Special Chapter 5

900 87 12
                                    

Siulan demi siulan melantun di belah bibir Gempa, kedua tangannya terseluk ke dalam poket seluar sukannya.

Anak matanya mengedar segenap lorong koridor yang sedikit lenggang itu kerana semua pelajar berada di dalam kelas masing-masing. Manakala kelasnya sedang dalam waktu pelajaran jasmani. Namun, dia kurang berminat dengan pendidikan jasmani. Dikerana ia melibatkan fizikal, jadi dia tidak mahu keletihan dan berpeluh.

"Aku tak sangka kau sangat handal dalam bermain basket ball. Kenapa kau tak masuk ahli basket ball Hali?"

"Entah, tak terasa nak masuk."

"Tapi, gerakan kau lincah tadi. Aku tabik ah!"

Kening Gempa terjongket sebelah. Dia berpaling ke kiri dan mendapati dua orang remaja lelaki yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik persalinan.

Senyuman Gempa mengembang lebar, apabila mendapati Halilintar turut ada di sana. Tanpa melengahkan masa, dia terus menuju ke bilik yang menjadi tujuan dua orang pelajar lelaki tadi.

Bam!

Hempasan pintu yang kuat itu, membuatkan penghuni di bilik itu terkejut bahkan ada yang melatah. Siapa lagi yang kuat melatah kalau bukan Halilintar.

"Woii, kau dah kenapa? Jahanam nanti pintu tu, kau nak tanggungjawab?" bentak Halilintar.

Gempa tersengih. "Opss sorry King, janji nak buat lagi."

"Dasar bodoh." bisik Halilintar.

"Uhu! Bini kau datang lah Hali, dia nak jumpa kau lah tu. Pergilah kat bini kau tu." Kata kawan Halilintar dengan senyum mengusik.

Halilintar melempar jelingan maut, buatkan kawannya itu tersengih-sengih sambil membuat simbol 'peace'.

"Tapi betulkan dia bini kau?"

"Tch!" itu sahaja yang keluar dari mulut Halilintar.

"Tak apalah, aku keluar kejap."

"Kau nak ke mana?"

"Ke kantin kejap! Selamat berduaan!"

Bam!

Halilintar mengusap dadanya, nasib baik tidak terlatah. Sengal punya kawan.

Dia menoleh pada Gempa yang sedari tadi memandangnya.

"Apahal pandang-pandang? Ada hutang?"

"Ada!"

"Tipu. Dah, keluar kau! Aku nak salin baju."

"Salin sajalah, buat apa nak malu? Kita sesama lelaki kan?"

Bebola mata Halilintar terguling ke atas. Malas mahu melayan, dia terus membuka baju t-shirt sukan khas untuk pemain basket ball itu daripada tubuhnya.

Dan terpaparlah tubuhnya yang tough itu. Terlihat jelas sixpack yang tercetak begitu sempurna diperutnya.

Gempa tercenggang dan terkaku. Tidak di sangka dia dapat melihat pertunjukkan percuma daripada lelaki itu. Rona merah merebak ke pipi.

"Dah puas tilik tubuh aku? Dasar miang." Sindir Halilintar apabila perasan akan pandangan mata Gempa itu. Dia berdecit.

"Err.. Aku keluar dulu. Bye!" Gempa yang tidak tahan dengan situasi itu, mula buka langkah untuk pergi. Dia takut nanti, dia akan menjadi arwah ataupun terlepas kendali dengan menyerang Halilintar. Tak lucu okey?

Greb!

Pergerakan Gempa terhenti apabila lengannya ditahan. Dia menoleh takut-takut pada Halilintar.

"Kenapa? Lepaslah aku.. aku nak keluar.."

"Jangan ingat aku lepaskan kau."

Brak!

"Shh.." Gempa meringis pelan, kerana tubuhnya didorong ke dinding bilik persalinan itu oleh Halilintar.

"Heyy.."

Halilintar mengangkat dagu Gempa, agar dia dapat melihat wajah Gempa dengan jelas.

Gempa sudah mengelabah dengan posisi mereka yang rapat itu. Sudahlah, lelaki itu tidak berbaju dan di tambah pula dirinya kini dikepung oleh Halilintar.

"A..apa?"

"Kau dah tengok tubuh aku, so kau harus di hukum."

Mata Gempa membulat.

"Apa?! Gila ke apa ha? Kau yang buka baju depan aku! Kenapa pula akummph!"

Suara Gempa tenggelam kerana mulutnya dibungkam oleh Halilintar. Lutut Gempa terasa lembik dan tubuhnya hampir melosot jatuh namun sempat ditahan oleh sepasang tangan Halilintar yang cekap memeluk pinggangnya.

"Hnmh.. Mmmnh.."

Gempa melenguh pelan apabila lidah Halilintar menerobos masuk ke dalam mulutnya. Menyerokai ruang mulutnya dan deretan giginya. Bahkan lidahnya dibelit oleh Halilintar.

Mendadak kepalanya terasa pening kerana ciuman panas yang dia dapat itu. Ciuman panas yang kali pertama bagi mereka.

Halilintar menekan belakang kepala Gempa dan makin memperdalamkan ciuman mereka.

"Suka dengan hukuman kau?"

Halilintar bertanya sebaik sahaja meleraikan ciuman tersebut. Dia tersenyum sinis apabila melihat wajah memerah Gempa yang dibasahi peluh. Bibir lelaki itu tampak membengkak. Keadaannya juga sedikit kacau. Pemandangan yang cukup indah, bagi Halilintar.

Gempa mendongak, dengan nafas yang masih termengah-mengah dia memandang Halilintar. Otaknya sudah tidak dapat berfungsi sekadar untuk berfikir. Terasa kosong fikirannya.

"Kau dah kenapa? Ke ka.."

Bruk! Gempa jatuh pengsan kerana lemah semangat.

"Lah pengsan.. Dasar genit."



Tbc...

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now