Chap 48

792 89 14
                                    

Halilintar kini sudah tiba di hadapan pintu apartment milik Ying. Dan jam sekarang sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam dan suasana di sekitarnya amatlah sunyi. Namun begitu, Halilintar masih dapat mendengar bunyi suara nyalakan anjing dari tingkat bawah dan bunyi beberapa buah kereta yang lalu-lalang di jalan raya yang tidak jauh dari bangunan apartment mewah itu. Agak menyeramkan tapi apa dia peduli?

Halilintar menghela nafas. Entah kenapa dia dapat merasakan yang hari itu dia sangat penat walaupun dia tidak buat apa-apa aktiviti yang lasak. Dan pada masa yang sama dia juga dapat merasakan satu firasat yang tidak baik. Terutama apabila dia tiba di apartment tempat Ying tinggal. Namun dia abaikan sahaja. Walaupun dia ingin mengabaikan Ying tetapi apabila teringatkan yang Ying sedang membawa anaknya di dalam perutnya, dia rasa dia perlu bertanggungjawab sepenuhnya di atas segala kesalahannya. Tambahan pula dia dinasihatkan pula oleh ayahnya, dia tidak boleh lari lagi. Dia kena bertanggungjawab untuk perempuan itu.

'Harap-harap dia tak minta macam-macam kali ni. '

Halilintar pun menekan loceng rumah dan menunggu Ying untuk membuka pintu.

Namun hairan apabila tiada apa-apa respon dari dalam. Kening Halilintar berkerut. Dia menekan loceng sekali lagi namun hasilnya tetap nihil. Halilintar semakin hairan.

Dengan perasaan penuh tanda tanya Halilintar cuba untuk membuka pintu apartment itu.

Klik!

Pelik apabila pintu rumah tersebut tidak berkunci dari dalam. Halilintar cuba menepis apa-apa kemungkinan yang sedang bermain di dalam kepalanya dan terus stay 'cool'. Sebaik sahaja pintu terbuka, Halilintar pun menolaknya untuk masuk ke dalam. Dia agak hairan kerana wajah Ying tidak muncul di sebalik pintu tersebut ataupun tidak menyambut kedatangannya seperti biasa tetapi dia mengabaikannya sahaja. Dia pun terus melangkah masuk ke dalam rumah apartment tersebut.

"Ying, why are you calling me? "

Halilintar menutup pintu tadi dan berjalan menuju ke ruang utama untuk menemui Ying. Tetapi sebaik sahaja dia masuk, pandangan pertama dia terus dikejutkan dengan keadaan di dalam apartment tersebut. Kenapa semuanya bersepah?

"Ying? Where are you? "

Halilintar memanggil nama Ying dengan nada cemas dan matanya terus mencari ke manakah gadis itu. Dengan berhati-hati Halilintar melangkah menuju ke ruang utama dengan lebih dekat. Dia dapat merasakan debaran jantungnya kian berdegup kencang. Dalam diam dia berdoa dan berharap agar tiada apa-apa yang teruk bakal berlaku. Dan tiada apa-apa yang akan menimpa ke atasnya.

•°•°•

Halilintar tiba di ruang utama. Dan pemandangan ruang utama itu ternyata lebih teruk dari ruang pintu tadi. Sofa dan meja habis terbalik. Ada juga sampah sarap yang banyak bertaburan di atas lantai. Televisyen juga hancur dan banyak juga pasu-pasu yang pecah.

'A-apa dah jadi?! '

"Ying? Ying!! Where are you?! "

Halilintar semakin panik. Dia mula melihat keadaan sekitar untuk mencari kelibat kekasihnya tetapi langsung tidak dapat menemuinya.

"Ying!! "

"Isk.. Ha-Hali... "

Serta-merta rasa resah menimpa dalam diri Halilintar sebaik sahaja dia dapat mendengar suara isakan Ying dari dalam bilik gadis itu. Dan tanpa membuang masa lagi, dia pun terus meluru ke arah bilik tersebut dan menolak pintunya dengan kuat sekali.

Love Me Like You Do [C]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin