Chap 63

863 80 7
                                    

Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi tepat. Jauh dari kawasan rumah kediaman Halilintar dan Gempa sudah dapat dilihat banyak kenderaan-kenderaan yang lalu-lalang di atas jalan raya untuk menuju ke arah destinasi masing-masing. Walaupun waktu masih awal pagi namun hampir kesemua masyarakat yang tinggal di kawasan kediaman yang mewah itu sudah pun bangun awal pagi untuk memulakan tugasan harian mereka. Ada yang sedang menuju ke tempat kerja, pasar dan lain-lain lagi.

Walaupun suasana pagi itu sedang sibuk, namun di dalam rumah pasangan itu nampaknya salah seorang penghuninya masih belum sedar dari mimpi lenanya.

Gempa.

Di atas katil yang empuk itu nampaknya lelaki manis itu sedang tidur dengan lena sekali. Dengan badan yang tidur dalam keasaan posisi menghadap ke kanan dan diselimut dengan kain selimut putih yang tebal, kelihatannya lelaki itu seperti masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk sedar.

Graaaa...
Klik!

Bunyi terbuka dan tertutupnya pintu bilik mandi sedikit mengganggu Gempa dari tidurnya. Lelaki berkulit putih salji itu mula mengernyitkan matanya dalam tidurnya lalu mula membuka matanya dengan perlahan-lahan sehingga menampakkan iris keemasan indahnya. Dengan keadaan mata yang masih kabur dia mula melihat keadaan sekitar di dalam bilik yang sedang ditidurinya.

"Hnnn.."

Pandangan Gempa muka menjadi semakin jelas tatkala dia sudah hampir sedar dari tidurnya sepenuhnya. Suasana bilik yang masih dalam keadaan ditutup dengan kain langsir dan hanya mempunyai warna bilik hitam-merah yang samar-samar di terangi dengan cahaya lampu bilik mandi.

"Maaf, terbuat kau bangun. "

Gempa pantas menoleh ke arah kanannya dan menemui Halilintar yang rupa-rupanya baru sahaja selesai mandi. Barusan Gempa ingin memberikan respon kepada Halilintar, tetapi ia serta-merta berubah kepada jeritan.

"WAAAAAAAAAA!! "

Cepat-cepat Gempa menutup mukanya dengan kain selimut tebal untuk melindungi pandangannya dari melihat keadaan Halilintar yang bertelanjang dada. Muka Gempa habis kemerahan apabila dia menyedari bahawa dia telah memandang Halilintar dalam keadaan tidak berpakaian sepenuhnya di hadapannya. Macam mana kalau Halilintar marah?

"Woah! Gempa, calm down! Kenapa kau terjerit ni?? "

"S-sebab Halilintar tak pakai baju! "

Wajah Halilintar berkerut tidak faham. Dia sedar yang dia sedang tidak mengenakan apa-apa pakaian selain daripada tuala yang menutup bahagian bawahnya. Tetapi kenapa isterinya harus malu sebegitu rupa?

"Kenapa..? Kau tak suka ke tengok aku macam ni? "

Gempa mengeluh geram. Adakah mengutuk suami sendiri adalah dibenarkan? Jika boleh, mahu sahaja dia mengutuk Halilintar dengan mengatakan bahawa Halilintar ini cukup lembap! Takkan semata-mata orang tutup muka dari melihatnya bertelanjang dada hanya disebabkan tak suka? Takkan takde perasaan malu?

"Apa yang awak merepek ni?! Saya tutup muka bukan bermaksud tak suka! Awak tak malu ke bertelanjang dada depan saya?! "

"Eh? Kenapa nak malu pula? Dan lagipun kau kata kau bukan tak suka pun. Jadi itu bermasud kau suka, kan? Jadi kenapa nak tutup pula? "

"Aarrghh! "

Gempa tertekan dengan Halilintar. Jadi, untuk mengelakkan diri dari terus kekal berada bersama dengan suaminya yang bengap itu, Gempa terus sahaja meluru kw bilik mandi dan menutupnya dengan rapat tanpa sekali pun menoleh ke arah Halilintar.

BHAM!!

"Uish, aku separuh bogel pun malu sampai macam tu? Hmm.. Ni belum lagi kita buat- aish Hali! Masih terlalu awal lah! "

Halilintar menepuk-nepuk mukanya untuk menghindarkan diri daripada memikirkan perkara yang bukan-bukan. Tak. Dia takkan terlalu cepat mengikut perasaan dan nafsunya. Dia perlu kawal dirinya. Ya, dia yakin dia boleh!

•°•°•

Kini jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi. Dan sekarang nampaknya Halilintar dan Gempa sudah tidak berada di dalam rumah mereka. Sebaliknya, mereka kini sedang berdiri di hadapan pintu rumah.

Gempa masih sedang menunggu Halilintar untuk selesai mengunci pintu rumah. Dalam masa yang sama dia cuba membuat perkara lain untuk mengisi masanya. Entah kenapa dia terasa cukup canggung sekarang. Walaupun dia rasa Halilintar biasa-biasa sahaja bersamanya.

"Dah, jom? "

"Mm. "

Gempa mengekori Halilintar dari belakang untuk menuju ke arah garaj kereta. Hari ini, Halilintar telah mengajak Gempa untuk keluar berjalan-jalan di kompleks membeli belah yang ada di bandar. Katanya ingin membeli beberapa barang termasuk ingin meluangkan masa di sana bersama Gempa. Sejujurnya Gempa agak terkesima apabila mendengar ajakan Halilintar tetapi dia setujukan sahaja. Memandangkan dia juga tidak mahu terlalu kekok bersama dengan Halilintar dalam satu hari di bawah bumbung yang sama. Rasanya ada eloknya mereka mula 'bergerak' perlahan-lahan dalam hubungan mereka.

"Halilintar, awak kan baru keluar hospital. Takpe ke? Bukan ke awak perlukan rehat lebih lama untuk memastikan luka awak sembuh sepenuhnya? "

"Hmm... Aku tak kisah. Sebab kita just keluar untuk shopping dan jalan-jalan. Takde buat aktiviti lasak pun, kan? Lagipun.. Aku tak perlu risau sangat. Kan ada doktor bersama aku? "

"Eh, tapi saya doktor psikologi? "

"Pangkat doktor juga, kan? "

"Tapi tetap lain lah.. "

Halilintar hanya tersenyum melihat wajah cemberut isterinya. Pertama kali dia dapat mendengar Gempa berkata dalam nada yang lain dari kebiasaannya. Tiada nada yang takut dan gugup ke atasnya. Sebaliknya, kali ini dia yakin Gempa akan perlahan-lahan mula selesa dengannya.

•°•°•

"Kita nak ke mana dulu? "

Gempa bertanya sembari melihat ke arah Halilintar yang kini sedang mengenakan cermin mata hitam dan topeng hitam yang menutup hidung dan mulutnya. Tidak lupa juga dengan topi hitam-merah yang dipakainya di atas kepala.

Gempa tidak terasa aneh dengannya. Sudah tentulah. Halilintar kan selebriti dan artis terkenal di negara mereka. Siapa tidak kenal jejaka tampan yang masih muda namun sudah memenangi berpuluh-puluh kemenangan sebagai pelakon terbaik, pelakon lelaki terbaik, artis paling terkenal, artis paling popular, selebriti pujaan ramai dan banyak lagi di setiap tahun? Tambahan pula Halilintar juga terkenal sebagai gelaran 'Lelaki Vampire' kerana memiliki sepasang iris asli yang berwarna merah sama seperti milik ayahnya, Kaizo. Cuma yang Kaizo sedikit ke arah maroon.

Untuk mengelakkan diri dikejar oleh peminat atau media, Halilintar terpaksa memakai banyak pelindung untuk menutup wajahnya. Dia tak nak suasana harinya bersama Gempa diganggu oleh sesiapa. Dia lebih rela kepanasan supaya dia dapat meluangkan masa lebih lama bersama isterinya.

"Dah, jom? "

"Hmn. "

Lalu mereka berdua pun serentak keluar dari perut kereta dan berjalan seiringan untuk masuk ke dalam mall. Waktu masih menunjukkan bahawa masih pagi. Dan nampaknya kali ini masa yang akan diluangkan oleh mereka bersama akan lebih lama daripada biasa. Namun begitu, Halilintar dan Gempa masing-masing berharap agar hari ini mereka tidak diganggu oleh sesiapa. Kerana mereka tahu, hanya inilah satu-satunya peluang untuk mereka luangkannya bersama-sama.

Sebagai pasangan suami isteri yang sebenar.












☆☆☆☆☆
Maaf chapter kali ini agak pendek sebab author ingin simpan moment mereka di mall pada chapter akan datang.

Dan author tidak dapat janjikan jika chapter seterusnya akan baik sebab author tak pandai buat cerita romantik. ヽ('▽`)/

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now