Chap 64

765 76 24
                                    

"Jom, kita ke bahagian pakaian dulu? "

Halilintar mengajak Gempa sembari memegang erat tangan isterinya sewaktu mereka berdua sedang berjalan-jalan di dalam mall tersebut. Mata Halilintar sibuk melilau mencari destinasi kedai pakaian yang menarik dan boleh dia singgah bersama-sama Gempa untuk dibeli bersama. Tidak menghiraukan pandangan pelik dari orang ramai yang melihatnya serba tertutup itu, Halilintar berjalan mendekati sebuah kedai yang tidak jauh dari mereka berdua dengan bersahaja.

"Uuhh... Halilintar? "

"Hm? "

"Awak tak panas ke pakai macam tu? "

Halilintar menoleh untuk melihat wajah gusar Gempa. Biarpun dengan bercermin mata hitam, tetapi Halilintar masih dapat melihat sinaran manis dari iris keemasan Gempa.

"Hm, tak. Aku dah biasa pakai macam ni. Dah nama pun artist terkenal, kan? "

"Tapi dengan bercermin mata hitam tu? Kita kan bukan di luar. Kenapa tak buka sahaja? "

Halilintar menghentikan langkahnya dan diikuti Gempa. Lelaki carrier itu memandang pelik ke arah suaminya yang tiba-tiba berhenti itu. Namun, tanpa dijangkakannya, Halilintar tiba-tiba membuka cermin mata hitam yang dipakainya lalu mendekatkan jarak mereka berdua.

Iris mereka saling bertemu. Dan ia membuatkan jantung Gempa mula berdegup laju.

"You see my eyes, right? "

Gempa pantas mengangguk.

Halilintar menjarakkan semula wajah mereka dan memakai kembali cermin matanya.

"Iris aku ni terlalu menonjol. Nak buat macam mana, dah iris semulajadi, kan? Dan aku tak nak sesiapa cam aku melalui mata aku ni. So, that's why I'm wearing this. Do you understand, my wife? "

Bersemu Gempa jadinya apabila dipanggil begitu oleh Halilintar. Tidak menjawab pertanyaan Halilintar, Gempa hanya kekal menundukkan wajahnya ke lantai dan membiarkan Halilintar membawanya ke mana-mana kedai yang ingin ditujuinya.

•°•°•

"Hai, selamat datang! Ada apa yang boleh saya bantu tuan berdua? "

"I want set TOMY HILFIGER, LEVI'S, PUMA, ADIDAS, NIKE and FILA for my casual clothes and try to give me a set of POLO and GUCCI for my formal one. Oh, dan sediakan beberapa brand terbaharu untuk kasut sekali, ya? "

"Baik, tuan. Ada apa-apa lagi? "

"Ah, yes. Sediakan juga untuk isteri saya. "

Halilintar menepuk lembut bahu Gempa yang berdiri di sebelahnya yang ia membuatkan Gempa terkejut sedikit. Pelayan wanita yang berdiri di hadapan mereka agak terkedu sebelum akhirnya akur dan meninggalkan Gempa dan Halilintar berdua kembali.

"Halilintar? B-betul ke ni? Banyaknya brand yang awak ambil! GUCCI dan POLO tu kan mahal? "

"Jadi? Gempa, adakah kau lupa yang your husband is rich? "

Gempa sedikit cemberut. Namun, dia tidak dapat memprotes. Ada betul juga. Halilintar adalah seorang artist dan selebriti yang terkenal di seluruh dunia. Jadi sudah tentulah banyak nilai dan wang yang masuk. Itu tidak kira lagi dengan nilai mata wang yang berbeza.

"I want to buy something for you. Well, at least. "

Mendengar kata-kata Halilintar membuatkan Gempa timbul kembali dari fikirannya. Lelaki itu menatap ke arah suaminya yang kini masih lagi setia berada di sebelahnya dan memegang erat tangannya.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now