Part 17

1.6K 124 13
                                    

Kepala Halilintar tergeleng-geleng apabila melihat Gempa yang berjalan menuruni anak tangga seperti orang mabuk. Macam mana tidak mabuk, kalau bedal buah durian sampai 10 biji?

"Huee Linlin pening!!" adu Gempa. Merengek kecil kerana rasa pusing masih mendera dirinya. Dia mendekati Halilintar yang berdiri di hujung tangga, kemungkinan lelaki itu mahu naik ke bilik.

Entah salah di mana, Gempa tersandung di saat mahu mengijak anak tangga terakhir.

Halilintar yang melihat itu, segera memaut pinggang Gempa menghalang Gempa daripada jatuh menyembah ke bumi.

"Ishh, jalan tu hati-hatilah. Bodoh." bidas Halilintar, walaupun begitu wajahnya terlakar raut risau namun ditutupi dengan wajah dinginnya. Tsundere biasalah...

"Maaf."

Halilintar tidak menjawab, dia memapah Gempa menuju ke arah sofa di ruang tamu. Dia mendudukkan Gempa di atas sofa, lalu dia mengambil tempat di sebelah Gempa.

"Tulah, makan tak ingat dunia lagi. Kan dah sakit kepala, padan lah dengan muka hodoh kau tu." kata Halilintar, sempat mengutuk isterinya.

Gempa hanya menjeling. Sakit hati dikatai hodoh, sudahlah yang kata itu suaminya.

"Tch! Cakap dengan awak tahu nak sakitkan hati kita aje! Dah kepala ni tengah sakit! Makin sakit adalah!" marah Gempa. Geram dengan sikap Halilintar yang tak pernah nak berubah itu.

"Pening sangat ke?" soalan bodoh keluar dari mulut Halilintar. Sudah tahu, tapi sengaja cari bahan untuk menaikkan amarah Gempa.

"Eh, taklah rasa nak mati pun ada."  bidas Gempa geram.

"Oh baguslah macam tu." selamba badak Halilintar mengatakan itu. Gempa sudah menggeram sebal.

Dia mencubit paha Halilintar membuatkan suaminya yang tsundere itu mengerang sakit.

"Sakitlah sengal!" Halilintar menepis tangan ketam Gempa itu daripada mencubit pahanya. Sakit kut.

"Padan muka. Satu sama." kata Gempa, lidah dijelirkan pada Halilintar.

"Tch! Ingat comel ke kau buat macam tu? Macam hantu terjelir tau tak? Dahlah hodoh."

"Halilintar!!"

Halilintar mengusap dadanya, tersentak dengan jeritan membahana Gempa itu. Nasib baik dia tidak melatah, kalau tidak jatuh sahamnya.

"Yang kau jerit macam orang utan dah kenapa? Kau ingat aku duduk jauh sangat ke sampai nak jerit bagai? Dahlah suara macam badut."

Gempa diam. Dia tenung Halilintar tajam.

"Huuuee!! Linlin tak sayang Gemgem!"

"Siapa cakap yang aku sayang kau."

Wajah selamba suaminya ditatap dalam-dalam. Entah bagaimana, rasa pening yang mendera dirinya tadi kini hilang begitu sahaja. Senyum jahat tercetak di bibirnya.

Halilintar yang melihat perubahan wajah Gempa, mula rasa tidak sedap hati. Mesti ada benda lelaki itu rancang untuk balas dendam.

"Kenapa awak buat saya macam ni?"

Kening Halilintar terangkat sebelah. Isterinya dah kenapa?

"Aku buat apa? Aku ada rogol kau ke?"

Ayat dia..

Ingin rasanya Gempa menampar mulut seksi yang lagi menyeksakan Halilintar itu.

"Oit jebon!"

"Oh mak kau hitam!"

Melatah Halilintar dibuatnya apabila Gempa menjerit tepat didepan wajahnya.

Gempa tahan gelak yang mahu terhambur.

Okey, image Halilintar mundur bersama kitkat. Dia pandang Gempa tajam, seperti mahu ditelannya hidup-hidup lelaki itu. Bebal punya isteri.

Gempa mengusap bawah dagu Halilintar, layaknya seekor kucing.

"Meow meow meow."

"Meow meow meow."

"Ciku cak aaaa!"

"Cikuku cak aaaaa!"

Tercuit hati Gempa mendengar latahan Halilintar. Latahan lelaki itu selalu buat dia nak gelak tak henti-henti.

Paha Halilintar ditepuknya kuat.

"Siapa isteri awak?"

"Isteri saya namanya Gempa. Eh! Oit!"

Halilintar menepis tangan Gempa, baru sahaja dia mahu angkat punggung untuk pergi dari situ kerana dijadikan bahan buli dan gelak. Gempa dah kenakan dia balik. Jadilah dia melatah kembali.

Latah itulah kelemahannya yang dia sembunyikan daripada semua orang.

"Hehehehe.."



















Tbc...

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now