Chap 39

920 87 17
                                    

Jam telah menunjukkan pukul 10 malam, Halilintar akhirnya telah tiba di hadapan apartment milik Ying. Dia mematikan enjin kereta dan terus keluar dari keretanya untuk naik ke apartment kekasihnya. Sebaik sahaja pintu ditutup rapat, mata Halilintar tiba-tiba tertangkap 2 susuk tubuh yang familiar dengannya.

'Jap.. Macam kenal..? '

Mata Halilintar dikecilkan untuk lebih fokus kepada 2 orang tadi. Yang satu lagi adalah gadis yang amat dia kenal, Ying. Dan seorang lagi Halilintar agak kurang jelas untuk melihatnya kerana suasana yang gelap dan tiada cahaya lampu atau bulan yang cukup terang untuk menunjukkan wajah orang tersebut. Apa yang Halilintar nampak hanyalah badannya sahaja.

"Siapa..? "

Sebaik sahaja Halilintar ingin mendekat, ke bangunan apartment tersebut, matanya dan Ying secara tidak sengaja bertembung.
Dari tempatnya, Halilintar dapat melihat yang mata Ying serta-merta membulat. Dia pun segera menolak orang tadi dan berpura-pura buat benda lain. Halilintar tidak membuang masa, jadi dia terus meluru ke arah lif bangunan apartment tersebut. Dia harus cari tahu siapakah orang itu sebelum dia terlambat!

•°•°•

"Ya... Gempa sudah tahu segalanya. Dan aku rasa lebih baik kita mula bertindak sekarang. Keadaan nampaknya makin teruk sekarang. "

Yaya berkata kepada orang yang berada di hujung talian. Manakala Gempa pula hanya mendengar dalam diam sambil menikmati buat strawberi yang telah dibeli oleh Yaya tadi. Strawberi yang berjus dan manis sekali!

"Baiklah. Kalau macam tu... Nanti kita semua berjumpa dan mula merancang rancangan kita. "

Dan selepas mengucapkan selama malam, Yaya pun mematikan panggilan tersebut. Dia menghela nafas lega dan tersenyum ke arah Gempa.

"Semua sudah settle, Gem. "

Gempa ikut tersenyum.

"Aku rasa yang tak lama lagi aku kena bongkarkan juga rahsia bisu aku ni. "

"I know. Tapi... Tentang apa yang kau beritahu aku tadi.. Kau betul-betul yakin dengan keputusan kau? "

Gempa menghentikan dirinya dari memakan buah strawberi tersebut. Dia meletakkan balik buah yang masih belum dimakan itu dari bekasnya dan mengeluh.

"Yes. I'm sure about that. "

"Gempa... Aku rasa macam tak percayalah.. Sebelum ni kau sendiri yang cakap, jangan lari dari masalah rumahtangga. Cerai tu tak akan menyelesaikan masalah semua.. Dan tiba-tiba, kau cakap dengan aku yang kau nak cerai dengan suami kau. "

"Kenapa? Apa masalahnya? "

"No.. It's just that... Aku ragu-ragu dengan perasaan kau dekat suami kau tu. "

"Haa... Yaya. Aku dah tak boleh berikan dia peluang dah. Dah banyak gila aku berikan peluang dekat dia selama ni! Aku maafkan je atas apa yang dia dah buat dekat aku. Kalau pukul tu semua tu ok lagi. Ni dia dah buat benda tak baik dekat aku kau tahu tak? Kalau aku tak kawal diri aku tadi, aku dah lama murung! Apa yang dia buat tu memang dah melampau! Cuba kalau kau yang kena? Kau nak murung dan sedih sebab suami kau sendiri yang rogol kau? "

Yaya cepat-cepat menggelengkan kepalanya menidakkan persoalan Gempa. Dia tidak sanggup untuk berdepan dengan situasi yang sama seperti sepupunya itu! Ia amat menakutkan!

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now