Chap 25

904 86 50
                                    

Setelah puas di bebel oleh Nut dan Fang, akhirnya mereka berdua pulang ke rumah masing-masing. Meninggalkan Halilintar yang masih dengan wajah tidak puas hatinya bersama-sama Gempa dan seorang wanita asing di dalam rumah itu.

Keadaan mereka sangat janggal dan wanira itu sendiri dapat merasakannya. Dia dapat melihat, pasangan suami isteri yang langsung tidak akrab hubungan mereka. Mereka tidak ubah seperti tanah dan petir. Seorang jenis yang cepat baran dan mudah mengamuk dan seorang lagi tenang dan pendiam. Walaupun ia seperti gabungan yang elok, tetapi melihatkan situasi seperti ini, ia sebaliknya.

Halilintar berdiri dari kerusi sofa yang dia duduki. Dia terus menghala ke pintu rumah untuk keluar. Tanpa memperdulikan orang yang ada di sana bersamanya, dia pun keluar dan berlalu pergi. Meninggalkan Gempa bersama-sama wanita tadi.

Gempa menoleh ke arah wanita tersebut. Dia meneliti keadaan wanita itu. Wanita itu kelihatan seperti sebaya dengan ibunya dan wanita tersebut nampak seperti baik. Mungkin terlalu awal untuk Gempa menilai seseorang tetapi dia perlu membuatkan wanita itu selesa dengannya. Dia tidak mahu, kerana perang dingin antara dia dan Halilintar membuatkan wanita tersebut tidak selesa bersama-samanya.

Gempa melambaikan tangannya pada wanita tersebut untuk menarik perhatiannya. Dan sebaik sahaja wanita itu melihatnya, Gempa pun tersenyum.

"Uuhh... Encik Gempa panggil saya? "

Gempa mengangguk.

Gempa menggunakan jarinya dan ditunjukkannya kepada wanita tersebut. Seolah-olah ingin bertanyakan sesuatu.

Wanita tadi terdiam seketika. Dia cuba memahami apa yang dimaksudkan oleh lelaki golong carrier di hadapannya itu.

"Oh, encik nak saya perkenalkan diri, ya? "

Gempa sekali lagi mengangguk.

Wanita itu pun tersenyum. Nampaknya Gempa tidaklah teruk daripada suaminya.

"Nama saya MamaZila. Saya diutuskan oleh ibubapa mertua encik iaitu Tuan Kaizo dan isterinya untuk menjadi maid encik dan suami Encik Gempa bermula dari hari ini. "

Gempa menganggukkan kepalanya sambil mulutnya membuat bentuk 'O'. Ibu mertuanya pernah beritahunya sebelum ni tentang orang gaji yang akan bekerja untuknya dan Halilintar. Tetapi dia tidak sangka pula akan tiba secepat ini.

"Uuhh.. Boleh saya tanya? Tapi maaflah kalau terasa... Encik Gempa... Bisu, kan?"

Gempa masih tetap dengan senyumannya. Matanya masih tidak lari dari memandang wanita di hadapannya itu.

'Aku rasa aku takkan ada masalah dengan MamaZila ni... '

"Saya sebenarnya boleh bercakap. "

Membutang mata MamaZila di saat dia dapat mendengar suara lembut Gempa. Dia tidak percaya betul, seingat dia sebelum dia ikut Fang dan Nut untuk ke rumah Gempa dan Halilintar, dia ada diberitahu yang Gempa disahkan bisu kerana kemalangan. Tetapi kenapa sekarang ni dia boleh mendengar lelaki itu berbicara pula?

"M-macam mana encik-"

"Sshh! Jangan beritahu sesiapa termasuk yang lain. "

Gempa masih dengan senyumannya. Dia sudah agak yang dia akan mendapat respon seperti itu dari pembantu rumahnya. Tapi dia rasa tenang, sekurang-kurangnya MamaZila tidak panik.

"Saya akan ceritakan segalanya tentang kenapa saya berpura-pura untuk menjadi bisu. Tapi dengan syarat, MamaZila boleh simpankan rahsia ini dari orang lain? Please? "

Gempa berkata dengan nada yang berharap. Ya. Dia sangat berharap agar MamaZila akan menyimpan rahsianya itu. Selain Yaya, hanya MamaZila sahaja yang tahu.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now