Part 26

1.6K 123 10
                                    

"Macam mana sedap tak Gem?"

Halilintar bertanya pada Gempa yang sedang mencuba kek coklat buatannya, kek yang dipinta oleh Gempa.

Gempa menjilat jarinya yang comot dengan sisa coklat, dia pandang kek coklat buatan suaminya. Buruk juga rupa kek tu, tapi itu sudah dikira okey lah.

"Tak sedap eh? Maaf.."

Chup!

Pipi Halilintar dikucup Gempa, terbekas sisa coklat pada pipi Halilintar.

Halilintar hanya mengedipkan matanya sambil memandang Gempa dengan sebelah keningnya terjongket.

"Sedap! Cuma rasa hangus sikit, tapi okey aje makan. Terima kasih Linlin!"

Gempa tersenyum lebar sejurus menyambung makan kek coklat tersebut.

Halilintar tersenyum. Kepala Gempa diusap perlahan.

"Linlin tau, Linlin nampak cute pakai apron pink tu hehehe."

"Tch! Terpaksa pakai." bidas Halilintar sambil mengaru lehernya yang mula terasa gatal. Ketahuilah dia alergik pada warna merah jambu.

"Red King..." panggil Gempa, jarinya mencuit sedikit krim coklat.

Halilintar hanya menjongketkan kening. Sudah lama dia tidak dengar panggilan itu, panggilan yang Gempa bagi untuknya pada waktu dahulu. Waktu mereka berdua belum kahwin lagi.

"Apa?"

"Nahh!"

Gempa mencalit jari telunjuknya yang terdapat kesan coklat itu pada hidung Halilintar dan hal itu buatkan Halilintar tergamam.

"Kena! Haha!"

"Hei!! Dasar gendut pendek ni, sini kau!"

Gempa angkat kaki dan melesap melarikan diri apabila Halilintar sudah pasang kekuda untuk mengejarnya dengan jari telunjuk lelaki itu penuh dengan calitan coklat, ingin membalas dendam padanya.

"Jangan lari gendut!"

"Wek! Kejar lah!"

Aksi kejar mengejar terjadi di antara dua pasangan suami isteri itu. Mereka berdua berlarian mengelilingi ruang tamu rumah.

Halilintar melihat Gempa yang berlari di hadapannya, kelihatan isterinya mula keletihan. Di saat Gempa mula lengah, Halilintar terus menerkam tubuh mungil itu daripada belakang lalu diangkatnya Gempa.

"Argh!"

Gempa memekik kaget apabila tubuhnya diangkat tiba-tiba oleh Halilintar.

"Dapat!"

•••••

Pada malam itu, kedua ibu bapa Halilintar dan Gempa berdatangan ke rumah mereka untuk makan malam bersama sambil itu melawat kedua anak mereka.

"Jemput makan semua."

Gempa mempelawakan ahli keluarga mertua dan keluarganya untuk menjamu selera. Sambil itu, dia mencedok nasi ke pinggan suaminya. Halilintar hanya memandang Gempa.

"Dah-dah lah tu tenung bini kamu, tak ke mananya dia. Hari-hari tenung tak puas lagi ke?"

Wajah Halilintar berubah warna bila ditegur begitu, dia berdeham tatkala semua mata terarah padanya. Gempa simpan gelak, lucu melihat wajah merah Halilintar kerana tertangkap basah itu.

"Tak puas. Salah ke tengok isteri sendiri? Bukannya Hali tengok isteri orang pun, isteri sendiri juga kan?"

"Suka hati."

Mereka semua mula menjamu selera, sesekali mereka akan berbual kosong sekadar memeriahkan lagi suasana makan malam mereka.

"Kamu tak terfikir nak pasang isteri kedua ke?" Puan Lisa berkata sekadar ingin menyakat pasangan muda itu.

Gempa terbatuk mendengarkan itu, manakala Halilintar sudah senyum senget.

"Betul tu, tak nak ke?" tambah Puan Lily, sekadar mahu mengusik anaknya. Ingin melihat wajah cemburu si anak tunggalnya itu.

Tuan Adam dan Tuan Amato hanya mampu menggelengkan kepala.

"Boleh aje, mama ada calon untuk..."

Pang!

Bunyi meja makan ditampar dengan kuat, buatkan semua penghuni di ruang makan itu memandang ke arah Gempa.

"Jangan berani nak pasang dua, kalau Linlin masih sayang nyawa. Jangan sampai Gem cungkil biji mata tu dan buat goreng kicap bagi rusa makan!"

Halilintar membalas pandangan tajam Gempa, tidak gentar dan takut. Dia senyum sinis.

"Tak takut pun. Buat lah." kata Halilintar mengejek. Sengaja cari gaduh.

"Grrr.." Gempa ketap bibir, geram.

Ibu bapa mereka yang melihat pergaduhan kecil di antara dua pasangan itu, hanya terkekek kecil.

"Sudahlah tu, korang ni suka sangat kenakan Gempa. Hali pun satu, sengaja kan? Merajuk nanti mak buyung tu kang, ha mampus kau Hali."



















Tbc....

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Onde histórias criam vida. Descubra agora