Special Chapter 4

907 86 6
                                    

Kedua belah pipinya dikembungkan, beg yang digalas dia betulkan. Anak matanya, tidak lepas daripada merenung lelaki yang berjalan santai di hadapannya.

"Halilintar!!"

Langkah kaki Halilintar terhenti, dia menolehkan wajah ke belakang tanpa membalikkan tubuhnya. Hanya sekilas dia tatap wajah berang Gempa, lantas dia meneruskan langkahnya yang terhenti tadi.

"Eii!! Oit jebon mata merah!"

Gempa berlari anak mendekati Halilintar, dia tahu yang lelaki itu sengaja mengabaikan dirinya. Saat tiba di sebelah Halilintar, dia dengan sengaja merempuh Halilintar membuatkan lelaki itu terdorong ke tepi.

"Apasal kau ni?!" marah Halilintar dengan wajah ketatnya.

"Kau lah yang apasal! Kenapa kau letak katak dalam beg aku ha?! Dendam ke?!"

Hambur Gempa kasar. Bengang dia apabila mengingati hal tadi. Bahkan panggilannya sudah berubah daripada 'awak saya' ke 'kau aku'.

Halilintar mencebik. "Kesah?"

Itu sahaja yang Halilintar balas, hal itu berhasil menaikkan darah Gempa yang sudah sediakala mengelegak itu.

"Engkau..."

"Apa? Nak gaduh? Mehh ah!"

"Mehh lah! Aku masih tak puas hati lagi dengan kau!"

Gempa sudah pasang kekuda untuk menyerang Halilintar. Tangannya terangkat dan mahu mengayunkan penumbuk pada Halilintar, akan tetapi Halilintar lagi cepat mengelak dan lelaki itu dengan tangkas mengunci pergerakan Gempa.

Dia memeluk Gempa daripada belakang dengan kedua tangan Gempa dikunci olehnya.

"Heyy!! Lepaskan aku!!" jerit Gempa sambil memberontak. Wajahnya sudah berbahang dengan jantung berdegup, kerana posisinya yang dipeluk oleh Halilintar.

"Kalau aku tak nak?" Halilintar mendekatkan bibir pada cuping telinga Gempa lalu berbisik.

"Oit!! Apa kau nak buat ha?!" tempik Gempa, tatkala nafas hangat Halilintar menerpa lehernya. Meremang bulu romanya.

Senyum sinis terukir dibibir Halilintar. Dia mengeratkan lagi pelukan pada Gempa.

"Apa aku nak buat hmm? Kau rasa apa yang aku boleh buat kat kau? Lagipun hanya kita berdua aje ada kat sini, semua orang dah balik. Tinggal kita aje.."

Dengan sengaja Halilintar meniup cuping telinga Gempa, membuatkan Gempa mengeliat kegelian.

"Jangan macam-macam mangkuk!"

"Kalau aku mangkuk, kau pula makanan."

"Asal pula?"

Gempa mengerutkan dahi. Dia menolehkan wajah kebelakang, sekadar mahu melihat wajah Halilintar.

"Kalau kau makanan, aku akan makan kau. Makan kau boleh mengenyangkan tau? Tengoklah pipi kau ni, gemuk. Banyak lemak mungkin? Kalau aku gigit mesti best. Lembut aje, macam kuih pau."

Mata Gempa membulat. Tubuhnya mula menggigil. Jangan cakap yang Halilintar mahu membunuhnya!

"Kau..kau nak bunuh aku ke? Janganlah... Aku nak hidup lama lagi Linlin.. Aku mohon jangan bunuh aku.."

Halilintar tahan gelak, namun tidak dapat. Maka terhamburlah gelaknya, tatkala melihat wajah Gempa yang amat lucu baginya. Begitu polosnya lelaki itu...

Gempa pula sudah blur, pelbagai pertanyaan yang bermain dimindanya. Lelaki itu dah kenapa gelak? Dia ada buat lawakkah? Rasanya tidak. Aneh..

"Hmmm.." Gempa yang sudah bebas daripada pelukan maut Halilintar, segera berbalik. Dia tenung wajah Halilintar dengan pandangan mata yang polos dan bingung.

"Ehem! Ehm.." Halilintar berdeham, apabila perasan akan pandangan mata Gempa padanya. Tawanya juga terus mati. Segan pula yang menghantuinya.

"Wahh! Aku tak sangka orang dingin macam kau boleh gelak juga. Ingatkan tak boleh gelak, yelah muka pun dah sebiji macam batu. Datar aje."

Wajah Halilintar berubah. Dia tenung Gempa tajam.

"Apa kau kata? Ulang balik."

Gempa telan liur. Gerun dengan tenungan maut daripada iris merah milik Halilintar.

"Err.. Tak! Aku kata.. Ha! Aku kata kau makin hensem kalau ketawa macam tadi. Umm hehehe.."

Jelingan maut diberikan. "Pembohong bersiri."

"Heyy!! Bukanlah!"

"Habistu apa? Penggoda bersiri? Hmmm, sesuai lah dengan kau. Dasar uke genit. Uke penggoda."

"Hm, yang tu aku boleh terima. Aku kan suka goda kau."

"Dasar gila!"

Halilintar menunjal dahi Gempa kuat, buatkan lelaki itu terdorong beberapa langkah ke belakang. Setelah itu, dia terus angkat kaki untuk beredar pulang.

Gempa terpinga-pinga. Dahinya yang menjadi mangsa Halilintar tadi diusap kasar sebelum mengejar langkah Halilintar.

"Oiy husband tunggu lah wife kau ni!"

"Husband, wife atas dahi kau. Gatal."















Tbc...

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now