94 63
                                    

"Tuan, baju tuan sudah sedia. "

MamaZila mempersilakan Halilintar untuk masuk ke dalam biliknya. Halilintar hanya mengangguk sahaja dan membiarkan MamaZila beredar terlebih dahulu sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik dan menutup pintu dengan rapat.

Sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik, Halilintar pun bersandar pada pintu bilik. Sejak dari tadi lagi jantungnya berdegup tidak keruan dan ianya terasa amat sakit sekali.

'Apahal dengan aku ni?! '

Halilintar mencengkam rambutnya dengan kesal. Dia terasa seperti sangat serabut sekarang. Terlalu banyak benda yang dia fikirkan sehingga apa yang dia lakukan segalanya berada di luar jangkaan sendiri.

Pada awalnya dia berniat ingin berbual dengan biasa sahaja dengan Gempa. Tetapi akhirnya, dia pergi selepas sekali lagi memberikan harapan palsu untuk lelaki itu.

'Argh! Abaikan dia, Hali! He's nothing to do with you! '

Halilintar merengus. Dia pun segera masuk ke dalam bilik mandi untuk mandi dan bersiap. Malam itu dia berniat untuk tidur di rumah Ying semalaman sebelum sesi penggambarannya bermula semula esok hari.

•°•°•

Sebaik sahaja siap mandi. Halilintar segera mengeringkan rambutnya sambil mencapai telefon yang sedang dicas di atas mejanya. Dia melihat jam di telefonnya. Masa sudah menunjukkan pukul 10 malam. Tak terasa seperti waktu begitu pantas sekali berlalu.

Ding!

Halilintar tiba-tiba mendapat mesej daripada Ying. Dia mula hairan. Bukankah kekasihnya itu ada sesi autograf bersama-sama peminat hari itu?

Kerana tidak mahu terlalu memikirkannya, dia pun bukakan sahaja mesej tersebut.

Dan tanpa disangka oleh dirinya sendiri, matanya membutang setelah sebaik sahaja dia membaca mesej tersebut.

Ying 💖

Hali, I want you to come at my apartment! Right now!  I want you to fucking explain your shit to me!

'What the fuck?! Apahal tiba-tiba ni?! '

Tanpa membuang masa, Halilintar pun segera menyarung pakaiannya dan bersiap-siap dengan kadar yang segera sebelum keluar. Dia mengambil kunci kereta dan dompetnya lalu segera keluar dari biliknya.

•°•°•

"Gempa dah habis makan? "

MamaZila setelah dia selesai menguruskan pakaian yang telah dilipat. Wanita itu berjalan mendekati Gempa lalu melihat, pinggan milik lelaki itu sudah kosong.

Gempa hanya mengangguk sahaja. Dia membiarkan MamaZila menguruskan segalanya sehingga tiba-tiba dia terdengar bunyi pintu bilik dari tingkat atas ditutup dengan kuat sekali. Serentak MamaZila dan Gempa menoleh ke arah tangga sehingga mereka ternampak kelibat Halilintar sedang turun dari tangga dengan cepat sekali.

"T-Tuan Halilintar? "

MamaZila bertanya dengan panik. Kenapa tuannya nampak begitu tergesa-gesa sekali?

Halilintar mengabaikan MamaZila dan Gempa. Dia terus meluru ke arah pintu rumah dan memulas tombol pintu lalu keluar dari rumah dengan kadar yang segera. Enjin kereta segera dihidupkan dan tanpa menunggu enjin cukup panas, dia pun terus menggerakkan keretanya keluar dari perkarangan rumah mansionnya.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now