Chap 71

858 77 19
                                    

"Huff... "

Halilintar melepaskan nafasnya yang terasa begitu berat sekali di dadanya. Sejak keluar dari balai polis tadi, fikirannya rasa begitu serabut dan rimas. Dadanya juga seperti sedang dihimpit oleh sesuatu yang berat. Halilintar cuba juga untuk mencari punca dan sebab kenapa tetapi dia tidak berjaya menemukannya. Dia tidak tahu kenapa dia macam tu.

"Awak ok? "

Tiba-tiba Halilintar dapat merasakan suhu yang sejuk berada di sebelah wajahnya. Halilintar menoleh dan menemukan Gempa yang sedang meletakkan setin air berperisa di sebelah wajahnya. Halilintar tersenyum sendu sebelum dia menerimanya.

"Thanks. "

"You're welcome. "

Gempa mengambil tempat duduknya di sebelah Halilintar. Berbeza dengan Halilintar, fikiran Gempa kosong dan tidak menunjukkan apa-apa tanda resah dan kerisauan sekali semenjak mereka keluar dari balai polis tadi.

"Macam mana sekarang? "

"Hm? "

"Maksud saya.. Keadaan awak. Sudah ok? "

Halilintar mendesah sambil membuang muka ke hadapan.

"Entahlah... Kejadian tadi masih terngiang-ngiang di dalam kepala aku. Aku masih tak dapat nak maafkan Fang. Dan aku rasa selamanya aku takkan dapat maafkan dia. "

Gempa mengangguk. Dia tidak tahu macam mana untuk pujuk Halilintar. Terutama apabila keadaan lelaki itu sekarang nampak seperti serabut sekali. Tapi Gempa berharap agar Halilintar akan baik-baik sahaja. Mungkin dengan memberikan ruang kepadanya akan membantu Halilintar tenang sikit?

"Saya takkan ungkit tentang perkara ni.. "

Halilintar menoleh ke arah Gempa semula.

"Maksud kau? "

"Tentang kejadian ni. Saya takkan ungkit. Sebab bagi saya... Benda ni dah lepas, kan? Buat apa nak ingat lagi? Betul tak? "

Halilintar terdiam sebelum dia akhirnya menganggukkan sahaja. Rasa ada elok juga jika perkara ini tidak perlu diungkit kembali. Lagipun tidak terlalu penting dalam hidup Halilintar.

"Hmm... Betul juga. "

Halilintar meneguk minumannya. Kepalanya rasa serabut dan dia kalau boleh ingin ia segera tenang.

Gempa melirik ke arah Halilintar. Mengamati wajah tampan milik suaminya yang umurnya jauh lebih muda dari Gempa.

Gempa sedikit tertawa kecil apabila Halilintar tersedak sewaktu minum. Dia tidak sangka, bahawa takdirnya adalah untuk mengahwini lelaki semuda Halilintar. Jarak antara umur mereka adalah lebih kurang 5-6 tahun. Jika Gempa sedang berumur 5 tahun, maka Halilintar baru sahaja lahir. Dan jika Gempa sudah di sekolah menengah, maka Halilintar masih di sekolah rendah. Dan sekiranya Halilintar bukan seorang selebriti dan hanya rakyat biasa, Gempa yakin bahawa dia sedang mengahwini seorang mahasiswa universiti yang masih dalam pertengahan semester.

Gempa tersenyum geli hati. Rupanya kisah seperti ini juga boleh wujud, ya?

Halilintar yang menyedari bahawa dirinya dipandang oleh Gempa terus berpaling. Melihat wajah isterinya yang begitu cantik dan putih ditambah lagi dengan sinaran matahari di atas mereka.

'Angel. '

Halilintar tersenyum. Masing-masing mengamati wajah antara satu sama lain. Gempa yang mengagumi ketampanan Halilintar manakala Halilintar menyukai wajah cantik Gempa.

Bagai cincin dan permata. Sama-sama sesuai dan sepadan antara satu sama lain. Dan sekiranya Gempa dan Halilintar sudah mendapat anak, bagaimana agaknya wajah anak mereka?

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now