Chap 57

789 84 23
                                    

"Macam ni lah, Gempa. Aku sarankan untuk kau segera berhenti dari niat kau untuk selamatkan Hali. Lagipun buat apa kau nak selamatkan dia? Dia ni bukannya cintakan kau pun! "

"Aku tahu! "

Gempa terjerit lantang. Sudah, cukuplah dia terpaksa mendengar kenyataan pahit yang menyakitkan itu dari semua orang. Memang benar. Memang sudah nyata bahawa amat mustahil untuk Gempa memiliki Halilintar. Suaminya itu telah membuktikan kepadanya bahawa dia bukanlah isteri yang layak untuk Halilintar.

Tetapi Gempa tetap ingin selamatkan Halilintar. Dan kali ini, dia sudah tahu sebabnya.

Kerana anak mereka.

Ya, Gempa tidak mahu anaknya lahir tanpa kewujudan ayahnya. Biarpun tidak lama lagi dia akan menandatangani borang perceraian, tetapi dia tetap ingin Halilintar kekal hidup di dunia dan bernafas. Dia tidak mahu anaknya lahir dalam keadaan yatim.

Jadi sebab itulah, Gempa ingin selamatkan Halilintar. Walaupun selepas ini dia tidak akan bersama dengan Halilintar selamanya, tetapi sekurang-kurangnya Gempa dapat tahu yang ayah kepada anak di dalam kandungannya masih selamat dan masih lagi bernafas.

"Fang, aku mohon... Tolonglah lepaskan Halilintar. Maafkan dia. "

Gempa cuba menggunakan cara yang baik. Dia tak nak pistol yang dipegang oleh Fang menjadi sasaran kepada sesiapa. Besar kemungkinan akan ada yang terkorban jika tersilap langkah. Tambahan pula, Fang nampaknya sudah hilang kewarasannya.

"Aku dah muak lah Gempa dengar ayat tu! Kau ingat dia ni akan berikan kau kebahagiaan kalau kau bantu dia? "

"Aku tak peduli tentang semua tu, Fang! Apa yang aku peduli adalah keselamatan semua!

Fang, tolonglah! Berhenti dari melakukan benda-benda sia-sia macam ni! "

"SHUT UP!! "

BANG!!

Satu das tembakan dilepaskan dan Gempa terdiam. Di belakangnya, terdapat kesan tembakan tadi. Nyawa Gempa nyaris-nyaris melayang kerana perbuatan Fang yang tiba-tiba tadi. Nasib Gempa baik. Tembakan tadi tersalah sasaran dan hampir mengena dirinya.

Semua yang berada di dalam ruang yang gelap itu pun ikut terdiam. Tidak pasti harus memberikan reaksi apa setelah melihat Gempa yang nyaris-nyaris terkena tembakan tadi. Dalam diam, Yaya menghela nafas lega. Betapa bersyukurnya dia kerana Gempa tidak terkena dengan tembakan tadi. Terasa hendak tercabut rasanya jantungnya apabila dia terdengar tembakan tadi.

Craaanng!!

"Stop this bullshit, Fang! Lepaskan aku dan kalahkan aku! Jangan kau berani apa-apakan isteri aku! "

Mendengar suara jeritan amarah Halilintar terus menyedarkan semua dari lamunan mereka. Gempa memandang ke arah Halilintar yang kini nampaknya begitu marah sekali. Deruan nafasnya begitu kuat dan lelaki itu mencuba sehabis tenaganya untuk melepaskan diri dari cengkaman rantai besi tersebut.

Fang tidak berpaling ke arah Halilintar. Sebaliknya, dia hanya tersenyum sinis.

"Buat apa? Kau ingat aku bodoh, Hali? Walaupun kau tu dah lemah selepas aku dan Ying mendera kau, tapi sudah tentu aku tahu yang kau takkan berhenti dari lindungi Gempa. Betul tak? "

"You peace of shit of coward! Kau nyaris membunuh isteri aku kau tahu tak?! "

"Hahahahaha! Bukan ke itu yang kau nak, Hali? Kau nak Gempa hilang dari dunia ni. Kau nak Gempa hilang dari pandangan ni. Apa ya yang kau selalu katakan kepada Gempa selama ni?

Ahh... Ya. 'Kenapa kau tak mati saja?' Betul tak, Hali? Kau memang betul-betul berharap agar Gempa mati, kan? Jadi kenapa kau nak halang aku dari menembak dia? Bagus juga kalau aku tolong kau betul tak? "

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now