Ending

1.4K 89 29
                                    

Derapan langkah kaki yang tergesa-gesa kini bergema di lorong hospital yang menempatkan seluruh penghuni VIP di dalamnya. Gempa, dengan keadaan yang tercungap-cungap kini berlari sehabis yang boleh untuk tiba di wad yang diperkatakan oleh Nut sebentar tadi melalui mesej. Biarpun dirinya masih lagi penat kerana aktiviti berkemas tadi, tetapi hatinya masih berharap agar Halilintar baik-baik sahaja.

Tok! Tok!

"Halilintar! "

Tanpa menunggu respon, Gempa terus meluru masuk ke dalam ruang rawat yang menempatkan Halilintar di dalamnya. Dan sebaik sahaja masuk, Gempa dapat melihat keluarga mertuanya bersama-sama ibubapanya dan Nut sedang menemani Halilintar yang kini masih belum sedarkan diri.

"Gempa.. "

Sara, yang berada tidak jauh dari Gempa segera mendapatkan anaknya dan memeluknya. Seketika Gempa melepaskan semula pelukan mereka berdua untuk bertanyakan tentang keadaan Halilintar.

"Mama... Macam mana dengan keadaan Halilintar? Dia ok ke? Doktor cakap macam mana? Macam mana keadaan ni boleh terjadi? Bila ia terjadi? Halilintar cedera teruk ke? Ada patah atau luka teruk? "

Sara kembali memeluk Gempa sebelum dia mengelus lembut belakang Gempa bagi menenangkan anaknya. Dia tahu, Gempa pasti amat risau akan keadaan Halilintar. Terutama apabila selepas dapat tahu tentang berita yang tiba-tiba ini. Jika Sara dan Amato pun terkejut dengan berita itu, inikan pula Gempa sebagai isterinya?

"Hali baik-baik saja, sayang. Cuma dia ada luka-luka sikit dekat badan dan kaki dia sebab dia tergelecet di bahagian kaki di atas jalan raya. Tapi semuanya ok. "

Sara menarik tangan Gempa untuk membawanya melihat keadaan Halilintar. Gempa mengekori ibunya sambil matanya tidak lepas dari memandang Halilintar yang masih belum sedarkan diri sehinggalah dia kini telah berdiri di sebelah katil yang ditiduri Halilintar.

"Halilintar... "

Gempa mengusap lembut kepala Halilintar yang kini telah dibalut dengan lapisan pembalut putih yang menampakkan kesan darah pada luka Halilintar. Melihat keadaan suaminya yang begitu menyayat hati itu membuatkan hati Gempa terasa pilu. Rasa sedih mula menguasai Gempa. Dia tidak sanggup melihat Halilintar sebegini.

'Tuhan... Kenapa dengan Halilintar? Adakah dia sedang menerima pembalasannya? Adakah ia akan menjejaskan Halilintar? Apa-apa pun... Ku mohon agar Halilintar akan kekal sihat... Tolong... '

Gempa menatap lembut wajah Halilintar. Andai kata hanya dia dan Halilintar sahaja sekarang, pastinya akan dia kucup wajah Halilintar bagi menyalurkan semangat kepada suaminya. Dia tidak seberapa tahu tentang keadaan pesakit sewaktu mereka pengsan, tetapi melalui apa yang dipelajarinya, pesakit akan merasai kehangatan insan yang mereka sayangi jika mereka ditemani olehnya.

Dan andai kata jika Gempa boleh, sudah tentu dia akan lakukannya. Tetapi mustahil. Tidak dengan keluarganya dan keluarga Halilintar yang kini masih ada untuk menemani. Gempa akan malu nanti.

"Doktor dah berikan ubat untuk Hali tadi. Tak lama lagi sedarlah Hali. Kecederaan dia tak teruk sangat pun. Tapi ada lah luka-luka sikit yang boleh menjejaskan sedikit pergerakan dia. "

Nut memberikan penerangan. Dia tahu Gempa pasti sudah mengetahuinya jika dilihat dari luaran. Tetapi lelaki itu juga berharap agar dengan kata-katanya ia sedikit sebanyak dapat membantu menenangkan Gempa.

"Macam.. Macam mana benda ni boleh jadi, Nut? Ada orang ingin sabotaj Halilintar ke?"

Gempa bertanya sambil matanya tidak putus dari memandang ke arah Halilintar. Perasaannya seperti jika dia berpaling, Halilintar tidak akan sedar buat selama-lamanya.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now