Chap 52

770 88 16
                                    

"Gem? Yaya? Kamu nak ke mana ni? "

Sara bertanya selepas sebaik sahaja wanita itu ternampak anaknya dan Yaya sedang menuruni tangga dengan bantuan pembantu rumah. Kalau ada yang menyangkakan bahawa Gempa akan pecahkan rahsia lumpuhnya, ia adalah bukan. Walaupun Gempa sudah tersilap membongkarkan rahsia bisunya, tetapi dia harus kekal berlakon sebagai orang lumpuh.

Dia tidak akan beritahu segalanya sekarang. Dia tiada masa untuk itu. Tetapi untuk masa sekarang saja.

"Aunty, kami memang takde masa untuk cakap apa-apa. Kami kena keluar. "

"Keluar? Untuk apa? "

Wajah Sara jelas menunjukkan bahawa dia agak kurang senang dengan perkara itu. Ke mana Gempa dan Yaya akan pergi? Gempa masih belum ceritakan apa-apa lagi kepadanya.

"Mama, please. Gempa dan Yaya kena pergi sekarang. It is urgent! "

Sara terdiam. Sejujurnya dia masih tidak percaya bahawa anaknya itu sekarang sedang bercakap dengannya. Entah kenapa hatinya terasa sebak kerana anaknya itu sanggup menipunya selama ini.

Tetapi Sara tidak mampu memarahi Gempa. Dia yakin, anaknya itu mempunyai sebab kenapa dia melakukan hal itu.

Sara mendekati Gempa dan dia pun terus memeluk anaknya itu dengan erat. Gempa yang menerima pelukan itu pun terdiam. Dia dapat mendengar suara isak ibunya. Adakah ibunya sedang menangis?

"Mama..? "

"How could my baby do this to his mom... Mama risau tahu tak? "

Gempa terdiam sewaktu dia sedang menerima pelukan dari ibunya. Dia pun kemudiannya melirik ke arah Yaya dan seterusnya ke arah ayahnya dan Tok Aba. Tiba-tiba perasaan serba salah menerpa hatinya.

Sara meleraikan pelukannya dari Gempa. Kedua belah tangannya menyentuh kedua belah pipi gebu Gempa. Wanita itu menatap wajah anaknya dengan begitu banyak sekali perasaan yang bercampur-baur.

"Gem... Apa salah Mama sampai kamu sanggup tipu kami? Apa salah kami, sayang? "

Mendengar soalan yang berbunyi rintihan daripada ibunya, Gempa dapat merasakan bahawa matanya mula berair. Dia terasa sebak.

"Mama... Please forgive me. "

Gempa memegang tangan ibunya dan menariknya ke mulutnya untuk menciumnya.

"Gempa tak bermaksud untuk tipu Mama, Papa, Tok Aba dan semua orang. Tapi Gempa ada sebab... "

"What is it, honey? Please tell me... "

Gempa menghela nafas. Walaupun sebenarnya dia sudah rancang bahawa dia akan beritahu kemudian tentang rancangannya, tetapi dia tidak boleh membiarkan ibunya, orang yang dia paling sayangi menangis begitu sahaja. Sekurang-kurangnya dia perlu terangkan serba sedikit supaya ia boleh menenangkan hati keluarganya.

"Baiklah... Gempa akan terangkannya. T-tapi kejap je tau! Sebab Gempa dan Yaya kena cepat ni! "

Sara hanya mampu mengangguk. Walaupun dia ingin sekali untuk duduk dan berbual dengan anaknya, tetapi melihatkan wajah serius anaknya itu, dia dapat merasakan pasti ada sesuatu yang sedang berlaku.

"Ok. Mama akan dengar. "

Gempa pun tersenyum mendengarnya. Dia menarik nafas terlebih dahulu sebelum dia mula bercerita.

"Uhmm.. Seperti yang Mama dan yang lain tahu, Halilintar sudah lama mendera Gempa sejak di hari pertama kami berkahwin lagi, kan? "

Gempa melihat wajah ahli keluarganya yang mana setiap seorang dari mereka menganggukkan kepala. Sudah tentu mereka akan ingat! Mereka rasa seperti bila-bila masa sahaja boleh meletup kerana tingkah Halilintar yang kurang ajar itu.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now