Chap 16

791 90 44
                                    

1 minggu kemudian,

"Ok, cut! Great job, guys! "

Bunyi suara garau seorang laksamana menghentikan semua dari melakukan tugas masing-masing. Kesemuanya menarik nafas lega apabila segala tugas mereka sudah selesai. Tiada lagi kerja yang berat dan berulang-ulang kali bakal dilakukan lagi selepas ini. Mereka semua bersorak riang di dalam hati masing-masing.

Dan salah seorang itu juga Halilintar. Dia juga tidak jauh ketinggalan apabila babak terakhirnya sudah berakhir dan tiada lagi babak mana-mana episod yang perlu dia lakonkan. Sungguh dia rasa begitu penat sekali sejak dua menjak ini. Dan dia rasa ada eloknya kalau dia ambil cuti untuk seminggu dua. Lagipun sejak dia kahwin, dia hanya mengambil cuti selama sehari. Dia tidak mahu selalu menghadap muka Gempa setiap hari dan lebih teruk, dia sama sekali menolak mentah-mentah rancangan honeymoon yang ingin dirancangkan oleh keluarganya atas alasan dia masih ada cerita untuk difilemkan.

"Kesian juga dengan watak hero dalam cerita ni. "

Nut berkata sambil menghulurkan Halilintar air mineral. Halilintar menerimanya lalu meminumnya sampai habis dengan beberapa teguk sahaja. Dia membiarkan Nut membebel seorang diri sambil managernya itu menguruskan barang-barangnya.

"Ha, Halilintar. Terima kasih banyak untuk segala usaha keras kamu hari ini. "

Bunyi garau suara pengarah tadi menarik perhatian 2 orang lelaki tadi. Serentak mereka menoleh dan melihat 2 orang lelaki yang seorang sedang berdiri tegak di hadapan mereka dengan badan yang tegap dan di sebelahnya yang pendek sambil memegang manuskrip cerita.

"Terima kasih untuk usaha Laksamana Tarung dan Tuan Kokoci juga. "

Halilintar membalasnya sambil tersenyum nipis. Dia terlalu penat untuk bangun jadi dia menundukkan sahaja kepalanya buat mereka berdua.

"Ini, hadiah daripada kami. "

"Eh, apa benda ni Tuan Kokoci? "

"Kamu kan baru sahaja berkahwin, dan mesti kamu selalu tak sempat nak habiskan masa dengan isteri kamu sebab kena selalu datang ke set pengembaraan dan berlakon. Jadi, sebagai tanda minta maaf, kami ingin memberikan ini kepada kamu. "

Halilintar ragu-ragu untuk menerima pemberian hadiah tersebut. Ia seperti bentuk tiket penerbangan dan percutian. Takkan lah pengarah dan penulis skripnya terfikir apa yang sedang dia fikirkan sekarang.

"Tuan.. Ini.. "

"Betul lah apa yang kamu fikirkan, Halilintar. Itu hadiah daripada saya dan Tuan Kokoci. Sebagai minta maaf, kami belanja kamu dan isteri kamu ke honeymoon dengan bayaran sepenuhnya daripada kami. "

"H-honeymoon, Laksamana? "

Laksamana Tarung dan Kokoci menganggukkan kepala mereka.

"T-tapi tuan, laksamana, saya tak boleh terima hadiah ni! Ini dah lebih-"

"Alah, ambil sajalah, Hali. Itu sebagai membalasa balik jasa kamu yang sanggup mengorbankan hari-hari baharu kamu sebagai pengantin! Kami tahu, mesti kamu dan isteri kamu tak sempat nak bersama sejak kahwin sebab kamu selalu sibuk dengan drama dan lakonan, kan? Ha, jadi. Kami belanja kamu. "

Halilintar ingin menolaknya tapi belum apa-apa, Laksamana Tarung dan Kokoci pun berlalu pergi. Halilintar mengeluh. Dia menatap ke arah 2 tiket di tangannya itu.

'Amende yang patut aku buat dengan tiket ni? Tak mungkin aku kena pergi honeymoon dengan bitch tu? No. No way! Aku takkan lakukannya! Nak muntah aku kalau aku kena hadap muka dia selalu! '

Halilintar mendengus. Pemberian hadiah seperti itu sungguh dia tidak sangkakannya. Dia rasa seperti mahu sahaja membakar tiket tersebut ataupun menjualnya.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now