Chap 59

912 89 24
                                    

Halilintar termenung di sekeliling keadaan sekitarnya. Putih. Itulah apa yang sedang dilihatnya. Segalanya berwarna putih di sekelilingnya. Dan tiada juga secalit kotoran mahupun warna lain selain warna itu. Segalanya terang dengan cahaya putih itu sudah diibaratkan seperti dirinya telah dikurung di dalam sebuah bilik yang hanya ada dirinya sebagai hidupan di dalam sana.

Halilintar kaku. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Dia kekal berdiri di tempatnya sambil memandang pemandangan yang putih dan kosong itu. Dirinya sudah diibaratkan seperti seekor burung yang sedang dikurung di dalam sangkar dan tiada hak kebebasan untuk terbang. Dirinya sendirian dan kesunyian. Di dalam sangka yang penuh penderitaan.

Klik!
Kreaaakkk...

Halilintar berpaling sewaktu dia terdengar bunyi pintu sedang terbuka. Dia mencari keberadaan pintu itu sebelum akhirnya dia menemui pintu tersebut. Pintu itu tidak terbuka sepenuhnya tetapi Halilintar dapat melihat seperti ada cahaya yang asing yang keluar di sebalik pintu tersebut.

Mengikut gerak hati, Halilintar mula berjalan mendekati pintu tadi dan membukanya dengan perlahan-lahan. Dan dengan serta-merta, pandangannya terus dipaparkan dengan keadaan cahaya yang begitu terang sekali sehingga dia terpaksa menggunakan tangannya untuk menghalang cahaya tersebut daripada menyakiti pandangannya.

Beberapa saat setelah itu, kini Halilintar sudah dapat melihat keadaan di sebalik cahaya tersebut. Dan di situlah dia dapat melihat suasana padang bunga yang begitu luas mata memandang dan berwarna-warni.

Halilintar terkesima seketika melihat keindahan yang begitu menawan itu. Tanpa beralaskan kasut, kakinya mula melangkah keluar dari ruang tadi dan berjalan memasuki kawasan padang yang padat dengan bunga yang berbagai jenis dan berwarna-warni itu. Matanya melilau melihat keadaan sekeliling yang begitu indah sekali dengan penuh tanda tanya.

"Aku kat mana ni..? "

Thud!

Tiba-tiba Halilintar merasakan bahawa kakinya terlanggar sesuatu. Atau lebih tepatnya dipeluk sesuatu. Pantas Halilintar menunduk ke bawah untuk melihat apa yang sedang berada di kakinya sehingga dia menemui seorang kanak-kanak sedang memeluknya dengan erat sekali.

"Papa! "

Halilintar tergamam melihat kanak-kanak tersebut. Seorang kanak-kanak yang sedang tersenyum gembira sambil melihat dan memeluknya. Dan entah kenapa panggilan kanak-kanak itu yang memanggilnya sebagai 'Papa' membuatkan jantungnya berdebar.

Apakah maksudnya?

Halilintar kekal diam sambil menatap ke arah kanak-kanak tadi. Fikirannya ligat cuba memahami apa yang sedang berlaku sekarang. Namun apa yang dia tidak tahu adalah terdapat seseorang sedang memerhatikan Halilintar bersama-sama kanak-kanak tadi dari jarak yang tidak jauh dari situ.

"Ksshhh-"

Halilintar berkerut apabila terdengar bunyi aneh yang tiba-tiba muncul di indera pendengarannya. Dia pun mendongak ke hadapan semula dan menemui wajah yang sudah tidak asing dengannya namun amat dirinduinya.

"Gempa.. "

"Mama! "

Kanak-kanak tadi berlari-lari kecil mendekati orang tadi atau lebih tepatnya adalah Gempa yang kini sedang berdiri tidak jauh dari tempat Halilintar. Sebaik sahaja tiba, kanak-kanak tersebut pun memeluk kaki Gempa dan Gempa dengan sigap mendukung kanak-kanak tersebut sambil tersenyum.

"Kamu bermain dengan Papa, ya? "

"Hm! Ksssh- gembira shebab dapat bertemu dengan Papa! "

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now