Chap 29

809 91 16
                                    

"U... I tak suka lah dengan isteri U tu. Dia macam tak suka je bila I datang jumpa U. "

'Obviously... Siapa je yang suka kalau kau cakap macam tu.. '

Mahu sahaja Halilintar berkata seperti itu kepada Ying tetapi dia tahan sahaja. Kadang-kadang dia juga tidak faham dengan gadis itu. Bila sudah benci, dia akan membuatkan orang yang dia benci itu sakit hati dengannya. Tapi pada masa yang sama dia juga inginkan perhatian.

"Abaikan jelah dia. "

Dan akhirnya Halilintar juga yang kena tahan dan hadap semua hal itu. Takpe. Macamlah dia tidak biasa dengan perangai Ying yang sebegitu.

"Oh ya, nanti I nak selalu datang sini boleh?"

Wajah Halilintar berkerut mendengarnya.

"Why? "

"Well... I suka lah dengan rumah U ni. Dah lah besar... Luas... Cantik pula tu! "

"Ying, kan I dah selalu datang ke apartment U? And by the way, bukan ke U selalu cakap U malas ke nak keluar melainkan U ada photoshoot? "

"Memanglah! Tapi bila datang ke rumah U ni I rasa takde masalah kot! Lagipun I kesian sebab U selalu je ulang-alik ke tempat I. So... Apa kata mulai sekarang I selalu ke sini nak? "

Halilintar tidak berkata apa-apa. Sejujurnya dia agak kurang senang kalau Ying akan sentiasa datang ke rumahnya itu. Tambahan pula gadis itu pasti akan datang bila-bila masa sahaja kalau dia mahu. Sedangkan Halilintar sendiri sentiasa menghormati privasi gadis itu, harap-harap Ying akan lakukan hal yang sama.

"Ok. Fine.. "

"Yaayy! This is why I love you baby! "

Ying memeluk Halilintar dengan erat sambil mereka terus menikmati makanan enak di kawasan kolam renang di rumah itu.

•°•°•

MamaZila mengutip dan memasukkan kotak tisu yang kosong ke dalam tong sampah yang ada di dalam bilik Gempa. Wanita itu memandang simpati ke arah lelaki carrier yang sedang termenung jauh di atas katilnya itu. Wajah lelaki itu amat sayu dan sedih sekali. Matanya juga kelihatan bengkak dan dari situ MamaZila dapat menduga yang Gempa menangis sejak dari tadi lagi.

"Gempa.. "

MamaZila memanggil Gempa seraya mendekati lelaki itu. MamaZila duduk di sebelah Gempa lalu menepuk-nepuk bahu Gempa dengan lembut.

"Mama... Adakah orang yang kurang upaya itu adalah golongan cacat? "

MamaZila diam sahaja.

"Saya tak faham, Mama. Mereka juga manusia. Mereka juga ada kekurangan dan kelebihan. Jadi kenapa... Orang yang ada kelebihan daripada mereka itu harus memanggil mereka cacat? Mereka hanya kurang upaya dari segi fizikal. Bukan dalaman. Dan saya tidak memaksudkan bahawa yang kurang dalaman juga adalah cacat. Yang saya ingin maksudkan ialah... Kenapa ia harus dipanggil cacat? Adakah kekurangan itu adalah satu kecacatan? Adakah ia terlalu hina sehingga harus dipanggil cacat? Hinakah bila ada kekurangan, Mama? "

MamaZila menggelengkan kepalanya. Sejujurnya dia tidak pernah berfikir sepertimana manusia lain yang dimaksudkan oleh Gempa. Baginya semua manusia adalah sama. Mereka semua masing-masing akan ada kekurangan dan kelebihan. Dan sebab itulah akan hadir juga manusia yang lain di dunia ini selain mereka. Ia bagi menyempurnakan apa yang kurang. Tetapi kenapa ia harus dipanggil cacat sebenarnya? Apa itu cacat? Adakah ia sesuatu yang hina sebenarnya?

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now