Chap 30

972 97 33
                                    

Di sebuah bangunan apartment yang berada di tengah-tengah bandar, kelihatan seorang gadis sedang tersenyum-senyum sambil melihat ke arah skrin telefonnya. Dia nampak begitu senang sekali saat itu.

"Heheh, nampaknya plan aku berhasil~"

Ying melihat gambar yang terpapar di skrin tersebut dengan perasaan yang amat berpuas hati. Dia melihat seseorang di dalam gambar itu. Orang di dalam gambar itu sedang terbaring lemah di atas jalan raya dengan darah yang berlumuran keluar dari kepalanya. Mungkin bagi sesetengah orang yang melihatnya, mereka akan berasa jijik. Tetapi tidak bagi Ying. Dia sama sekali tidak merasakannya. Sebaliknya dia berasa gembira.

"Akhirnya kau dah cacat. Sekarang bolehlah aku teruskan rancangan aku. Hehehee~"

"You look so happy today aren't you? "

Ying berpaling ke belakang dan menemui seseorang sedang memandang ke arahnya sambil tersenyum. Ying pun ikut tersenyum lalu berjalan mendekati orang itu dan memeluk lehernya.

"It's all because of you, darling. Thanks for doing that for me, my peanut. "

"Anything for you~ asalkan plan kita dapat diteruskan, I don't care. "

Ying tersenyum. Lalu dia pun mengheret orang tadi masuk ke dalam biliknya.

"Come. Let me pay you with something interesting~"

•°•°•

Gempa menatap ke arah frame gambar yang ada di tangannya dengan tatapan yang sayu. Jari-jarinya lembut sahaja mengusap wajah Halilintar yang ada di dalam gambar tersebut. Halilintar sedang memandang ke arahnya sambil tersenyum. Gempa tahu ia adalah senyuman paksa, tetapi itu sebenarnya sudah cukup buatnya gembira. Sekurang-kurangnya itulah kali pertama Halilintar tersenyum ke arahnya dan dia ingin mengingatinya sampai bila-bila.

'It's hurt Halilintar... Mencintai kau yang sudah memberikan hati kau kepada orang lain dan bukan untuk aku. Menerima kau walaupun aku tahu kau tak dapat terima aku. Menyayangi kau walaupun kau sentiasa pukul, tampar dan hina aku. Ia amat menyakitkan. '

Gempa mengetap bibirnya.

'Mama kata... Sakit dalam percintaan itu biasa. Tapi aku tak sangka ia boleh sesakit ini. Ia sakit yang seolah-olah boleh membunuh aku bila-bila masa sahaja. Tapi aku tetap hidup... Sebab aku masih ingin berharap kepada kau... '

Airmata Gempa pun mula mengalir turun. Ingatannya mula mengimbau kembali akan saat-saat Halilintar memarahinya dan menolaknya sebagai pasangannya. Ia amat menyakitkan.

"You listen here, bitch! Aku takkan sesekali terima kau sebagai pasangan aku! Kalau kau pun boleh tak tahu aku ni kerja apa, sahkan aku ni bakal suami kau? Kau mesti tak tahu juga kan aku ni perangai macam mana? "

"Dan satu lagi, aku nak bila kita kahwin nanti, kau dan aku akan berlakon bahagia. Faham? And don't forget to mind your own damn business! Jangan sesekali masuk campur urusan hidup aku dan society aku! Kau faham? "

Sejak dari pertemuan mereka Gempa sudah dapat merasakan bahawa Halilintar memang sudah membantah tentang perkahwinan tersebut. Tetapi apa yang membuatkan dia tidak mengundurkan diri adalah, kerana dia hairan, kenapa Halilintar langsung tidak berkata benar di hadapannya? Sebaliknya, lelaki itu hanya memaksa dia untuk terima sahaja perkahwinan itu dan bersama-sama berlakon bahagia dengannya.

Love Me Like You Do [C]Onde histórias criam vida. Descubra agora