Part 31

1.4K 108 7
                                    

"Kau nak beli apa lagi? Dah banyak sangat ni. Kau nak beli untuk setahun ke apa?"

Halilintar berkata sinis sambil mendorong troli yang dipenuhi pelbagai barang yang Gempa borong.

"Kalau ya kenapa? Bukannya awak akan jatuh miskin beli ni semua, ni pun untuk awak juga tau. Kalau tak nak habis duit awak tu, lebih baik tak payah beli. Biar duit awak kat dalam bank tu membiak, kalau awak mati nanti duit tu orang lain juga yang guna. Bodoh."

Sinis dibalas sinis. Halilintar menggulingkan bebola matanya.

"Elok sikit eh? Kau tu mengandung, mulut tak ada insurans."

"Awak yang cari bala dengan saya dulu."

"Tch."

Halilintar berdecit.

Gempa berdiri di hadapan rak makanan ringan.

"Oy suami mata merah, isteri awak yang mata emas ni nak benda tu."

Halilintar decit, sejurus menatap ke arah benda yang Gempa mahu. Sebungkus maggie.

"Tak boleh!"

Gempa bercekak pinggang, dia tenung Halilintar geram.

"Kenapa pula?! Nak maggie!"

Gempa menghentak-hentak kakinya ke lantai pasaraya itu. Pengunjung yang ada di laluan itu, sudah menjeling-jeling ke arah mereka.

Halilintar berdeham seraya menarik nafas panjang. Dia harus bersabar. Sabar itu separuh daripada iman.

Untung sayang ehem, kalau tidak sudah lama dia debik orang di hadapannya itu.

"Gempa, kau tau kan benda tu makanan tak sihat. Kau tu mengandung tak elok tau. Please jangan degil. Kau lupa apa doktor cakap? Tak boleh makan makanan yang tidak berkhasiat."

"Tapi..."

"Gempa."

Gempa telan liur apabila melihat renungan tajam dan dalam milik suaminya. Kalau lelaki itu sudah panggil nama panjangnya, bermakna Halilintar sedang menahan rasa marahnya.

"Fine." muncung kecil terbit dibibir Gempa, merajuk.

Halilintar hela nafas lega dengan kepala digeleng perlahan. Nasib baik Gempa menuruti katanya, kalau ti...

"Nak juga!"

Dahi ditepuk. "Gempa!"

"Hehe.. Wiuwiu.." Gempa tersengih, apabila melihat wajah bengang suaminya.

"Gurau ajelah daddy Linlin, okey sudah. Daddy follow mommy."

Nafas kasar dilepaskan. Letih dan penat mentalnya melayan perangai Gempa yang selalu berubah-ubah itu. Sejak mengandung, perangai dia makin menjadi-jadi.

Harap-harap lah anaknya nanti tidak ada yang aneh macam mak dia. Takut juga jikalau anaknya keluar nanti ada telinga arnab. Ada kena mengena ke?









Tbc...

Saja mahu promot hshs, jemput baca cite baru ayee eh? 🤣

SupGlacy, Bilce and SupGem..

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now