Part 4

1.6K 133 3
                                    

Usai menyediakan sarapan pagi, Gempa melepaskan apron polkadotnya. Di dada apron itu terdapat tulisan 'Good Mom'. Apron tersebut di sidai pada kepala kerusi.

Gempa mengerling jam dinding, sudah mahu masuk pukul lapan pagi akan tetapi kelibat suaminya masih tidak kelihatan. Padahal lelaki itu harus masuk ofis awal, sebab ada meeting. Macam mana dia tahu? Biarlah rahsia.

"Kenapa dia tak turun lagi? Dia tak nak masuk kerja ke?" jari telunjuknya mengetuk dagu, lagak berfikir.

"Hm, baik aku pergi cek. Perasaan aku tak sedap lah. Sudahlah semalam tubuh dia panas semacam. Entah-entah dia demam?! Boleh jadi!"

Tanpa menunggu lama, Gempa terus buka langkah menuju ke tangga. Satu-persatu anak tangga dia daki dengan laju.

Bilik suaminya menjadi tujuannya. Dia terus menceroboh masuk begitu sahaja, tanpa diketuk terlebih dahulu. Sudah biasa. Sebab itu lah, dia kena marah dengan Halilintar.

"My baby boo!! What are you doing!!" tempik Gempa sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik itu.

Hening.. Tiada maklum balas dari Halilintar.

Anak mata Gempa jatuh pada katil, terdapat Halilintar yang masih tidur dengan selimut membungkus seluruh tubuh. Hanya nampak rambut hitamnya sahaja. Tidak melengahkan masa, dia terus menapak ke arah katil.

Gempa berdiri tepi katil.

"Linlin? Bangun." selimut yang menutupi wajah suaminya dibuka oleh Gempa, saat itulah dia dapat melihat wajah Halilintar yang kemerahan dan sedikit pucat. Peluh pula sudah membasahi dahi.

Sudah dia jangka yang lelaki itu demam.

Dengan lembut Gempa mengesat peluh yang mengalir di dahi serta leher Halilintar dengan menggunakan lengan bajunya.

"Panasnya."

Gempa menyingsing lengan bajunya, setelah itu dia berlari keluar dari bilik untuk ke dapur semula.

Seketika kemudian...

Kain basah yang sudah diperah, dia letakkan di atas dahi Halilintar.

Selimut dibetulkan agar lelaki itu dapat tidur dengan lena.

Gempa menopang dagu dengan kedua tangannya, wajah suaminya ditatap dengan pandangan mata lembut dan risau.

Dahinya turut berkerut bila dahi Halilintar mengerut. Lelaki itu sedikit bergerak, seperti tidak selesa.

"Cepat sembuh Linlin."



















Tbc.....

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now