Epilog

1.3K 75 13
                                    

11 Tahun Lalu...

Di jalan raya yang sedang menghala dari bandar ke kawasan perumahan, terdapat seorang kanak-kanak lelaki yang kini sedang berjalan sendirian di tempat pejalan kaki sambil kepalanya menunduk dan memandang selembar kertas di tangannya. Pada kertas tersebut, terdapat keputusan peperiksaan akhir tahunnya yang menyatakan bahawa dia memperolehi seluruh A dalam setiap subjek yang dia ambil. Jika bagi setiap pelajar, sudah tentu mereka akan melompat riang dengan gembiranya kerana ia adalah satu-satunya matlamat yang ingin mereka kecapi sebagai seorang pelajar sekolah. Ini kerana, jika ibubapa mereka tahu bahawa mereka berjaya memperoleh kejayaan sebegini rupa, sudah tentu ibubapa mereka akan tumpang bahagia.

Tetapi ia jauh berbeza bagi kanak-kanak tersebut. Pada awalnya dia hanya lega. Hanya lega. Tetapi jauh sekali dengan perkataan gembira. Bukan bermaksud dia tidak bersyukur dengan keputusannya. Tetapi kerana dia tahu bahawa ia tidak akan memberi apa-apa makna kepadanya. Terutama apabila dia tahu kejayaannya tidak membawa apa-apa makna bagi kedua ibubapanya.

Hari ini, merupakan hari abang tirinya graduate dari universitinya. Dan kerana ibubapanya ingin menjemput abang tirinya dan meraikan hari graduasi abang tirinya, kanak-kanak tersebut terpaksa pulang sendirian tanpa dijemput oleh ayahnya mahupun pembantu rumah mereka.

Kanak-kanak itu berasa sedih. Hari ini sepatutnya menjadi hari yang bermakna baginya kerana dengan keputusan yang cemerlang ini, dia akan mendapat biasiswa sekolah dan dia berpeluang besar untuk lompat kelas. Itulah apa yang diperkatakan oleh gurunya. Tetapi kanak-kanak itu sama sekali tidak teruja akannya.

"Haaa..."

Kanak-kanak itu menghela nafas. Dia tidak boleh menyembunyikan perasaan sedihnya. Kanak-kanak tidak pandai menipu. Dan melihat dari riak wajahnya dia tahu bahawa dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk gembira.

"Rasanya elok aku balik bersahaja. Mommy dan Daddy bukannya kisah- Ah! "

Thud!!

Kerana pandangannya tidak memandang ke hadapan, kanak-kanak tersebut terus terlanggar sesuatu yang menyebabkan ia terjatuh. Lebih tepatnya seseorang.

"Eh? Aahh!! M-maaf! "

Orang yang dilanggar kanak-kanak tadi pun tersedar dan segera melihat ke arah kanak-kanak tadi.

Kanak-kanak tadi tidak berkata apa-apa melainkan sedikit meringin kesakitan kerana punggungnya jatuh di atas tanah dengan kuat sekali. Kerana saking kesalnya, kanak-kanak tadi ingin meleter orang yang dilanggarnya, tetapi ia serta-merta hilang apabila dia melihat sepasang iris berwarna emas sedang melihat ke arahnya.

'Cantiknya... '

Kanak-kanak itu melihat iris tersebut dengan kagum. Sudah tentu dia kenal apa itu emas dan apa warnanya. Tetapi seumur hidupnya dia tidak pernah melihat emas tersebut kelihatan begitu indah pada mata seseorang. Terutama pada orang yang dilanggarnya tadi.

"Adik? Adik ok? Boleh bangun tak? "

Kanak-kanak tadi tersedar dari lamunannya apabila orang yang dilanggarnya mula bertanya sembari menghulurkan tangan untuk membantunya berdiri semula. Kanak-kanak tersebut menerima huluran tersebut dan mengangguk kecil.

"Y-ya... Saya ok. Terima kasih abang. "

Orang tadi, atau lebih tepatnya seorang remaja tersenyum ke arah kanak-kanak tersebut. Dia membantu kanak-kanak itu menepuk-nepuk seluarnya dan memeriksa jika ada sebarang luka tetapi mujurlah tiada kesan luka di tangan dan kakinya.

"Maafkan abang, ya? Abang seronok sangat membaca buku sampai tak sedar abang berhenti dari berjalan di tengah jalan dan terlanggar kamu. "

Kanak-kanak tadi segera menggeleng.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now