Chap 15

833 92 22
                                    

Jam 9 pagi, kelihatan di rumah mansion 2 tingkat milik Halilintar terdapat Gempa yang sedang tidur di atas sofa. Dan nampaknya lelaki itu seperti langsung tidak berganjak dari tempat tidurnya malam semalam. Dia tidur tanpa sedar sehingga pagi.

Klik!

Bunyi kunci pintu rumah terbuka kedengaran. Dan setelah itu wajah Halilintar teserlah di balik muka pintu rumah tersebut. Lelaki itu masuk ke dalam rumah dengan mengenakan pakaian yang dia pakai semalam dan terus membuka kasutnya. Usai membuka kasut, Halilintar pun terus berjalan untuk menuju ke tingkat atas. Mengabaikan isterinya yang masih sedang tidur lena di ruang tamu tanpa dilitupi dengan sehelai kain selimut pun.

"Ssttt... Sejuk. "

Dalam tidak sedar, Gempa menggigil kesejukan. Dia dapat rasa hujung-hujung jarinya kesejukan dan badan serta nafasnya terasa panas. Tetapi kerana terlalu mengantuk, dia terus sahaja tidur dengan keadaan memeluk lututnya di atas sofa tersebut.

•°•°•

Splash!

Halilintar mencurahkan air kosong ke atas muka Gempa yang akhirnya membuatkan lelaki yang sedari tadi sedang nyenyak tidur kini bangun dengan mengejut. Gempa melihat sekelilingnya dan menemui suaminya yang sedang merenung ke arahnya dengan muka yang datar.

"Best tidur? "

Gempa menatap muka Halilintar dengan mata yang berkelip-kelip. Dia pun mengelap mukanya dan segera bangun. Gempa mendapati dirinya tertidur di ruang tamu dan sekarang dia baru sedar, waktu sudah siang.

"Ha-Halilintar. Selamat pagi. "

Halilintar menjengkilkan matanya menahan geram.

"Pagi? Kau cakap pagi? Kau tahu tak sekarang ni dah pukul berapa? "

Gempa terpinga-pinga. Sungguh dia tidak sangka bahawa dia akan terlajak tidur. Adakah sudah petang? Tak. Kalau tengokkan ke luar rumah nampak seperti..

"S-sekarang... Tengah hari ke? "

Halilintar mendengus kesal. Dia pun mencampakkan gelas kaca yang berada di tangannya jatuh ke lantai dan sengaja memecahkannya.

Prang!

"Kau boleh tanya? BOLEH LAGI KAU TANYA?! "

Halilintar menolak Gempa sehingga isterinya itu terjatuh kembali di atas sofa dengan terduduk dan terjerit kerana terkejut. Halilintar tidak membiarkannya begitu sahaja, dia terus menampar muka Gempa dengan kuat.

PANG!
PANG!

"BODOH! BODOH! KAU ISTERI TAK GUNA!! PEMALAS!! BODOH! "

PANG!

"Argh-!! Halilintar hen-hentikannya!! "

Pang!
PANG!

"S-sakit Halilintar! Aargh! "

Gempa tidak dapat melawan balik apabila kepalanya tiba-tiba diserang rasa sakit. Kepalanya berdenyut kuat sekali dan ia menjadi semakin kuat apabila Halilintar terus sahaja menamparnya tanpa belas kasihan.

Halilintar menghentikan diri dari menampar muka Gempa. Dia kemudian menarik kuat rambut Gempa membuatkan isterinya itu sekali lagi terjerit sakit. Airmata Gempa mula keluar tidak henti-henti. Dia sangat sakit dan terluka sekarang.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now