Chap 61

864 74 13
                                    

Seminggu telah berlalu dan Halilintar kini telah pun keluar dari hospital. Tiada sesiapa pun yang tahu bahawa betapa gembiranya dia kerana akhirnya dia telah bebas dari tempat yang sunyi dan terlalu tenang itu. Tambahan pula dia sudah terasa cukup muak dengan bau-bau ubat yang ada di dalam wad tersebut. Nasih baik mentalnya kuat. Kalau tidak, sudah lama Halilintar muntah di situ juga.

"Home! Sweet home! "

Halilintar mendepakan tangannya luas-luas di hadapan rumah yang terasa telah lama meninggalkannya. Tidak dapat dia sembunyikan lagi senyuman di wajahnya. Dia amat gembira kerana segalanya telah berakhir dan kini dia sudah boleh meneruskan kehidupannya dengan baik.

Bersama dengan orang yang dicintainya.

"Halilintar, hati-hati. "

Gempa cuba menghalang suaminya daripada terlalu teruja kerana khuatir dia akan terjatuh. Berbeza dengan Halilintar, Gempa langsung tidak mempamerkan apa-apa reaksi sewaktu suaminya itu telah keluar dari hospital. Dan sejujurnya, di sepanjang perjalanan pulang ke rumah mereka sendiri pun tiada secalit senyuman yang ditunjukkan oleh Gempa. Entah kenapa lelaki carrier itu kelihatan begitu murung sekali hari itu.

Halilintar berpaling ke arah isterinya. Dia pun mendekati Gempa lalu meraih salah satu tangan isterinya sambil menatap ke dalam mata Gempa.

"Thanks so much, Gem. For take care of everything. "

Gempa mengangguk sambil menundukkan pandangannya.

"Ya... S-sama-sama... "

Halilintar tersenyum. Dia pun dengan cepat memeluk badan Gempa dengan erat yang membuatkan Gempa terkejut.

"Halilintar?"

"Damn... I miss this so much. I miss this feeling! And... I miss you. So much... "

Halilintar tidak melepaskan pelukan mereka. Dia terus kekal memeluk Gempa dengan erat dan gembira sekali. Hanya Tuhan yang tahu bahawa betapa gembiranya dia saat itu. Bebas dari keadaan yang menyakitkan hati dan menyeksa mental dan fizikalnya. Dan berada di dalam pelukan bersama insan tercinta.

Gempa melihat suaminya di dalam pelukan mereka. Memang jelas terpancar wajah kesenangan dan kegembiraan di wajah Halilintar. Berbeza dengan sebelum ini, Halilintar yang ini jauh lebih terbuka dan ceria. Tiada muka yang masam mahupun jeritan benci. Sebaliknya, nada suara Halilintar lebih ceria dan bersemangat. Tidak dilupakan juga dengan suaminya itu yang tiba-tiba suka memeluk dan menyentuh tangan Gempa.

Segalanya terasa hangat.

'Macam ni ke Halilintar bila dia gembira? '

Tipulah jika Gempa tidak terkejut dan teruja sewaktu menerima perubahan Halilintar itu. Dia merasa seperti Halilintar telah dilahirkan semula dan menjadi yang lebih baik dari dulu.

Tangan Gempa naik ke belakang Halilintar. Dia agak ragu-ragu untuk bertindak sama ada haruskah dia membalas pelukan itu?

'Tuhan... Jika Engkau ingin memberikan peluang kepada ku untuk menikmati saat-saat ini sebelum kami berpisah, jadi aku dengan senang hatinya menerimanya. Sebelum segalanya berakhir... '

Gempa perlahan-lahan membalas pelukan Halilintar sembari tersenyum senang. Hatinya mula berdegup kembali setelah sekian lama terasa seperti ia terhenti. Dan apa yang Gempa rasakan selama ini adalah, hangat.

•°•°•

"Terima kasih MamaZila, untuk segalanya."

Gempa memberikan pelukan erat kepada MamaZila sebelum melepaskan bekas pembantu rumahnya itu terbang semula ke negara asalnya. MamaZila dengan senang hati membalas pelukan tersebut sambil menepuk-nepuk belakang badan Gempa. Wajah wanita itu kelihatan ceria dan lega sekali.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now