Chap 37

954 86 16
                                    

"Kenapa kau nak jumpa ni? "

Gopal bertanya seraya dia duduk di atas kerusi di dalam sebuah restoran yang menjadi tempat persinggahan mereka berdua. Halilintar juga ikut duduk di hadapannya. Wajah lelaki itu kelihatan pucat sekali walaupun dia sudah bercermin mata hitam dan memakai topi hitam bagi mengelakkan mana-mana peminatnya mengecamnya.

Halilintar menghela nafas sambil mengusap wajahnya dengan kasar. Dia terlalu serabut sekarang sehingga dia sendiri sudah tidak tahu apa yang sedang terjadi kepadanya.

"Gopal, aku tahu benda ni macam... Takde kaitan dengan kau. Tapi aku perlukan seseorang yang boleh mendengar apa yang aku perlu ceritakan. "

Gopal terkebil-kebil memandang Halilintar. Tiba-tiba dia terasa seperti Halilintar memang betul-betul memaksudkannya. Jadi dia pun mula memanggil pelayan untuk segera mengambil pesanan mereka.

"Kita pesan apa-apa dulu, baru kau cerita. Ok? "

Halilintar hanya mengangguk setuju.

•°•°•

Setelah selama lebih kurang 5 jam perjalanan menaiki kapal terbang, akhirnya Yaya sampai di negara tanah airnya. Walaupun masa antara negara tempat dia tinggal dan sekarang agak jauh berbeza, tetapi ia tidak menjadi masalah baginya.

Sebaik sahaja dia keluar dari bangunan lapangan terbang, dia segera mendapatkan mana-mana kereta sewa yang boleh dia naiki untuk ke rumahnya. Dia harus meletakkan terlebih dahulu begnya di rumah. Lepastu barulah dia boleh ke hospital untuk melihat keadaan Gempa.

Lamunan Yaya terhenti sebaik sahaja dia terdengar nada dering telefonnya. Dia segera melihat layar skrin telefon miliknya dan melihat nama yang tertera. Tidak mengambil masa yang lama, dia pun menjawabnya.

"Helo? "

"Helo? Ah, Yaya. Kau dah sampai ke? "

"Ha'a aku dah sampai. Baru je. "

"Kau masih ada di lapangan ke? Dah cari kereta sewa? "

"Aku masih ada dekat sini. Tapi aku baru je nak cari kereta sewa. Kenapa? "

"Tak. Kalau kau tak kisah, baik aku ambil kau je. Senang sikit kau tak perlu ulang-alik ke rumah kau. "

"Eh, takpe ke? Tak menyusahkan? "

"Nope. Kau tunggu dekat situ. Nanti aku datang ok? "

"Alright. "

Panggilan pun dimatikan. Yaya mengambil tempat di sebuah bangku yang ada di luar bangunan lapangan terbang itu dan melabuhkan punggungnya. Beg yang Yaya bawa tidak terlalu banyak kerana dia hanya akan mengambil cuti selama seminggu.

"Haa... Aku harap Gempa akan baik-baik je."

Yaya bermonolog sendirian. Dia amat merisaukan tentang keadaan sepupunya itu. Banyak perkara yang telah terjadi semenjak Gempa mendirikan rumahtangga bersama-sama Halilintar. Bukan ingin berkata buruk, tetapi awal-awal lagi dia sudah agak tidak sedap hati untuk membiarkan Gempa mengahwini Halilintar. Memang betul pada awalnya dia nampak sambil lewa sewaktu Gempa berbincang dengannya tentang perkahwinan tersebut. Tetapi tipulah jika Yaya sebenarnya ingin membantahnya. Dia tidak rasa mengahwini selebriti terkenal seperti Halilintar itu akan menjamin kebahagiaan Gempa. Lagi-lagi bila dia dapat tahu yang Halilintar itu suka buat skandal.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now