Chap 10

901 88 28
                                    

"F-Fang? "

Mata Gempa berkelip-kelip melihat ke arah lelaki dewasa di hadapannya. Bentuk badan Fang nampak lebih kurang sama tinggi dengan Halilintar. Namun badan Halilintar kalau dikata jujur lebih menarik berbanding Fang kerana Halilintar mempunyai bentuk badan yang lebih baik berbanding Fang.

Fang juga tidak kalahnya berotot juga. Tetapi entahlah, bagi Gempa sendiri pun dia akan kata Halilintar lebih menarik kerana mungkin aura dia? Hm, aura dia lain macam!

Fang berjalan mendekati Gempa beserta senyuman yang tidak lekang di bibirnya. Tangan kanannya dihulur ke arah Gempa membuatkan lelaki itu memandangnya pelik.

"Selamat berkenalan Gempa. "

"Oh! Ah, selamat berkenalan juga, Fang! Uumm... Fang umur berapa? Sebab nampak muda je? "

Fang tersengih mendengar soalan Gempa. Dia tahu Gempa tidak bermaksud untuk memujinya kerana wajah Gempa jelas menunjukkan bahawa dia keliru dengan penampilannya. Dan Fang juga tidak mempermasalahkan hal itu kerana memang dia suka bila ada orang kata dia muda!

"Heh, saya ni tak lah muda sangat, Gempa. Dah umur 31 dah. Dah tua sangat! "

"31?! S-saya ingatkan Fang berumur 25 tahun! Maaf ya kalau saya buat Abang Fang terasa! "

"Hahahaha! Tak payah guna panggilan abang, lah! Saya tak kisah. Lagipun kita hampir sebaya apa? "

Gempa tersengih.

"Saya baru 26 lah! Mana tua lagi! Uumm... Abang- ah maksud saya, Fang kerja apa? "

"Jadi lawyer je. Takde hebat sangat macam adik saya tu. "

Gempa mengangguk faham.

"Gempa pula kerja apa? "

"Oh, saya jadi doktor psikologi. Dekat hospital bandar ni je. "

"Oh? Kamu ada hospital sendiri ke? "

"Eh takdelah! Saya kerja bawah orang je. Mana mampu nak kerja sendiri! "

Fang mengangguk faham. Dia juga tidak kalahnya hanya menjadi kuli orang. Tetapi pangkat Fang sudah tinggi. Sudah menjadi naib pengerusi di tempatnya. Jadi kerjanya tidaklah banyak sangat.

Seketika suasana antara mereka berdua senyap. Walaupun mereka baru sahaja kenal tetapi sekurang-kurangnya keadaan mereka berdua tidak seperti Gempa bersama Halilintar tadi. Menyengat macam kena sengat lebah!

Dan Gempa berasa bersyukur kerana dia dapat bertemu dengan Fang pada saat itu. Sekurang-kurangnya ada lah dia teman untuk berbual sementara.

"Uumm... Fang kan dah... Ekhem! Masih muda tapi.. Menginjak dewasa. Jadi, saya tertanya, tak kahwin ke? "

Gempa tersipu-sipu bertanya kepada Fang. Bukan bermaksud mahu menghina Fang tetapi kebiasaannya orang yang seumuran dengan Fang pastinya sudah berumah tangga dan sekurang-kurangnya sudah mempunyai 2 anak. Tetapi tak tahulah, mungkin Fang mempunyai citarasa sendiri?
"Tak. Belum lagi. Stay single sebab Best! Hahahah! Sebenarnya saya tengah tunggu orang yang tepat untuk saya. Manalah tahu, kalau sanggup tunggu lama lepastu tut tut nanti bertembung? "

Fang menoleh ke arah Gempa beserta dengan seringai khasnya. Gempa tersenyum malu. Dia tak tahu kenapa dia rasa hatinya berdebar tetapi jujur saja dia rasa sangat selesa apabila bersama dengan Fang sekarang.

"Gempa dah berapa lama jadi doktor? "

"Hmm... Lebih kurang 4 tahun macam tu? "

"Oh, boleh tahan! Memang selama ni hidup single je ke? Bukan apa... Sebab saya tengok Gempa macam baru kali pertama saja berdepan dengan semua ni. Jangan terasa, ya? "

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now