Chap 66

746 76 4
                                    

•°•°Flashback°•°•

"Semua... Sebenarnya Gempa ingin membuat pengakuan sesuatu. "

Sewaktu semua sedang berkumpul di wad Halilintar sambil menunggu Halilintar sedar, Gempa ingin segera mengambil kesempatan untuk menerangkan tentang perkara yang sebenar.

Ya, Gempa akan segera menghentikan lakonan ini dan terangkan segala-galanya kepada keluarganya. Termasuk kepada ibubapanya yang masih dia belum terangkan apa-apa.

"Tentang apa, Gempa? "

Sara bertanya dengan nada prihatin. Risau juga bila tengok keadaan wajah anak tunggalnya yang kelihatan muram itu.

Di sebelah Gempa, berdirinya Yaya yang cuba untuk menenangkan keadaan sepupunya dengan mengusap lembut bahunya. Yaya tahu sudah sampai masanya untuk Gempa menerangkan tentang perkara yang sebenar. Jadi, sebagai satu-satunya orang yang tahu akan rahsia Gempa, Yaya sedia untuk menyokong di sisi Gempa.

"Semua... Sebenarnya... Segala apa yang terjadi pada Gempa sebelum ni... Adalah lakonan semata-mata. "

"Lakonan? Apa maksud kamu? "

"Ingat lagi tentang kesan kemalangan yang Doktor Maskmana kata Gempa sudah tak boleh bercakap dan berjalan? Sebenarnya... Ia hanyalah palsu. "

Semua orang terdiam kerana terkejut. Sudah tentu mereka masih terkejut tentang Gempa. Terutama sewaktu mereka mendapat berita tentang Halilintar dikejarkan ke hospital untuk segera masuk ke ruang pembedahan. Dan siapa lagi kalau bukan Gempa yang menelefon kedua keluarganya untuk menceritakan tentang hal ini. Terkejut bukan kepalang mereka saat mendengar suara Gempa yang tiba-tiba pulih. Terutama keluarga mertua Gempa yang masih belum tahu apa-apa itu.

Biarpun sewaktu sudah tiba di hospital untuk menunggu keadaan Halilintar selepas keluar dari pembedahan, tiada sesiapa pun yang bertanyakan tentang hal itu kerana masing-masing tahu yang ia bukan masa yang sesuai.

Jadi sebab itulah Gempa mengambil kesempatan seperti sekarang untuk mula menerangkan segalanya.

"Tapi, Gempa... Kenapa kamu sanggup memalsukan perkara ni? "

Amato bertanya seraya memandang ke arah anak tunggalnya itu. Tidak, dia tidak kecewa. Hanya terlalu terkejut sehingga tidak tahu harus memberikan reaksi sebagaimana lagi.

Gempa melihat wajah ibubapanya sebelum dia memandang ke arah wajah mertuanya. Kalau diikutkan Gempa boleh sahaja mencipta tipu helah namun Gempa tidak mahu menipu bagi alasan sebenar tentang kenapa dia buat sebegitu. Jadilah dia akan menceritakan segalanya tanpa sebarang pendustaan.

"Ianya disebabkan Halilintar. "

"Hali? "

Kaizo mula bersuara.

"Kenapa dengan dia, Gempa? "

Gempa melirik ke arah Halilintar untuk melihat wajah suaminya yang masih belum menyedarkan diri itu. Terdetik perasaan simpati ke atas suaminya buat seketika sebelum dia kembali menoleh ke hadapan semula.

"Ingat lagi tentang kemalangan pertama kali Gempa? Sebenarnya, ia adalah rancangan Ying dan Fang untuk membunuh Gempa sewaktu Halilintar dan Ying ke luar negara. "

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now