Chap 11

812 90 12
                                    

Hari yang dinantikan kini telahpun tiba. Segala persiapan untuk majlis perkahwinan antara Halilintar dan Gempa betul-betul diuruskan oleh keluarga masing-masing kerana kebetulan Gempa harus ke luar negeri untuk menguruskan beberapa kursus pekerjaannya. Manakala Halilintar pula harus menyelesaikan jadual lakonannya sebelum hari perkahwinannya tiba. Lagipun Halilintar peduli apa? Dia sama sekali tidak menantikan hari perkahwinan tersebut.

Ditambah pula Halilintar mendapat tahu bahawa ibubapanya juga telah memanggil orang-orang yang penting dan ternama di majlis perkahwinannya. Boleh dikatakan hampir kesemua pihak media dan barisan artis dan pelakon terkenal akan datang ke majlisnya. Ia sama sekali bercanggah dengan kehendak Halilintar yang kalau boleh tak nak sesiapa tahu tentang perkahwinannya. Tetapi dia boleh buat apa? Halilintar tidak boleh melawan kehendak ayahnya yang tegas itu.

Ia agak mengambil masa dalam menyiapkan persiapan tetapi sekurang-kurangnya ia siap sebelum tarikh majlis tiba. Bagi kedua pengantin iaitu Gempa dan Halilintar, mereka merasakan bahawa masa begitu pantas sekali berlalu. Tidak terasa bahawa mereka bakal disatukan tidak lama lagi.

Bagi Gempa, ia boleh dikira masuk akal kerana dia sering sibuk dengan kerja jadi tidak terasa pula bahawa dia akan kahwin tak lama lagi. Namum bagi Halilintar pula, semakin dekat dia akan kahwin, dia semakin rimas. Dia ingin meluangkan masanya lebih banyak bersama kekasihnya iaitu Ying. Dia ingin berasa bebas seperti dulu. Tambahan pula gadis itu sentiasa ingin keluar bersamanya tidak kira sama ada untuk menemani Halilintar ke set pengambaran ataupun saja keluar membeli-belah bersama-sama. Dan sejak dari hari pergaduhan mereka itu, hal perkahwinan Halilintar sudah tidak diungkit lagi.

Halilintar berasa lega kerana dia memberitahu Ying supaya jangan datang ke majlisnya walaupun dia diundang. Kerana dia takut jika kekasihnya itu cemburu walaupun Ying tahu Halilintar sama sekali tidak ikhlas dalam mengahwini Gempa. Tetapi kerana tidak mahu timbulkan spekulasi dan dimarahi oleh ayahnya, Kaizo, Halilintar terus mengambil langkah berjaga-jaga. Dan dia juga sudah berjanji kepada Ying, malam perkahwinan dia dan Gempa, akan Halilintar terus ke apartment Ying untuk diluangkan masa bersama. Dan Halilintar berharap agar majlis ini akan segera berakhir.

•°•°•

"Macam mana, Nut? Semua tetamu dah hadir? "

Kaizo bertanya kepada manager Halilintar iaitu Nut yang ditugaskan sebagai penyambut tetamu. Nut berpaling ke arah Kaizo lalu tersenyum.

"Hampir kesemua, tuan! Tapi tinggal beberapa orang je yang tak datang lagi. Dan saya rasa eloklah kita mulakan majlis terus. Sebab ada juga beberapa orang yang tak dapat hadir hari ni. "

Kaizo mengangguk faham. Dia pun mengucapkan terima kasih kepada Nut dan mempelawanya untuk terus menikmati hidangan yang disediakan pada majlis besar itu. Kaizo melihat keadaan di dalam majlis yang mewah itu, dia dan isterinya sengaja berpakat dengan keluarga Gempa untuk melalukan majlis yang besar-besaran. Hal ini kerana Kaizo ingin Halilintar berhenti dari kes skandalnya yang selalu masuk surat khabar dan berita gosip. Kaizo sudah muak. Setiap kali keluar berita baharu, pasti anak keduanya itu tidak akan ketinggalan. Naik muak rasanya!

Dan sebab kenapa Kaizo sengaja menjemput orang-orang ternama dan barisan pelakon dan media juga adalah sebab dia ingin seluruh dunia tahu. Biarlah nampak seperti sombong tetapi itu bukan niat Kaizo. Dia mahu yang lain tahu supaya mana-mana perempuan atau lelaki 'murahan' datang dan mendekati anaknya. Tahulah Kaizo akan buat apa kalau dia tahu masih ada yang 'pekak' dan 'buta' tentang hal ini!

"U? Majlis dah nak mula. Jom? "

Isteri Kaizo menepuk lembut bahu suaminya. Kaizo menoleh untuk memandang wajah isterinya. Senyuman terus terukir di wajahnya. Tangan kanannya pun memeluk pinggang isterinya dan menarik isterinya untuk mendekat.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now