Part 3

1.7K 131 8
                                    

"Hey genit."

Halilintar memanggil si isteri genitnya yang duduk bersantai di sofa sambil menonton cerita Durjana. Mulut lelaki itu sibuk menghisap susu pisang.

Gempa menolehkan wajahnya ke arah Halilintar yang sudah melabuh duduk di sebelahnya.

Kening Halilintar terangkat sebelah, bila melihat wajah Gempa yang tampak seperti kebudakan saat minum air kotak berperisa susu pisang. Minuman kegemaran isterinya.

"Hm?" gumam Gempa dengan kening dijongket. Dahinya berkerut tatkala perasan yang wajah suaminya tampak kemerahan.

"Es.." ucapan Halilintar tenggelam bila Gempa sentuhkan dahi dengan dahinya.

"Hmmm, awak sepertinya demam. Badan awak panas, saya pergi ambil ubat ya? Takut melarat pula."

Gempa meletak kotak airnya di atas meja dan mahu berganjak pergi namun tangannya ditarik oleh Halilintar buatkan dia terduduk kembali. Dia pandang Halilintar dengan wajah risau.

"Kenapa? Sa.."

Gempa tidak menyambung ayatnya, tatkala Halilintar merebahkan kepala pada bahunya seraya memeluk pinggangnya. Hawa hangat yang menguak dari tubuh Halilintar dapat dirasainya.

"Hali.."

"Sshh.. Biarkan begini sekejap."

Suasana hening menghiasi mereka berdua, hanya suara televisyen yang kedengaran.

Tangan Gempa terangkat, dia mengusap lembut rambut Halilintar. Satu kucupan dia daratkan pada ubun-ubun suaminya.

"Tak sangka, orang dingin dan tsundere macam awak akan sweet macam ni. Tak pernah-pernah awak nak peluk saya kalau bukan saya yang mula dulu. Tapi saya suka hehehehe, bila lagi nak kena peluk dengan orang yang kita sayang."

Gempa senyum manja, dengan tangannya sedikit meliar. Namun tidak bertahan lama bila Halilintar melepaskan dirinya. Lelaki itu merenungnya tepat ke anak matanya. Dia telan liur.

"A..apa?"

"Tangan kau memang tak boleh duduk diam eh? Tahu nak raba orang aje." Kata Halilintar datar dengan dahi dikerutkan sedikit. Bengang dengan isterinya yang suka ambil kesempatan ke atasnya.

Gempa tergelak. Dia merapati Halilintar. Makin dia rapat makin menjauh pula Halilintar.

"Bukan dosa pun raba suami sendiri, dapat pahala lagi. Mehh sini!"

Gempa mendepakan tangan, acah mahu peluk Halilintar. Bibirnya dimuncungkan, seakan mahu mencium orang di depannya.

Halilintar melekapkan jari telunjuknya pada dahi Gempa, menghalang dari si genit itu makin mendekatinya. Dahi Gempa ditunjalnya, buatkan Gempa terdorong  kebelakang.

"Jangan harap."

"Alaaa.. Nak cium.. Mumumu.." Gempa mengerakkan bibir mungilnya, seolah meminta sebuah ciuman.

Halilintar merengus geli hati, dia menutup mulut Gempa dengan tangannya dan serentak itu dia menjentik dahi mulus Gempa.

Gempa mengaduh sakit.

"Tu ciumnya." kata Halilintar dengan nada mengejek. Dia terus berganjak pergi meninggalkan Gempa yang sudah merengus sebal.

"Tch! Kedekut."

















Tbc...

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now