Part 1

2.2K 158 38
                                    

Halilintar duduk senyap di meja makan, sambil memerhatikan isteri genitnya yang sedang menghidangkan sarapan pagi. Nasi goreng pattaya.

Yang tidak boleh blah dan sudah lali sebenarnya dengan penampilan Gempa yang hanya mengenakan baju sahaja tanpa seluar. Pernah dia terfikir, lelaki itu tak sejuk ke? Masuk angin baru tau. Sepertinya penampilan begitu sudah menjadi hal rasmi untuk Gempa. Lantak dialah, asalkan dia bahagia.

Pagi ini, Gempa mengenakan baju t-shirt pink muda berlengan pendek paras paha. Sudahlah, warna pink adalah warna yang amat dia alergi. Mula lah dia jadi gatal. Nak garu sana dan sini.

"Kau tak sejuk ke pakai macam tu?" terluah juga apa yang bermain di mindanya.

Gempa memandang ke arah Halilintar, lalu beralih ke tubuhnya. Apa yang salah dengan baju dia? Pelik ke? Rasanya tak..

Itu bagi kau..

"Kenapa?"

"Tak ada. Seksa tengok. Macam penari tiang."

Gempa yang pada mulanya tersenyum mula luntur dan diganti dengan dengusan sebal. Dia meletak sepinggan nasi goreng di depan Halilintar.

"Tak apa, asalkan saya jadi penari tiang untuk awak bukan untuk tontonan awam. Okayy baby?"

Halilintar hanya pasang muka selamba, dia terus mencapai sudu. Baru sahaja mahu suap nasi goreng masuk ke dalam mulut, Gempa menghalangnya. Dia letak kembali sudu yang dia pegang di atas pinggan.

"Sat, sat."

Halilintar diam dan memerhati apa yang mahu dilakukan si genit itu.

Gempa tanpa banyak soal, terus melabuh duduk di atas riba Halilintar.

Halilintar sudah tahan nafas, dia mengaru leher dan wajahnya yang mula rasa gatal. Habis memerah wajahnya kerana menahan rasa alerginya terhadap warna pink. Lol.

"Stupid smurf."

Gempa hanya hiraukan omelan dingin Halilintar. Dia melingkarkan lengannya di sekitar leher si suami.

"Suap sayang, baby." Ucap Gempa dengan kedipan mata yang manja. Dia pandang wajah suaminya yang tampak kemerahan. Dia tahu, yang Halilintar ada alergi pada warna pink. Tambahan lagi dia, mengenakan baju warna pink. Dia sengaja, mahu dera suaminya. Heuehuehue..

Halilintar hanya hela nafas dan membiarkan Gempa di pangkuannya. Dia kembali capai sudu.

Sudu yang dipenuhi nasi goreng di hala pada Gempa, tetapi idea nakal bermain di mindanya. Di saat Gempa mahu buka mulut untuk menerima suapannya, dia kembali menarik tangannya lalu dihala sudu tersebut masuk ke dalam mulutnya.

"Heyy!" jerit Gempa, bila dipermainkan oleh Halilintar. Dia tenung Halilintar dengan wajah masam. Selamba sahaja wajah lelaki itu.

"Makan sendiri."

"Linlin! Dasar tak romantik." bibir Gempa mencebik. Merajuk.

Halilintar hanya menghiraukan rengekan Gempa, dia terus sahaja makan.

"Linlin suap.."

Ucapan Gempa terpotong bila Halilintar menarik kepalanya dan mempertemukan bibir mereka. Dia terkedu, apatah lagi Halilintar mendorong makanan yang berada di mulut dengan menggunakan lidah ke mulutnya.

"Dah suap kan, so diam. Babap kang."

Halilintar menjauhkan wajahnya, dia pandang wajah memerah Gempa akan tindakannya itu. Dia simpan senyum.

"Gedik."

Bulat mata Gempa mendengarkan itu. Pipi suaminya dicubit geram.

"Gem gedik dengan Linlin aje, ke Linlin suka tengok Gem menggedik dengan orang lain?" kata Gempa sengaja mahu menduga Halilintar. Mahu tahu apa yang dibalas lelaki itu.

Halilintar tidak membalas, namun Gempa perasan akan wajah Halilintar yang kelihatan kelat sedikit. Dia senyum.

"Tengok dari muka pun dah tahu, mesti tak suka kan? Tak apa, Gem hanya setia pada Linlin aje. Tak ada yang kedua."

Pipi si suami dikucup sekilas lalu dia tersenyum manis. Halilintar hanya melirik, tanpa berkata apa-apa.

"Linlin, kalau kita ada anak nanti. Linlin nak berapa orang anak? Satu team bola sepak?"

Halilintar terbatuk. Dia menjeling ke arah Gempa.

"Whatever."

Itu sahaja yang diucap oleh Halilintar. Gempa mencebik. Heleh, macam dia tak perasan yang cuping telinga lelaki itu memerah. Malu tapi mahu. Dasar tsundere.













Tbc...

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now