Chap 4

939 103 31
                                    

1 minggu kemudian...

Gempa melihat keadaan rupanya di hadapan cermin. Pagi itu, Gempa sedang bersiap sedia untuk ke tempat kerjanya. Walaupun jam masih menunjukkan pukul 6.30 pagi, tetapi Gempa akan sentiasa ke hospital lebih awal berbanding waktu jadual yang telah ditetapkan.

Sebaik sahaja dia sudah memastikan bahawa keadaannya sudah lengkap dan sempurna, dia pun terus mendapatkan beg kerja dan memikulnya di atas bahu. Gempa melihat keadaannya sekali lagi bagi pemeriksaan terakhir. Selepas itu, dia pun keluar dari bilik dan turun ke tingkat bawah melalui tangga. Tidak lupa untuk mengunci pintu biliknya terlebih dahulu sebelum pergi.

•°•°•

"Mama, Papa, Gempa pergi kerja dulu, ya? "

Gempa berjalan mendekati ibubapanya yang kini sedang berada di ruang makan lalu memeluk mereka berdua sebagai salam pagi mereka.

"Nak pergi dah? Awalnya! "

"Hmm.. Biasalah anak awak tu. Komited sangat dalam buat kerja! "

"Eleh, anak awak juga! Jangan lupa tu! Awak pun apa kurangnya suka sangat pergi kerja awal? Tengok, sekarang awak dah lengkap dengan baju kerja, kan? "

Sara menjeling wajah Amato dengan pandangan geram. Yang dipandang hanya menjelirkan lidahnya. Tidak mahu kalah dengan isteri sendiri. Manakala Gempa yang sedari tadi lagi melihat telatah ibubapanya mula tersengih canggung. Mak ayah dia ni sebenarnya umur berapa nak gaduh macam budak-budak tu?

"Aaa.. Oklah! Gempa pergi kerja dulu, ya? "

"Eehh?! Gempa tak nak makan dulu ke?! "

"Takpelah, Ma! Gempa sarapan dekat cafe je nanti. "

"Eh, tunggu kejap! Mama siapkan bekal, ya?"

"Eh, tapi Ma! Gempa dah le-"

"Biar jelah Mama kamu siapkan bekal. Kamu pun suka kan air tangan Mama kamu? "

Amato memandang ke arah Gempa dengan pandangan bermakna. Gempa pula tidak menjawab apa-apa. Sebaliknya dia hanya tersenyum dan mengangguk. Betullah apa yang dikatakan oleh ayahnya, dia memang sukakan hasil masakan ibunya sejak kecil lagi.

•°•°•

"Mom, Hali nak keluar sekejap, ya? "

Ibu Halilintar memandang ke arah anaknya yang kelihatan begitu segak sekali dengan pakaiam kemeja dan berseluar hitam. Wanita tersebut pun terus berjalan mendekati anaknya lalu menepuk bahunya dengan lembut.

"Hali nak pergi mana? Kan awal pagi lagi ni?"

"Tak lama lagi Hali akan berlakon dalam satu cerita baharu ni. Jadi Hali nak tengok set pengembaraannya dulu. Ok ke tak. "

"Hali nak pergi dengan siapa? "

Halilintar memandang wajah ibunya dengan muka yang berkerut. Entah kenapa dia agak terasa dengan soalan ibunya itu.

"Hali pergi dengan manager Hali, lah. Nut? "

Mendengar jawapan daripada Halilintar, ibunya pun menghela nafas lega.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now