Chap 51

772 85 14
                                    

Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam bilik Gempa, Gempa terus turun daripada kerusi rodanya dan meluru ke arah meja tempat dia menyimpan segala perkakas pekerjaannya.

Yaya melihat Gempa dengan pandangan terkejut. Sepupunya itu bukan sahaja telah membongkarkan rahsia bahawa selama ini dia tidak bisu di depan keluarganya, malah sekarang, dia melihat lelaki itu dengan selambanya berjalan ke mejanya. Macam tak sakit je kaki dia tu!

"Gem! Kau dah boleh jalan dengan baik ke?! "

Yaya bertanya dengan nada yang amat terkejut. Yelah, siapa tidak terkejut? Ia diibaratkan seperti melihat orang yang koma tiba-tiba bangun dan bergerak bebas tiba-tiba. Tak ke pelik tu?

Gadis itu terus menolak kerusi roda tadi ke tepi dan menghampiri sepupunya yang nampaknya sedang mencari sesuatu.

"Kau tengah cari apa ni? "

"Kamera. "

"Kame- what?! "

Gempa memutarkan bola matanya.

"Kamehameha.. "

"Gem... Please... "

Yaya memberikan tatapan geram kepada Gempa. Sempat bergurau dalam keadaan macam ni, ya? Tau lah otaku!

Gempa hanya tersengih. Dia pun mengeluarkan sebuah alat yang kelihatannya seperti sebuah gajet yang berupa telefon pintar. Gempa menghidupkan gajet tersebut dengan menekan butang kecil di sisinya dan selepas itu dia mengeluarkan pula telefonnya.

"Yaya, aku nak kau call diorang cepat. "

"Siapa? "

Gempa menoleh ke arah Yaya.

"You know who I mean.. "

Yaya nampak sedang berfikir seketika. Tapi tidak lama selepas itu, akhirnya dia dapat menangkap apa maksud Gempa.

"Oh! Ok! Eh? Tapi... Kenapa pula? "

"We need their help. "

Wajah Yaya mula berkerut.

"Untuk apa? "

Gempa tidak membalas soalan Yaya. Sebaliknya, dia meletakkan telefonnya di sebelah gajet tadi. Seolah-olah sedang menyambungkan satu data dari gajet itu ke telefonnya seperti cara bluetooth.

Yaya tidak bertanya apa-apa. Dia terus sahaja melihat apa yang sedang dilakukan oleh sepupunya itu.

Dan setelah lebih kurang 3 minit, akhirnya telefon Gempa bernyala dan keluar satu notifikasi yang aneh.

"Apa tu? "

Yaya bertanya dengan ingin tahu. Itu aplikasi yang tidak pernah dia lihat sebelum ni. Dan dia rasa ia juga bukan sebarang aplikasi yang biasa-biasa.

"Ini adalah Spy Camera Recorder and Tracker. Aku pernah beli sebelum ni untuk buat kajian tentang emosi orang-orang sekitar sebagai tajuk assignment aku waktu belajar dulu. Dan sekarang, aku sedang menggunakannya balik. "

"Kau guna balik? Untuk apa? "

Mendengar soalan daripada Yaya tadi, ia terus membuatkan Gempa tersenyum sinis. Dia pun menatap ke arah sepupunya itu dan menunjukkan sesuatu di telefonnya.

"Sebagai penjejaklah. Apa lagi? Dah nama pun tracker, kan?"

Yaya pada awalnya tak faham apa maksud Gempa, tetapi sebaik sahaja dia melihat ke arah skrin telefon yang ditunjuk oleh Gempa, barulah dia faham. Di skrin tersebut, terdapat sebuah peta GPS dan terdapat satu tanda merah pada sebuah tempat di dalam peta tersebut.

Love Me Like You Do [C]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin