Chap 46

1K 96 21
                                    

"Aku tak fahamlah! Apa masalah suami kau tu? Dia tak serik lagi ke, hah?! "

"Yaya... Sabarlah. Aku rasa Halilintar ada sebab-"

"Sebab apa? Sebab nak cederakan kau balik? Eish, aku tak faham lah dengan kau, Gem! Kejap baik! Kejap nak balas dendam pada dia tu! Cuba kau berada di pendirian yang tetap sikit. "

Gempa terdiam apabila ditegur sebegitu oleh Yaya. Mendengar kata-kata Yaya, serta-merta dia terfikir, adakah dia sebenarnya masih menyayangi suaminya itu?

'Tak. Tak mungkin. Hati aku dah tak berdebar untuk dia. '

Gempa menghela nafas lelah.

"Yaya... Aku rasa elok kita biarkan je Halilintar tu. Sekarang, sudah lewat malam. Ada baiknya kalau kita tidur. "

Yaya memutarkan bola matanya. Dia sudah agak Gempa akan cepat-cepat ubah topik. Dia tahu bahawa Gempa sentiasa ingin mempertahankan Halilintar walaupun lelaki carrier itu masih membenci suaminya. Kadang-kadang dia sendiri tertanya, kenapa kisah Gempa dan Halilintar begitu complicated sekali? Tak boleh ke diorang jadi pasangan biasa seperti di luar sana?

"Haih.. Yelah, yelah. Aku masuk tidur. Kau tu pun, jangan lupa untuk tidur. "

Gempa tertawa kecil sambil melihat Yaya pergi ke arah pintu bilik untuk keluar dari situ.

"Goodnight, Gem. Tidur baik-baik tau! "

"Haih.. Iya. "

Yaya sempat memberikan senyumannya kepada Gempa buat kali terakhir sebelum gadis itu pun hilang disebalik pintu bilik Gempa. Dan sebaik sahaja Yaya sudah berlalu pergi dari situ, Gempa pun cuba untuk bangun dari kerusi rodanya. Dia ingin membiasakan diri untuk terus berlatih berjalan. Walaupun masih ada rasa sengatan di tapak kakinya, tetapi dia kuatkan mentalnya untuk terus bertahan daripada rasa sakit tersebut.

Dia memegang kedua belah tempat pemegang di kerusi roda tersebut dan mula bangun darinya. Kakinya perlahan-lahan berdiri dan menampung berat badannya.

"Sstt..! "

Gempa terpaksa menggigit bibir bawahnya bagi menahan rasa sakit yang kian menyengat. Dia terpaksa mengambil masa yang lama untuk membetulkan posisinya. Dan setelah lebih kurang 5 minit berlalu, akhirnya dia berjaya berdiri dengan baik. Walaupun masih terhuyung-hayang kerana sakit di kaki.

'Yosh! Kau boleh, Gempa! '

Gempa terus mengangkat kaki kanannya untuk ke bergerak hadapan. Gerakan Gempa nampak begitu perlahan sekali. Tetapi sebenarnya itulah kelajuan yang baharu. Sebelum ini lebih perlahan gerakannya. Tetapi berkat latihan tanpa henti, akhirnya Gempa berjaya pulih dengan jangka waktu yang singkat.

Setelah beberapa langkah berjalan, akhirnya Gempa tiba di katilnya. Dia tersenyum gembira kerana akhirnya dia boleh berjalan kembali. Memang kebahagiaan yang dirasainya amat tidak cukup diungkapkan dengan kata-kata. Dia amat gembira sekarang. Sehingga dia meraikannya dengan melompat-lompat kecil di atas katil sambil duduk.

"Hehe! Tahniah untuk diri sendiri! "

Gempa memandang kakinya yang sudah tidak berbalut itu. Ada kesan jahitan di padanya dan ia meninggalkan parut yang besar sekali. Seketika wajah Gempa bertukar suram sewaktu dia melihat parut baru tersebut.

Dia dan Halilintar telah berkahwin selama lebih kurang 2 bulan lebih. Dah banyak perkara yang telah terjadi disepanjang tempoh perkahwinan tersebut. Dan hubungan mereka berdua nampaknya semakin lama semakin merenggang. Tiada tanda-tanda untuk mereka kembali semula nampaknya.

"Segalanya akan berakhir... "

Gempa memeluk lututnya sambil membenamkan wajahnya. Hatinya terasa pilu yang amat.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now