Chap 47

887 88 17
                                    

•°•°Flashback°•°•

1 tahun sebelum itu, di luar kelab malam, kelihatan Nut sedang cuba menghalang Halilintar daripada masuk ke dalam kelab yang bising dan menggelikan itu.

"Weyh, weyh, Hali! Tunggu lah! Kau ni biar betul nak masuk ke dalam kelab ni?! "

"Peduli apa aku?! Aku dah naik rimas dengan mak ayah aku! Pilih kasih macam haiwan! "

"Bro.. Jangan cakap macam tu! Aku yakin yang diorang tak sengaja pun buat macam tu! "

Halilintar mendengus. Ini yang dia cukup anti sekali. Setiap kali dia ingin melempiaskan segala kemarahannya, pasti akan ada sahaja yang menghalang. Apa yang paling menyakitkan, mereka berpihak pula kepada orang yang membuatkan Halilintar terluka. Apa yang salahnya dia?

"Fucking stop, Nut! Kau buat aku makin menggelegak kau tau tak?! "

Halilintar menengking ke arah Nut. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia memukul muka managernya itu. Tak boleh ke kalau sekali ia berpihak kepada Halilintar?

Nut menghela nafas buat kesekian kalinya. Memang kalau nak jaga budak yang belum matang ni cukup menyusahkan!

"Ok, fine! Kau masuklah dalam kelab tu! Aku tunggu dekat luar. But I'll give you 2 hours. Lepastu kita blah. Ok? "

Halilintar hanya memutarkan bola matanya. Selepas itu dia pun berlalu pergi untuk masuk ke dalam kelab tersebut. Dia menunjukkan kad pengenalannya kepada penjaga pintu kelab tersebut dan terus memasukinya sebaik sahaja dia diluluskan. Sementara itu Nut pula, dia hanya mampu memandang pemergian Halilintar dengan ekoran mata sahaja. Sejujurnya dia mahu menahan lelaki itu lagi tetapi melihat keadaan Halilintar yang betul-betul ingin melepaskan amarahnya, dia terpaksa akur.

Nut tahu tentang kisah Halilintar. Ini kerana, sewaktu dia ditugaskan untuk menjadi manager selebriti itu, Halilintar masih berumur dalam lingkungan 16 atau 17 tahun. Dan waktu Nut pertama kali kenal Halilintar yang dulu memang jauh berbeza dengan Halilintar yang sekarang.

Halilintar yang dulu adalah remaja yang baik dan pendiam. Sentiasa akur akan apa yang diberitahu oleh orang yang lebih tua darinya. Terutama sekali Nut, managernya. Dan dalam waktu mereka saling berkenalan, Nut pernah bertanya tentang pandangan keluarga Halilintar ke atas kariernua.

Halilintar adalah antara remaja muda yang mudah menceburi bidang lakonan. Dan Nut juga sering menghantar Halilintar ke rumah dan bertemu dengan ibubapa Halilintar. Tetapi sejujurnya tanpa perlu bertanya lagi Nut sudah tahu bahawa hubungan Halilintar dan keluarganya amatlah tidak baik. Kerana setiap kali remaja itu masuk ke dalam rumah, dia langsung tidak mempedulikan ibunya yang menyambut di muka pintu. Dia akan terus naik ke bilik dan mengurung diri di dalamnya. Tetapi kerana tidak ingin salah faham, jadi Nut ingin bertanya terus. Ada eloknya kalau dia tahu serba sedikit tentang keluarga Halilintar.

"Keluarga saya tak bahagia, bang. Jadi saya sendiri yang putuskan untuk terus fokus dalam bidang ni. Lagipun untuk menjadi seorang pelakon adalah pilihan saya sendiri. Saya tak peduli apa yang Mommy dan Daddy saya fikirkan. "

Itulah apa yang Halilintar katakan kepadanya. Dan hanya dengan kata-kata singkat itu sahaja Nut sudah dapat menyimpulkan bahawa Halilintar tidak sekepala dengan keluarganya.

Pada awalnya dia berasa simpati dan sangat kasihan kepada remaja yang masih di bawah umur itu. Tetapi malangnya sebaik sahaja Halilintar mencecah umur 19, dia mula berubah. Perangainya mula menjadi lebih pelik dari dirinya dulu. Dia lebih kerap bersosial dan mula menimbulkan masalah.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now