Chap 40

996 90 25
                                    

3 hari berlalu, Gempa masih sedang dirawat di dalam hospital bagi menjaga dan memulihkan badannya yang banyak luka-luka kerana kejadian teruk dia dan Halilintar malam tempoh hari. Doktor kata yang bahagian bawah Gempa perlu dijaga dengan baik supaya ia boleh dielak daripada mana-mana jangkitan kuman.

Gempa tidak terlalu mempermasalahkannya. Memandangkan Yaya yang akan sentiasa menemaninya, jadi rutin hariannya sepanjang berada di hospital tersebut adalah melatih dirinya untuk berdiri semula. Dan siapa sangka? Baru sahaja beberapa minggu Gempa kemalangan, kini dia sudah mula boleh berdiri.

"Woaaahh!! Kau berjaya untuk berdiri Gempa! "

Gempa tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya sewaktu dia dapat merasakan yang kakinya sudah boleh merasai lantai yang sejuk. Dia sangat gembira kerana dia berjaya untuk pulih dengan baik.

"Hm, nampaknya kamu lebih cepat dari pesakit biasa. "

Doktor Maksama juga tidak kalah untuk turut memuji Gempa. Sejujurnya dia sangat kagum dengan Gempa yang begitu kuat berusaha itu.

"Terima kasih! Saya rasa saya sudah boleh mula berlatih untuk bergerak dengan perlahan-lahan sekarang! "

"Yes! Aku setuju, Gempa! Nanti apa kata kau cuba untuk bergerak dari katil ke tandas atau di sekitar ruang wad ni! Aku tak boleh biarkan kau bergerak di luar lagi. Kau masih belum sembuh sepenuhnya! "

"Hehehe! Ya.. Aku tahu. Aku akan dengar cakap kau dan doktor! "

"Baguslah kalau macam tu. Baiklah, kalau tiada apa-apa lagi, saya minta diri dulu, ya?"

"Baik! Terima kasih doktor! "

Doktor Maksmana hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya sahaja. Dia pun kemudiannya beredar dari wad Gempa dan meninggalkan Gempa bersama-sama Yaya di dalam wad tersebut.

"Jadi? Kau nak sambung latihan lagi tak? "

Senyuman Gempa semakin berkembang.

"Sudah tentu! "

•°•°•

Halilintar menarik nafasnya terlebih dahulu sebelum tangannya mula mengetuk pintu rumah agam milik keluarganya. Dia menunggu sesiapa yang akan membuka pintu rumah tersebut dengan sabar.

Klik!

"Eh? Tuan Halilintar? "

MamaZila memanggil nama tuannya. Halilintar memandang wajah MamaZila dengan pandangan yang ikut terkejut sama seperti wanita di hadapannya itu.

"You are here? "

"MamaZila? Siapa tu? "

Pandangan mereka berdua terus teralih ke arah suara orang ketiga. Dan di situ, mata Halilintar bertemu dengan mata ibunya.

"Hali? "

"M-Mommy.. "

Ibu Halilintar tersenyum. Dia pun terus berjalan mendekati Halilintar. MamaZila memberikan ruang kepada mereka berdua untuk bersua muka bersama sebelum,

PANG!!

Satu tamparan kuat hinggap di wajah Halilintar. Mata MamaZila terbelalak. Begitu juga dengan Halilintar. Kedua-duanya amat terkejut dengan apa yang sedang berlaku. Segalanya begitu cepat sekali!

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now