Chap 42

946 103 26
                                    

Keesokan harinya, Gempa dan Yaya menghantar pemergian ibubapa Gempa dan Tok Aba pada pagi hari itu di muka pintu rumah sebelum mereka bertiga keluar bekerja. Dan sebaik sahaja mereka sudah tiada di rumah, Gempa pun memulakan sesi latihannya.

"Kaki kau kuat lagi tak ni, Gem? "

Yaya bertanya setelah lebih kurang 1 jam Gempa berlatih untuk menguatkan kakinya. Sejujurnya latihan itu amat memenatkan. Tambahan pula kaki Gempa masih belum sepenuhnya sembuh. Jadi setiap kali kaki Gempa harus menampung berat badannya, pasti Gempa akan berdesis kerana menahan sakit di kakinya.

"Haa.. Haaa.. Ya. Aku masih boleh jalan lagi."

Yaya menatap ke arah Gempa dengan pandangan simpati. Walaupun dia kagum dengan hati Gempa yang begitu cekal itu, tetapi dia tetap khuatir dengan keadaan sepupunya itu. Yaya perasan yang Gempa seperti terlalu memaksa diri untuk sembuh dari sakitnya itu.

"Gem... Kalau kau penat, baik kau berehat dulu. Lagipun lepasni kita nak keluar juga, kan? "

Gempa mengangguk faham. Walaupun dia masih ingin berlatih, tetapi hari ini adalah hari penting baginya. Dia dan Yaya sudah membuat janji temu dengan seseorang dan mereka sudah bercadang untuk berjumpa pada tengahari itu.

"Hmm.. Baiklah. Aku nak berlatih lagi 30 minit. Dan lepastu kita keluar untuk jumpa diorang, ya? "

Pada awalnya Yaya ingin membantah. Tetapi melihat kesungguhan yang ada dalam diri Gempa, Yaya akhirnya membiarkan sahaja. Sekurang-kurangnya Gempa mempunya semangat untuk tidak mudah menyerah.

•°•°•

Di rumah mansion milik Halilintar. Kelihatan lelaki itu baru sahaja bangun dari tidurnya. Dia merenggangkan badannya sambil menggeliat kasar serta diselangi erangan kuat. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia sangat menikmati waktu tidurnya malam tadi.

Halilintar diam di atas katil sebentar. Dia ingin mengumpul kesedarannya terlebih dahulu kerana perasaan mengantuknya yang masih menguasai dirinya. Dia tak nak mamai ketika berjalan kerana dikhuatiri dia akan terlanggar apa-apa barang.

Dan sebaik sahaja dia sudah mengumpul kesedaran yang cukup, dia pun turun dari katil dan mula masuk ke dalam bilik mandi setelah mengambil kain tualanya. Dia mahu menikmati waktu mandinya dengan baik kerana hari ini dia mungkin akan 'sibuk' sedikit.

•°•°•

Sebaik sahaja selesai mandi, Halilintar terus turun ke tingkat bawah dengan lengkap berpakaian kasual. Sebaik sahaja dia turun dari anak tangga yang terakhir, pandangannya pun mula tertumpu di bahagian dapur rumah tersebut. Tiba-tiba riak wajahnya bertukar suram.

•°•°Flashback°•°•

"You won't get your maid back until you can get what you should get, Hali. "

Kaizo berkata dengan suara yang tegas. Selepas mengeluarkan arahan kepada anaknya itu, Kaizo masih tidak mahu memberi muka kepada Halilintar. Biarpun Halilintar sudah menceritakan bahawa tentang kejadian malam itu adalah disebabkan dia mabuk, tetapi Kaizo masih tidak dapat memaafkan Halilintar.

"But Dad! Hali sudah ceritakan segalanya! Ying halau Hali keluar dari rumahnya sebab dia stress bila dapat tahu yang dia sedang kandungkan anak Hali! "

"Dan dengan kamu pergi ke kelab untuk lepaskan semuanya lepastu balik dan rogol isteri kamu? Itu tak salah? You should learn your mistake Hali! Kalau kamu boleh buang tabiat ke kelab setiap malam sampai mabuk tu sejak dulu lagi, benda ni takkan jadi! "

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now