Part 23

1.6K 124 25
                                    

"Apa yang awak buat dengan kertas ni semua? Awak ingat ni kertas conteng ke? Sudah lah awak hina isteri saya, awak dah lama hidup ke buat semua ni?"

Ermi yang tidak tahu apa-apa sudah tercenggang dengan tubuh menggigil ketakutan apabila mendapat renungan tajam daripada majikannya. Dia pandang Gempa yang berdiri di samping Halilintar, wajah itu seolah mengejeknya.

"Tapi bos saya bersumpah, saya tak buat semua tu. Ni fitnah!"

Ermi cuba membela dirinya, dia tidak buat jadi dia harus bela nasibnya. Dia difitnah! Dan dia tahu siapa pelakunya.

Halilintar hela nafas, dia bangun dari duduk. Wajah Ermi ditenungnya tajam.

"Ni ke cara awak buat kerja? Awak tau tak ni kertas penting! Saya nak awak taip dan cetak balik kertas ni! Petang ni saya nak tengok kertas ni dah ada di atas meja saya faham?!"

Terangkat bahu Ermi dan Gempa dengan suara Halilintar yang keras itu. Tahulah mereka yang lelaki itu sedang marah yang amat sangat.

Gempa dengan lembut mengusap belakang tubuh Halilintar, agar kemarahan lelaki itu surut.

"Dah! Ambil kertas ni semua bawa keluar, selagi tak siap jangan ingat kau dapat balik. Sudah pergi!"

Ermi mengangguk patuh, gerun dia melihat kemarahan Halilintar. Tapi yang dia tidak puas hati adalah dia tak buat semua ini.

Dengan kesal dia mengambil kertas cetakan yang berada di atas meja Halilintar. Sebelum keluar, dia sempat menjeling marah pada Gempa.

Dasar lelaki tak guna! Aku akan balas nanti! Tunggulah! marah Ermi di dalam hati.

Gempa hanya memandang sinis akan kepergian Ermi.

Padan muka, tu baru sikit. Bisik hati Gempa.

Tanpa Gempa sedar, sepasang iris merah milik Halilintar memandangnya dengan tatapan mata yang sukar untuk dimengerti.

Kenapa aku rasa tak sedap hati eh? Desis hati Gempa. Perasaannya tiba-tiba sahaja menjadi tidak tenang.

Dia menoleh, dan dia mendapati Halilintar sedang merenungnya dengan wajah datarnya itu.

"Why? Are you okey Linlin?"

Halilintar menggeleng kecil lalu kembali melanjutkan kerjanya yang tertunggak itu.

•••••

Mereka berdua keluar daripada perut kereta, setibanya di perkarangan rumah.

Wajah Gempa cemberut, dia berkecil hati dengan Halilintar yang mendiaminya hari ini. Lelaki itu membisukan diri selepas marah akan kejadian yang berlaku di ofis.

"Linlin, awak dah kenapa? Diam aje? Awak masih marahkan si Ermi tu ke? Alah, benda kecil aje. Dia.."

"Gempa yang hodoh. Bodoh dan genit. Berlagak perfect. Penggoda di klub rumahtangga. Gila dan bla bla..."

Kelopak mata Gempa mengedip laju, dia berbalik ke belakang. Wajah Halilintar yang kelat semacam itu ditatapnya. Dia pernah dengar ayat tu, sebab ayat itulah yang dia tulis serta conteng di kertas kerja milik suaminya. Sekadar mahu mengenakan Ermi.

"Ha?"

"Mengaku juga kau ya?"

Dahi Gempa mengerut, tidak faham ke mana arah bicara suaminya itu.

Halilintar senyum sinis, dia mendekatkan wajahnya pada cuping telinga Gempa lalu berbisik.

"Kau ingat aku tak tau tu semua kerja kau? Gempa, Gempa. Aku hafal lah tulisan tangan kau. Berani ya kau buat hal dengan kenakan si budak tu. Tapi tak apa, aku dah ikut game kau. Haruskah aku dapat hadiahnya?"

"Eh?!!" mata Gempa membulat. Dia terkejut campur tergamam. Dia lupa akan hal itu! Dia pandang Halilintar yang sudah tersenyum sinis.

"Orang yang dah buat salah, mestilah kena diberikan hukuman kan?"

Mampus kau Gem!















Tbc...

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now