🍁 Special Chap 🍁

1.3K 70 26
                                    

A/N: Chap kali ini tiada kaitan dengan cerita asal. Ia hanya dibuat sekadar untuk suka-suka sahaja.

Bukan sambungan juga.

Harap terhibur~

✨🌌💐•°•°•💐🌌✨

"Will you marry me? "

Itulah ungkapan yang masih terngiang-ngiang di dalam kepala Gempa, seorang mahasiswa di Universiti City of Cyberjaya sewaktu dia sedang cuba untuk fokus di dalam waktu pembelajaran yang sedang berlangsung.

'Apa maksud budak tu? Dia tak sedar ke orang yang sedang dia lamar sekarang adalah seniornya? '

Gempa menggigit bibirnya kerana memikirkan perkara yang baru sahaja berlaku beberapa minit yang lalu.

Masih segar di dalam ingatannya. Datangnya seorang mahasiswa yang Gempa yakin adalah junior yang muda beberapa tahun darinya dan sedang berada di dalam tahun pertamanya di Universiti City of Cyberjaya sementara Gempa pula di tahun akhir. Pemuda itu menghampirinya dan menyapanya.

•°•°Flashback°•°•

"Senior Gempa! "

Gempa, yang baru sahaja selesai keluar dari bilik lecturernya berpaling untuk melihat siapakah yang memanggilnya. Dan tanpa disangka, dia melihat seorang pemuda yang cukup menawan dan segak. Pakaian yang hanya dikenakan oleh pemuda itu adalah sebuah jaket berwarna merah yang tebal dan dipadankan pula dengan baju t-shirt berwarna putih serta berseluar slack hitam yang sedikit terkoyak di beberapa tempat pada seluar tersebut untuk menambahkan lagi fesyen pada seluar tersebut. Apa yang membuatkan Gempa lebih terpana ialah pada kasut but lelaki itu. Ia sangat bergaya. Sangat kasual tetapi bergaya dan padan pada badan sasanya.


Jauh berbeza dengan pakaian kasual Gempa yang mana dia hanya mengenakan baju t-shirt berbelang kuning hitam seperti lebah dan berseluar slack hitam yang tidak terlalu ketat.

Itu tidak perlu dibandingkan lagi dengan wajah masing-masing. Gempa sendiri terpaksa akui bahawa wajah lelaki tadi jauh lebih menawan darinya.

"Y-ya? "

Sejurus selepas lelaki tadi berhenti di hadapannya, Gempa pun mula bertanya. Hairan juga pagi-pagi macam ni tiba-tiba ada orang asing datang mencarinya. Seingat Gempa, dia takde berurusan dengan mana-mana mafia atau pengutip hutang.

"Huff.. Huff... Kejap... 3 minutes... "

Gempa terpinga-pinga seketika. Namun dia anggukan sahaja. Melihat keadaan budak lelaki di hadapannya ini yang nampaknya betul-betul memerlukan oksigen, jadi dia rela menunggu. Asalkan jangan tiba-tiba pengsan sudah.

"Huff... Ok. I'm ready. "

Kening Gempa berkerut. 3 minit berlalu dan itu ayat pertama yang keluar dari mulut lelaki tu? Sedia untuk apa?

"Senior Gempa... I love you. "

Mata Gempa terkebil-kebil. Tunggu kejap.

"Will you marry me? "

Budak lelaki itu memberikan tatapan yang penuh harapan. Seperti seorang kanak-kanak yang menginginkan dan menantikan hadiah yang istimewa dari orang yang tersayang.

Tunggu..

Tunggu sekejap.

Tunggu!

'Holy shit! '

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now