Chap 17

785 85 23
                                    

Gempa sedang mengumpul pakaian untuk dicuci pada hari itu. Walaupun badannya sudah lenguh dan belakangnya pun terasa seperti hendak tercabut, tetapi dia tahan sahaja. Dia tidak boleh tunjuk lemah depan Halilintar. Biarlah dia menangis sendirian setiap masa dan setiap malam. Tetapi dia tidak akan sesekali menunjukkan Halilintar bahawa dia itu jenis yang lemah semangat.

Walaupun kenyataan adalah betul.

"Woy, bitch! Mana kunci kereta aku?! "

Kedengaran suara jeritan Halilintar menggegarkan ruang dalam rumah mereka. Ralat, rumah Halilintar. Gempa yang sedang sibuk mengutip pakaian terus meninggalkannya dan mencari kunci yang sedang dicari oleh Halilintar. Dia ternampak kunci itu di atas lantai jadi dia pun terus mengambilnya dan membawanya kepada Halilintar.

"N-nah. "

Gempa menghulurkan kunci tadi kepada Halilintar. Halilintar mendengus sambil mengambilnya dari tangan Gempa. Tanpa mengucapkan terima kasih, dia pun keluar dari rumah begitu sahaja. Tanpa memberitahu Gempa kemana dia akan pergi dan tanpa mengucapkan selamat tinggal kepadanya.

Gempa melihat sahaja pemergian Halilintar yang meninggalkannya begitu sahaja. Dia mengeluh.

Dan tidak membuang masa, dia teruskan sahaja melakukan kerjanya yang sempat tertangguh tadi. Gempa kembali ke tingkat atas untuk mengutip baju dan pakaian Halilintar yang sengaja suaminya itu tinggalkannya bertaburan di atas lantai. Gempa mengutipnya satu per satu sehinggalah dia terhidu bau aneh dari salah satu baju milik Halilintar.

Gempa mengambil baju tadi dan menciumnya semula. Itu bukan baru pewangi yang selalu Halilintar guna. Ia baru.. Lain. Seperti baru pewangi perempuan.

Macam mana Gempa tahu? Gempa mempunyai hidung yang sensitif jadi dia mudah menghidu bau-bau yang boleh menarik perhatiannya. Ditambah pula kerana dia mempunyai hidung yang sensitif, lelaki itu lebih gemar mencium Bau pewangi perempuan yang dijual di pasaraya berbanding lelaki punya. Kerana yang lelaki lebih kuat baunya dari perempuan. Jadi tidak hairanlah Gempa peka dengan bau tadi.

'Adakah ini.. Bau kekasih Halilintar..? '

Memikirkan bahawa Halilintar pernah menyebut tentang kekasihnya sebelum ini, wajah Gempa bertukar suram. Dia masih ingat nama kekasih Halilintar itu.

Ying.

Nama seperti gadis Cina. Jadi mesti gadis itu cantik untuk dibandingkan dengan dirinya. Gempa sudah sering bertemu dengan banyak bangsa sewaktu dia belajar di universiti dahulu dan dia tahu bagaimana rupa setiap bangsa tersebut. Dan dia akui, orang Cina sangat mempesonakan. Terutama yang perempuan.

'Aku memang patut kalah dengannya... '

Gempa hanya mengeluh. Dia mengabaikan perasaan sedihnya itu lalu meneruskan kerjanya untuk mencuci pakaian.

•°•°•

"Ying, I nak berikan kejutan istimewa buat U. "

Halilintar berkata sambil matanya melihat Ying berjalan mundar-mandir di hadapannya. Dia tidak tahu kenapa Ying berkelakuan sedemikian tapi apa yang pasti, dia nampak Ying sangat menggoda dengan mengenakan baju tanpa lengan dan skirt parat lutut itu. Gadis itu juga mengikat rambutnya dan memakai cermin mata bulatnya. Nampak sangat menarik di mata Halilintar.

"What is it? U better make it interesting, Hali. I don't want to feel dissapointed kalau itu adalah jenaka. "

Ying berkata sambil matanya masih terus melihat ke arah skrin telefonnya.

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now