Chap 12

871 88 51
                                    

"Adakah kamu, Halilintar, menerima Gempa, yang akan sentiasa menemani kamu,  bersama dengan kamu, ada dengan kamu tidak kira di waktu sihat atau sakit, gembira atau sedih dan sehingga ke hari tua, dan menjadikannya sebagai isteri kamu? "

Semua pandangan dan tumpuan tertumpu kepada Halilintar. Lelaki itu hanya memasang wajah datar. Dia sama sekali tidak kisah akan ucapan tadi dan hanya menjawab dengan selamba sahaja.

"Ya. "

'Tak. '

Halilintar berdesis di dalam hati. Ah, alangkah bagusnya kalau dia dapat lari sahaja dari situ. Tinggalkan majlis perkahwinannya dengan Gempa dan pergi ke kekasihnya semula. Dia sudah mula rindukan Ying sekarang.

"Baiklah. Dan adakah kamu, Gempa, menerima Halilintar, yang akan sentiasa menemani kamu,  bersama dengan kamu, ada dengan kamu tidak kira di waktu sihat atau sakit, gembira atau sedih dan sehingga ke hari tua, dan menjadikannya sebagai suami kamu? "

Sejujurnya Gempa agak gementar sekarang. Dia tidak tahu sama ada patutkah dia teruskan majlis itu? Tetapi dia sudah berjanji. Dan kini dia sudah berada di atas altar, tempat di mana akan menjadi saksi dan disaksikan semua yang ada di situ.

Sekali. Hanya sekali ucapan, hidup Gempa akan berubah.

"Y-ya. "

Semua orang menarik nafas lega dan tersenyum. Senyuman terukir di wajah masing-masing selepas mendengar jawapan daripada Gempa. Dan kini, Gempa dan Halilintar memusingkan badan mereka dan saling bertatapan antara satu sama lain.

Gempa melihat iris ruby milik Halilintar. Betapa dingin dan indahnya iris itu di saat dipandang lama dan Gempa akui, dia sudah jatuh cinta pada iris itu. Entah ke berapa kali dia juga tidak tahu kerana sebenarnya sejak bertemu mata dengan Halilintar sebelum ini, dia sudah menyukai mata tersebut.

"Pengantin boleh bertukar cincin. "

Mendengar ucapan tersebut, pengapit pengantin pun berjalan mendekati Gempa dan Halilintar secara bersamaan. Gopal memberikan cincin kepada Halilintar dan diterima oleh Halilintar dengan bersahaja.

Halilintar menoleh semula ke arah Gempa dan melihat lelaki di hadapannya dengan lama. Entah kenapa dia baru perasan yang mata Gempa kelihatan begitu bersinar sekali.

'Sedar diri kau, Hali! Kau sudah ada Ying dan kau sudah janji takkan jatuh cinta kepada carrier ni! '

Halilintar mendengus pasrah. Namun sebaik sahaja dia ingin menyarungkan cincin, tiba-tiba dia mendapat idea jahat.

Sewaktu ingin memasukkan cincin ke dalam jari manis Gempa, Halilintar sengaja berpura-pura melucutkan cincin tersebut lalu cincin itu pun terjatuh ke lantai.

Ting! Ting!

Bunyi cincin kedengaran. Semua orang mula terkejut dengan bunyi tersebut. Yaya dan Gopal yang menjadi pengapit pengantin terus panik. Mereka mula mencari ke mana cincin tadi pergi bersama-sama dengan para hadirin yang ada di situ.

Namun dalam kekecohan itu, tiada sesiapa yang perasan bahawa Gempa sedang melihat ke arah Halilintar dengan pandangan yang terkejut. Mata Gempa jelas menunjukkan bahawa dia terluka dengan apa yang terjadi tadi. Dia tahu, Halilintar sengaja melakukannya kerana hanya dia yang melihatnya.

"Halilintar... Kenapa..? "

Halilintar membalas pandangan Gempa dengan muka bersahaja. Sambil-sambil itu dia tersenyum sinis.

"Heh, kau nampak macam bahagia sangat sebab kahwin dengan aku. So aku nak sedarkan kau je. Kau dah lupa? Aku kan dah cakap yang kita ni hanya berlakon sahaja? Perkahwinan kita ni, atas perjanjian dan kertas je. Jadi, tak payah nak gembira sangat! "

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now