Part 25

1.6K 118 17
                                    

Pada hujung minggu, Halilintar dan Gempa berjalan-jalan di tepian pantai. Mengambil udara petang. Itu pun atas ajakan Gempa yang mahu mereka berdua keluar date.

Suasana di antara mereka hanya hening sahaja yang menghias, masing-masing melayan perasaan sambil memandang ombak pantai dan para pengunjung. Gempa melirik pada suaminya yang hanya membisukan diri, dia tahu yang Halilintar masih merajuk padanya atas kejadian pagi tadi.

Halilintar ada ajaknya untuk mandi bersama pagi tadi, namun dia menolak dengan mentah-mentah. Kerana dia tahu, acara mandi mereka bukanlah sekadar mandi. Jadi dia dengan cepat mencegahnya, lagipun dia tengah mengandung walaupun usianya masih terlalu muda. Tapi tidak elok juga jikalau selalu melakukan hal berbaur seperti berhubungan badan.

Dan, disebabkan itu lah kenapa Halilintar merajuk dan mendiaminya seharian ini. Dia berjalan sambil memandang wajah Halilintar dari samping, rambut lelaki itu bergerak-gerak mengikut arah angin pergi.

Gempa melepaskan pegangannya pada tangan Halilintar, kamera Canon yang dia sangkut pada lehernya dihalakan pada suaminya.

"Senyum Linlin, Gemgem nak ambil gambar ni! Senyum baby boy.."

Halilintar hanya mengabaikan, dia membuang muka ke arah hamparan pantai.

Gempa merengus. Dia berjinjit lalu wajah Halilintar dipegang dan digerakkan menghadap ke arahnya agar mereka berdua dapat bertentang mata.

"Majuk hm? Janganlah majuk, ni senyum. Baru hensem, senyum."

Gempa menolak kedua sudut bibir Halilintar dengan kedua jari telunjuknya ke atas.

"Macam ni kan hensem, dah jangan monyok-monyok."

Gempa gelak apabila melihat wajah Halilintar yang kelihatan sedikit aneh itu apabila dia memaksakan lelaki itu untuk tersenyum.

"Tch!"

Halilintar menjauhkan wajahnya daripada dipegang oleh Gempa, sebal kerana dipermainkan.

"Linlin tak sayang Gemgem ya?" Gempa bertanya sambil itu dia sengaja memukul dada Halilintar. Ingin mendengar suara latah suaminya.

"Siapa kata tak sayang, Linlin sayang Gemgem lah." ucap Halilintar spontan.

"Kalau Linlin sayang Gem, cium Gem!"

Chup!

Spontan Halilintar mencium Gempa tepat dibibir. Sesaat kemudian dia tersedar, dia segera menjarakkan wajahnya. Wajahnya masam apabila mendengar tawa Gempa.

"Kau sengaja kan?" wajah Halilintar makin masam dengan rona merah merebak dipipinya sampai ke telinga.

Melihat wajah malu plus masam Halilintar, buatkan tawa Gempa makin kuat.

"Tch! Isteri siapa ni? Tak kenal lah."

Halilintar terus buka langkah menjauhi Gempa yang masih mentertawakan dirinya sampai tidak ingat dunia itu.

"Hei! Tunggulah Gem, Linlin!"

Gempa mengejar langkah Halilintar, saat sampai di belakang Halilintar dia dengan spontan melompat naik ke tubuh Halilintar nasib baik refleks Halilintar amat bagus kerana dapat mengimbangi tubuh daripada tersungkur ke pasir pantai.

"Ishh! Kau ni!"

"Hehehehe.."

Halilintar merengus, dia membetulkan posisi Gempa yang melekat di belakangnya agar Gempa tidak terjatuh.

"Linlin, Gem nak jagung bakar. Kat sana ada jual jagung! Jom ke sana! Ayuh my Red King!"

"Hm, yelah Ouro."

•••••

Mereka berdua melabuh duduk di bangku yang berada di bawah pokok kelapa yang ada di pantai itu, selepas membeli seplastik jagung bakar.

"Hm, sedapnya bau. Linlin tak nak ke? Rugi tau."

Gempa mengoyangkan sebiji jagung di hadapan wajah Halilintar.

Halilintar hanya menjeling, dia masih dalam mood tidak baik. Dia buat muka tiada perasaan.

Gempa mencebik dengan respon Halilintar itu.

"Tak nak sudah! Lagipun, Gem hanya ajak ayam-ayam aje wek!"

Gempa terus makan jagung bakar yang masih panas itu.

"Heaven! Hmm, sedapnya.. Nomnom.. Yumyum.."

Gempa dengan sengaja buat bunyi dan makan di hadapan wajah Halilintar. Ingin membuat suaminya itu terliur.

Wajah Halilintar datar sahaja, seolah tidak terganggu dengan perbuatan sengal isterinya itu. Dia hanya merenung Gempa yang makan di hadapannya, dia pula yang rasa mahu makan orang di depannya ini.

Gempa bersendawa selepas membantai sepuluh biji jagung bakar seorang diri, perutnya yang buncit itu ditepuknya.

"Opss sorry, hehehe. Kenyang.."

Kepala Halilintar tergeleng dengan perbuatan kurang senonoh isterinya itu. Sabar ajelah, nasib baik sayang.

"Dah jom balik."

Halilintar sudah angkat punggung, dia pandang langit buat sejenak. Hari sudah makin senja.

"Linlin.."

Halilintar berbalik. Terlihat Gempa yang menghentak-hentak kakinya pada pasir pantai sambil mendepakan tangan.

"Apa?" soal Halilintar dingin.

"Nak dukung." ucap Gempa dengan nada suara yang manja.

"Tch, yelah. Cepat sikit, lambat tinggal."

"Yeah!!"















Tbc...

Tsundere Husband (HaliGem) [C]√Donde viven las historias. Descúbrelo ahora